Wednesday, November 30, 2011

Berhenti Berharap

Berhenti berharap maksudnya, sudah-sudah la mengharapkan apa-apa. Tak ada makna. Jalanilah kehidupan seperti biasa, seolah tiada apa-apa yang pernah berlaku dan tiada apa-apa impian.

Aku sudah penat sebenarnya mengharap. Apabila kita mengharapkan sesuatu dan rasa apa yang kita harapkan itu semakin menjauh, perasaan akan jatuh tersungkur, hati, jantung semua akan lerai satu-satu.

Begitulah yang aku rasa apabila impian aku lebur. Jadi demi aku menjalani hidup yg sempurna di samping keluarga tersayang baiklah aku lupakan sahaja impian yang telah aku bina. Kata orang menyerah bukan bererti kalah, mungkin belum tiba masanya untuk aku. Mungkin ada yang lebih baik yang telah Dia tuliskan untuk aku, mana tahukan. Apa pun insyaAllah....

Cuma sekarang aku mahu berhenti berharap. Senang bercakap. Sukar melaksanakan. Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tahun baru masih belum lewat. Masih sempat untuk berazam baru. Apa-apa yang kedengaran atau kelihatan kurang enak, pekakkan saja telinga, butakan mata.

Walaupun nekad, kehampaan tetap juga menyaluti diri!

Tuesday, November 29, 2011

"Apa yang Penting, Kerjasamaaa"

Masuk blog sendiri, pastu macam boring je tengok...tak tahu nak ubah macam mana. Lagi pun ambik masa nak buat benda2 tu semua. Aku ni mana la ada masa lebih. 24 jam tu tak cukup sebenarnya! (pitam)

Bila blog tak menarik, mud nak menulis pon macam kureng. Ada idea pon jadi tersekat2...kahkahkah...blah la ko izza!! T________T

Cuti 3 hari pon aku kat rumah je, aku je cuti 3 hari, MrCho cuti ahad je pon.

Oh, teringat satu cerita kelakar. Semalam aku mengemas sambil dibantu oleh 3 pembantu kenit. Aku kumpul sampah2 pastu ambik plastik then suruh kakak masukkan sampah2 tu dalam plastik tu. Adik plak sibuk mengelap meja. Sekali kakak tengah masukkan sampah dalam plastik, aku dengar dia menyanyi. hahaha, taim ni kelakar, aku pasang telinga dengar dia nyanyi lagu apa, sebab dia ni pemalu. Bila suruh nyanyi selalu sipu2.

"Apa yang enting, EJEEE...AMEE!!!"
"Apa yang enting, EJEEE...AMEE!!!"

Hahaha, rupa2nya dia nyanyi lagu wonderpet tu. Ni mesti layan wonderpet kat rumah pengasuh ni. Kat rumah tak pernah tengok plak! Jadinya aku rasa sangat comel untuk dia yang berumur 2 tahun 7 bulan nyanyi lagu tu taim tolong aku kemas rumah....gaagagagaaa.....

Pastu aku pon ikut nyanyi lagu tu. Aku nyanyi separuh, then dia sambung. Mula2 kami berdua, pastu adik ngan abang pon ikut sekali...hahaha, kelakar dan sangat indah! Dan semalam juga dalam sejarah, kakak tak buat perangai, tak nangis pon macam selalu. Seharian tak tido menolong aku kopek bawang, kemas rumah, jemur baju! Rajin!!

Malam pukul 8 dah tertido kat sofa, tak sempat makan nasi. Konon nak tunggu papa nak ajak g buang sampah yang dia kumpul, sekali sebelum papa balik dia dah lena!

 Ustajah Aimy Nur Hanna Cho

Cukup suka pakai tudung. Ni aku tengah lipat baju, dia nampak tudung aku ni terus suruh pakaikan, sampai kotor balik tudung aku ni pakai sambil makan nasi lepas tu...mekap pun suka, nak pakai bedak la, eyeshadow la, lipstik la. Asal nak keluar je mintak aku mekapkan....tak pe la, layan kan aje...

Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru 1433

Salam maal hijrah 1433 daripada watak2 dalam I.Z.Z.A Diary..

Semoga penghijrahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT...amin...

posted from Bloggeroid

Friday, November 25, 2011

Subhanallah



Langit semalam taim balik kerja. Dari ofis aku. Seram rasanya tengok langit masa tu dah la azan maghrib tengah berkumandang!



Kebesaran Allah SWT!
posted from Bloggeroid

Thursday, November 24, 2011

Hari Selasa

Hari merelease tension kata kawan aku...

Gigih aku ambik cuti sebab nak keluar ngan BFF. Anak hantar juga ke rumah pengasuh.
Aktiviti bermula awal pagi. Lepas hantar kenit3, kawan aku ambik pastu kami g breakfast. Asalnya aku macam teringin nasi kerabu tapi tak ada plak kat kedai tu so makan je nasi lemak.


Lepas makan kami ke Cyberjaya. Lepak kat tasik. Giler weh, macamkan puchong tak ada tempat melepak...
Cuaca ok, so best je kami melepak kat jeti tasik cyberjaya.


Giler tak ada orang, kami jer kecuali pekerja2 kat situ.
Boleh tahan lamanya kat situ..nyaman...dasat ayat kawan2 aku...tak terkomen aku, tak pandai guna bahasa hiperbola, aku! huhu...tapi tu la, best kat situ tak ada gangguan.......


Ada la kami giler2 bergambar tapi segan aku nak tempek kat sini sebab buruk benar bila orang tua nak jadi remajew gitu..hakhakhak..aku ler, kawan aku ni cute je...




 
 

Dah lama kat situ, perut pun dah lapar balik, kami pun blah cari makan plak. Pergi giant equine park, lunch kat situ pastu jalan2 aku terbeli tudung.


 Lunch - tomyam, kailan ikan masin, paprik ayam

 Sangat surprise, jumpa kawan baru (ni untuk kz yang tak dapat join)....nak tengok? kahkahkah!!!
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
v
v
v

Lepas dah tak tahu nak cari apa kt giant, kami balik, lepak rumah kawan aku ni plak sampai tertidur2. Teringat zaman dulu2..

Cerita malam plak. Ni dinner aku. Makan kat alissara (lagi!). Aku order bihun asam limau (kalau tak silap). OMG, tak sedapnya! Tak boleh habis, masam campur manis.


Kawan aku plak order nasi +ayam+kailan, pun tak sedap tak boleh habis. Oleh sebab takut lapar malam nanti, kami pon pergi plak kat mamak. Mula2 nak order makan, tah macam mana order teh tarik je...


Tengah minum teh tarik MrCho sampai. Maka berakhirlah hari bersama BFF aku. Kawan aku ni nak balik Swak Disember nanti, lama plak tu. Tu yang kami gigih habiskan masa bersama-sama tuh...muahahaha...

Habis kisah sehari bersama BFF yang tak cukup korum!




Apasal Kakak, Kejelitaan Sudah Hilang??



Tengok2 rambut kakak macam gitu g ambik dia kat rumah pengasuh...rasa nak nangis pon ada..

Senget benget jadinya..punya la aku simpan rambut dia last2 dipotong...

Nak keluar jalan pon rasa macam malu..haihhh..tapi kata kakak rambut dia cantik...

Rambut depan adik pun kena gak tapi tak nampak sangat...

sambung nangis
posted from Bloggeroid

Monday, November 21, 2011

Selesai Satu Tanggungjawab Kecil

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami melaksanakan satu tanggungjawab kecil peringkat pertama untuk abang. Semalam kami bawa abang mendaftar untuk prasekolah. Hoho, umur abang dah nak masuk 5 tahun baru nak hantar sekolah. Saja aku nak bagi dia alami zaman kanak2 dia dulu, then baru masuk sekolah.

Sesi IQ Test

Nampaknya dia pun teruja nak masuk sekolah sesi januari 2012 nanti..asyik tanya bila abang boleh pergi sekolah.

 Teacher tu buat IQ Test sebab kata teacher tu agak lewat umur 5 tahun masuk sekolah. Biasanya 3, 4 tahun kanak2 dah dihantar belajar. Syukurrrr dia cepat tangkap dan resultnya dia boleh ikut umur 5 tahun punya silibus. Hehe, bangga...bangga...MrCho lagi la sebab katanya tak sia2 dia bagi abang main game...huhhh! Game2 tu boleh ajar abang concentrate katanya...Tapi aku dah warning, dah sekolah game sekali sekala saja...

 Tengah gigih buat test!
 
Tadika dia tu lebih kepada chinese school sebenarnya. Mula2 aku macam tak nak tapi MrCho kata survey dulu. Masa kitaorg sampai ada parents melayu pon datang daftar anak dia, rasa lega sikit. Aku tanya macam2 dah kat teacher tu. Setakat ni ok la dari segi food paling aku risau. Katanya banyak kanak2 melayu kat situ, makanan semua halal katanya, siap tunjukkan jadual menu Monday - Friday lagi...Kat tempat letak kasut pon dia letak nama masing2, ada beberapa orang nama melayu. Lega...

Bahasa pengantar kat sekolah tu bahasa inggeris, semalam teacher tanya abang dalam bahasa inggeris, dia suka komputer ke tak, dia jawab suka. Aku tak tahu dia faham bahasa inggeris atau dia dengar perkataan komputer buat dia faham, tapi dia jawab suka, so aku andai dia faham la ayat teacher tu. Sama jugak bahasa cina, kantonis la aku syak dia faham sikit2 cuma dia malu bila papa dia suruh sebut. Popo dia selalu tersalah cakap kantonis dgn dia, dia mcm faham apa popo dia cakap tapi dia malu nak cakap..

Bulan 12 nanti kena pergi collect uniform an segala bagai peralatan. Tak sabar aku! Hahaha, tu baru anak nak masuk tadika, belum lagi universiti. Orang lain anak masuk uni pon tak kecoh..ahh, biar la, orang..orang..aku..aku..nak ikut orang sampai bila pun aku tak akan jadi aku (falsampah ni weii!)...

 
Kakak pon teruja! Kakak sabar dulu, ya...

Adik mana? Adik tertidur dalam kereta. Gigih kat rumah tak nak tido sebab tahu nak keluar...pastu baru je keluar gate, terus zzzzzz......

Friday, November 18, 2011

Meeting

Baru dapat emel dr org besar. Next monday miting, wed&thurs pun miting...hadoiii miting apa ni wei banyak sgt ni..

Macam ni tak payah buat kerja la, kita miting je setiap hari...ho-ho..

Aku dh la plan nk cuti rabu sekali ada miting la pulok, yong! Aku try selasa ko ok tak?

MITING adalah benda paling aku tak suka sebab dalam miting semua gah2 tapi sebenarnya alahaiii...

Satu saja harapan aku, semoga orang miting aku tak tido...kahkahkah...

Makan! Makan! Makan!

ehem..ehemmm...cantik cuaca pagi ni...

Malam tadikan ada bola, kan Malaysia lwn Indonesia. Mulanya aku tak tahu sebab aku bukan kaki bola, tak ikut pon perkembangan sukan sea. Tengok2 macam tu je la...Hari Ahad hari tu tgk bola Malaysia lwn Cambodia. Itupun sebab adik aku tengok, aku pon tengok gak la, sekali tengok kami duk gelak2 pasal macam tengok pemuda2 kampung main bola waktu petang lepas habis kerja...huahuahua...tapi aku suka macam ni sebab tak stress nengoknya...

Malam tadi masa aku menunggu MrCho kat mamak, dalam kul 7.50 mcm tu. Dh dekat2 kul 8 tu macam berpusu2 org masuk. Ramai plak lelaki berlonggok2 kat meja. Aku tak tengok tv, cuma dengar dan tahu la pasal sukan sea. Sekali tuh dgr diaorg sorak2, barulah aku tahu ada game. Aku tgk ke tv nmpk player baju kuning, tahu la itu Malaysia lawan. Aku pun wah2, syok ni!

Tapi baru je aku nak syok, MrCho call dia dah nak sampai ajak aku g makan kt Alissara. Pulakkk...hehe, i on je..

Kat Alissara, tv dia kecik je, duduk jauh plak tu. Tv pon tak nampak. Dari meja aku kena terjengok2 baru nampak, so malas layan!

 
 Taim Malaysia gol tu aku kat alissara. dengar suara golll tu kecik je...hehe, semangat kurang sebab aku syak kat situ banyak org siam g makan. Bersebelahan meja aku makan pon sekumpulan student siam aku syak..prang..prang..prang..dgr diaorg sembang!

Mud tengok bola pun dah tak ada la...Meh layan food lagi best!

 Nasi Goreng Alissara MrCho punya, Nasi Goreng Ayam Pedas aku punya. Kat atas nasi goreng aku ada petai, kihkihkih MrCho hias ambik dari nasi goreng dia...

 Salad seafood - lala, sotong, udang, ikan pari

Tembikai susu 

Udang goreng tepung

Tak habis, nasi goreng sedap tapi pedas giler!! Tak daya dah aku nak habiskan..MrCho pun bersisa...

Bila dah balik rumah, nak bukak tv tengok bola haremmm la kalu dapat. Kenit3 konker tengok kartun benard!
Langsung aku lupa pasal bola...kita menang 1 - 0 kan?

Thursday, November 17, 2011

Petang yang Dingin


 Gambar google

Ha, kenapa tetiba kan aku p letak gambar mamat ni?
Tak de pape la, saje je sebab tadi aku jumpa mamat ni kat speedmart...

Tak perasan dia pon kat dalam kedai tu, sampailah kawan aku bisik kat aku, "tu artiskan?"
Bila tengok aku ha'ah je la tapi lupa nama apa. Sorang lagi kawan yg cakap tu fizo omar la...hensem gak la aku tgk mamat ni kt luar tp kurus je...
itu je lah nak cerita pasal mamat ni.

Eh, sejak pindah ofis ni selalu je jumpa artis taim g lunch...hahaha
Ofis aku dekat2 ngan ofis pakcik devid. Selalu gak la g makan kt kafe dia miglemon, selalu artis2 lepak kt situ..
Pelik aku pakcik devid ni, dulu masa ofis aku kt usj, dia pun kt usj, bila dh pindah sini, ehhh tgk2 dia pon pindah kt sini...hoho..tak tahu, kami ikut dia atau dia ikut kami!

Semalam aku teringin nak makan mihun sup. Cakap ngan MrCho sekali dia g beli mihun sup yang bukan macam aku nak. Daging, bukan ayam. Rasa pun tak best, dah la 5 inggit, yang aku nak isi ayam carik2 tu harga 3.5 inggit je...

Yang aku nak macam ni la...gambar google

###Yong, aku teringin nak makan nasi goreng pedas kat alissara mcm hari tu laa...hoohoo..

Wednesday, November 16, 2011

Celebrate Besday @Kedai Mamak Pon Bolehhh!!

14/11 hari tu kan besday MrCho. Malangnya hari tu jatuh hari isnin. Kerja.
Kebetulan pulak malam tu ada la kejadian sentap sikit jadi aku no mud nk hepi2 riang ria..

Pada hari isnin tu, aku kat ofis aku n dia kat ofis dia bersms sehingga la i lap u, u lap me la...gituuu..kehkehkeh...

Plan lepas keje nak g makan2 tapi malang juga hujan lebat mencurah2 mematikan niat nak g makan2 tu.
Sudahnya berdinner la kami berdua kat mamak tanpa anak3 sebab aku menunggu dia kat mamak balik keje terus la makan kat situ. Lepas tu baru g ambik anak3..

Oleh sebab aku gedik2 ambik gambar, aku letak la kat sini tanpa ada niat nak menunjuk pon sebab makan ciken chop mamak langsung tak sedap!


Aku punya ciken chop biasa, MrCho punya ciken chop black pepper.

Aku punya tak habis pon, MrCho punya licin...

Tuesday, November 15, 2011

Aku dan Kawan-kawan

Kawan2 aku tengah tunggu cerita ni, aku tahu..hehe..
Tapi sebab aku tengah bizi nak finalise keje aku ni, so jadinya tertangguh beberapa hari. Takpe la, belum basi...

Sabtu hari tu aku keluar jumpa bff aku. Lepak kat mekdi, lokasi dirahsiakan! kuangkuangkuang..

Sepatutnya kami berempat tapi tak jadi berempat sebab seorang demam sebab makan daging banyak sangat taim raya haji hari tu...

Kenit3 aku mana? Kenit3 semua tinggal kat rumah kebetulan adik aku datang jadinya dia jadi pengasuh kejap. Tq, cik noli, nanti aku jutawan aku v banglo sebijik!

Melepak la kami kat sana dari kul 8.45 pagi sampai kul 1 lebih..hahaha, pekerja kt mekdi yang bersihkan meja tu beberapa kali pandang meja kami tapi aku buat taktau saja...



Kami order set breakfast, sampai org dh order set lunch meja kami masih lagi ngan set breakfast! Kz belanja..hehe tq kz.

Kul 8 aku dah keluar rumah, nasib baik aku berjaya saikokan kenit3 aku yang aku nak g kerja. Percaya je diaorg. Aku ugut nak hantar rumah pengasuh, semua tak mau, nak duk rumah ngan cik noli...sekali sekala mama macam tu anak3 ya..

Sebenarnya tak cukup masa kita org hari tu, tapi aku risau juga la nak melepak lama2 sebab teringatkan kenit3 aku kat rumah tu. Kalau kat rumah pengasuh tak la risau sebab dah biasa ambik malam.

Banyak betul cerita hari tu, tu pun tak habis lagi. Isi kandungan takleh la nak cerita kat sini. P&C katanya...haha..
Tapi tu la, dah lama tak berkawan, rasa seronok plak. Sesekali dapat legakan stress. Orang laki senang, nak keluar bila2 masa je boleh, org ppuan ni susah sikit, nak pikir anak la, rumah la, itu la, ini la...haihhh...tak semua la begitu. Eh, ke aku je begitu? Aku isteri dan ibu mithali so kena la pikir semua tu sebelum berjimba2...ehem..ehemmm...


Kat luar hujan, kesejukan kami kat dalam, tapi tahannn, sampai aku tiga kali g tiolet, nasib baik toilet dekat...


 Tetiba aku blurrr, lupa apa nama bendalah makanan ni...

 Baru perasan baju korang hampir serupa..kihkihkih...

 Eh, korang lagik!

Lagiiiii korang...heh..heh..heh..

Kat bawah ni saja aku nak menepek sebab kejadian juga adalah hari sabtu selepas aku balik dari dating tu, terus masuk dapur. Dah aku kata aku isteri dan ibu mithali...

 Sup tulang - ketua menu

 Bawal kukus asam pedas untuk MrCho

Menu sampingan

Abaikan alas meja aku yang berkelaring tu, ya...belum ada duit nak beli baru...muahahaha..
Melimpah ruah ngan makanan atas meja aku...makanlah sekalian isi rumah..hehehe...

P/s:yong, inilah hasil hari sabtu masa kita ber'whatsapp' aku kata aku tgh masak tu....








Monday, November 14, 2011

Hari Sedih

Bangun2 pagi, hati rasa sedih saja...huhuhu...

Hari ni 141111...besday MrCho tapi tak ada apa pun aku buat untuk dia. Nak buat kek, banyak plak 'pembantu'.
Nak beli hadiah, aku ni sepenuhnya bergantung pada dia. Kalau ajak dia keluar sebab nak cari hadiah mesti dia tak nak punya...jadinya besday dia macam tu saja laa..takpe la dah tua, kihkihkih...

Mrhtc pun buat hal, rosak lagi. Terpaksa hantar ke centre lagi...frust sebab ada gambar dalam tu aku nak update dalam sini. Hurm tunggu dulu la, harap2 gambar kat dalam tu tak hilang...
Menangis aku kalau hilang gambar2 aku ngan BFF hari sabtu lepas.

Kepada Yong & K'zie, sabar ya saya buat story penuh untuk jeleskan k'jun...muahahaha...

Friday, November 11, 2011

Jangan Rasa Terhina

Korang pernah tak rasa terhina? Tak kisah la secara langsung atau tak langsung....aku pernahhh, selalu la jugak!

Tapi aku pikir juga kenapa aku nk rasa terhina. Mungkin orang yang berkata2 tu tak sengaja atau mungkin dia seorang yang amat telus..dan aku pulak mungkin amat sensitip!

Contohnya aku bagi kat bawah ni:
1. Kawan aku asyik ulang cakap kesalahan aku padahal bendanya dah lama berlalu pastu tak bg dah aku buat benda yang sama. Korang mgkn tak rasa menda tapi aku rasa sebab aku tak kan la nk buat kesalahan yg sama berulang kali. Kesalahan tu pun tak sengaja.

2. Aku baru guna produk ni. Kawan aku tya aku, tahu ke guna mcm mna sbb kononnya dia dah lamaaaaa guna produk tu...

3. Org ni tahu aku ada akaun kat satu bank ni, pastu dia ckp, eeeiiii, i tak suka la bank ni, tak popular langsung! Aku tak tahu apa motip dia ckp mcm tu, nk menghina akukah sbb tak guna bank popular? Oh, ya org tak berwang mcm aku tak layak berurusan dgn bank popular! Lain la u ada duit juta2..
Yang ni aku rasa mcm budak2 pulak org ni..

3. Yg ni plak jadi kt kawan aku yg lain. Aku yg dengar pun rasa nak lempang je. Punca aku salah bg direction jalan. Sebenarnya bukan salah tapi agak2 so terlepas jalan yg sepatutnya dan terpaksa u-turn jauh. Bila dh smpai tempat tu, asyik plak ckp2 ttg salah jln tu. Itu normal aku tak rasa apa2 kecuali rasa bersalah je..orang ni tiba2 tya kawan yg sorang lg ni, eh, u mesti tak tahu jln nk ke bla..bla..
Aku tak dgr apa kwn aku cakap sebab aku tgh layan tangisan dalam hati. Apa motip ko tya mcm tu?

Ada byk lg kejadian yg buat aku rasa mcm terhina. Tp biasa la aku malas nak ambik kisah benda2 mcm ni. Masuk telinga kanan, esok lusa keluar la blk ikut telinga kiri...

Yg penting aku tahu apa aku buat dan apa yang sedang aku buat untuk hidup aku...satu lg, rezeki masing2, jagalah poket ko baik2 dan jgn selalu memandang rendah pd org yg tak menunjuk!

Sekian...

posted from Bloggeroid

Nilah Akibat Kalau Terlalu Celik IT!

Aku hari tu dah sorokkan ipad aku daripada kenit3 tu. Sebabnya aku tak mahu diaorang berebut nanti. Mahu pitam kalau berebut...

Ada juga abang tanya mana ipad, aku cakap bos mama ambik. So, ok dan lama2 dia lupa dah pasal ipad.

Kata orang, malang tak berbau, masa kat kampung hari tu, tengah isi2 barang dalam kereta nak blk kl, macam manatah, abang terbukak beg aku. Selama ni aku simpan ipad dalam handbag je dan tak pernah plak dia g bukak handbag aku. Apalagi beraya lah abang, siap panggil kakak tunjuk ipad...memula ok, tapi masa dalam kereta otw blk kl, dah start manja2 berebut, sebab sorang kat belakang, sorang kat depan. Tapi semuanya masih terkawal, aku suruh abang ke belakang tengok sama2. Aku seorang nak kawal 3 orang, bayangkan!

Last2 aku pening, loya nak muntah sebab nak kawal 3 orang kanak2 yang tak boleh duduk diam, dengan pasang video lagi, aku memang takleh membaca, tengok handphone, tgk tv lelama kalau dalam bas/kereta...pening haku..siap pegang plastik siap2 takut muntah! hahaha teringat zaman belajar dulu, tiap kali naik bas balik kampung aku mesti muntah dalam bas. Itu mula2 la, bila dah selalu naik bas, tak ada dah la muntah lagi...

Eh, apa aku nak cerita tadi? Oh, ya! pasal ipad.

Aku balik kl selasa sampai rumah dah kul 3 pagi. Semua dipaksa tido sebab esoknya, rabu aku kerja. Balik kerja hari rabu tu, abang terus ambik handbag aku ambik ipad. dia dah tahu mana aku sorok bendalah tu. Memula main ok lagi. Kakak la yang start, nak main sorang2, haru-biru rumah aku kejap...

Malamnya jadi lagi, berebut lagi. Abang asyik mengalah je, nasib baik tapi kasihan juga ngan abang, baru je pegang kakak dah minta...dialog dia...
"abang, nanti bagi tatak, ya..abang baittan?"
"okkk.." jawab si abang...

Tapi tak sampai 2 minit abang main, dia dah mula nak rampas, marah la abang...sana nangis, sini nangis...bila aku dah tak tahan, aku dukung kakak, bawa masuk bilik. Sian juga la ngan abang, tak boleh main langsung...dah masuk bilik, sekali dia menangis, meraung2. Aku pegang dia meronta-ronta, cengkam lengan aku dengan kuku dia pastu cubaan menggigit aku pulak...tak cukup tu dia terajang2 aku pulak...nak tergelak pun ada aku...adik juga yang cool main hphone aku tanpa gangguan dah!

Pastu, kan dia dah nangis gigil2 tu nak ipad, nak ipad, aku bawa dia keluar bilik. Abang tengok kakak nangis merah muka, air mata berjejeh2, terus bagi. Dapat je ipad, terus senyap bawa masuk bilik! geleng kepala aku tengok. Tak tahu nak marah ke nak gelak...MrCho pun tak terkata apa...


Main game sambil baring. Sampai tahap dia dah ngantuk sangat, tutup ipad letak sebelah bantal dia okehhh, aku ambik nak simpan pun tak bagi...

Malam tadi pun dia menangis gak mintak ipad tapi aku buat tak tahu. Sebab bendanya tak ada depan mata, so kejap je la nangis dan makan pujuk...

Kata MrCho, kita beli satu lagi la, mama...aku terlopong ngan mata bukak besar2....

11.11.11

Angka yang cantik hari ni! Kebetulan jatuh pada jumaat, tapi kita jangan percaya nombor, ya!
Banyak dalam kalangan kita yang mahu mencipta memori hari ni.
Kazen aku pun start masuk rumah baru hari ni.

Aku tak ada apalah untuk dijadikan kenangan hari. Setakat ni laa, tak tahu la kalau petang2 sikit ada kejadian yang yang tak dapat dilupakan terus jadi peristiwa bersejarah pada 111111...hehh, merapu!!

Meh kita serius sikit hari ni. Juga sempena 111111, aku letakkan tampalan ini. Sebagai panduan kita bersama...

 Gambar: Google


Anak-anak adalah pewaris kepimpinan generasi yang akan datang. Tiada aset yang lebih besar bagi seorang ibu dan ayah selain daripada memiliki anak-anak yang menjadi. Tugas mempastikan bahawa anak-anak ini akan ‘menjadi’ adalah peranan kita semua.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim ayat 6)
Namun kita tidak punyai jalan pintas bagi memiliki anak-anak yang baik dan ‘bermenjadian’. Langkahnya bermula seawal memperbaiki diri sendiri.
  1. Ianya harus bermula dengan membina & memperbaiki diri sendiri.
  2. Kita mesti memilih bakal ibu atau bakal ayah yang berwawasan yang akan bersama mendidik anak-anak.
  3. Pendidikan berpanjangan sepanjang mengandung dan menyambut kelahiran.
  4. Hak setiap anak-anak bagi memiliki nama yang baik.
  5. Setiap anak yang membesar harus dibajai untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mencintai ajaran Islam.
  6. Rasa kasih sayang tidak menghalang anak-anak daripada di’hukum’ dengan menghadkan kemewahan kehidupan dan kebebasan globalisasi
  7. Bajet perbelanjaan yang ‘secukupnya’ harus disediakan untuk membesar dan mendidik anak-anak melebihi kos kemewahan kehidupan yang lainnya.
  8. Didik anak-anak dengan memiliki kehidupan yang ber’misi’ dan ber’visi’ agar terus membesar sambil menyumbang terhadap kepedulian umat.
  9. Anak-anak yang soleh dan solaheh serta ‘berkemenjadian’ adalah anugerah Ilahi dan kesungguhan bermunajat kepadaNya seharusnya dilatih agar kita semua berupaya memiliki kemanisannya.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa,” (Surah al-Furqan ayat 74).

(Sumber: klik sini)

Aku tanya diri aku sendiri, sudah bersediakah sebenarnya aku untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anugerah Allah kepadaku? Takutnya kalau aku gagal....

Friday, November 4, 2011

Menternak Lemak



Aku seorang makan tu...hover, pastu merungut gemuk!

Dalam mangkuk tu sup tulang, aku seorang balun. Telur dadar tu aku seorang juga balun...nk order lg kailan ikan masin tp aku cepat2 insaf..hikhikhik...

Aku duk bayang sup tulang raya haji nanti, terus tak sabar, makan dulu tulang tak fresh ni sebagai intro...

MrCho tak suka sup tulang, cemana nak makan tulang, kata dia. Sebab tu bila aku makan seorg aku order sup tulang atau sup ekor. Ngan dia sup campur manjang!

Nikmat makan malam tadi...hehehe...

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 2, 2011

Lagi Gambar



Gambar ni dari yong, lebih terang. Walaupun posingnya sama tp bole la utk tatapan kjun & kz...

Masih kat ofis, bos belum balik jadi kena kontrol walaupun otak aku dah krem!

Raya haji MrCho kata nak balik kampung...yihaaa...suka...suka...biasanya raya haji aku tak balik sebab MrCho tak dapat cuti. Tahun ni dapat cuti.

Dalam kepala dah terbayang nak makan sup tulang, sate, daging goreng, daging singgang....

Aku masak ke semua tu??? Tak laaa, mak aku laaa, aku tolong sikit2 je...tak sabar tggu sabtu walaupun baliknya pagi raya....


Gambar ni patut kat atas, tapi aku guna mrhtc, so tak pandai nak letak kat atas. Nak ke bawah juga yang ni. So belasah...

Itu je, bos ada kena kaber line takleh hadap phone lama2...hakhakhak...
posted from Bloggeroid

Tuesday, November 1, 2011

Kerana Sebiji Kek Angry Bird

Tu la kisahnya malam tadi. Anak...anak...kamu ni kan suka buat mama pening! Tapi tak apa la, demi kamu2 mama tak kisah pon....

Kerana kek angry bird yang seketul ni riuh rumah aku malam tadi bagaikan semua tak terkawal dah...adik meronta2 nak kek angry bird, abang ngan kakak berebut kek yang sama sebab masing2 nak konker kek! Umpan dengan makanan lain pun tak mahu...

Kakak paling drama, langsung tak nak kalah. Abang dah berjaya korek sebiji mata bird tu, dia meraung2 nak mata. Nasib baik MrCho kreatif g ambik buah ceri dlm peti ais, jadikan mata angry bird tu!

Salah aku sebab beli sebiji je walhal anak ada 3! Tapi anak, harga sebiji tu dah rm5.80. Kalau beli 3? Habis duit dalam purse mama...

Yang geramnya, mula2 berebut tak ingat dunia, last2 makan tak habis pun pastu masing2 tak mahu dah...nasib baik gak tak beli satu sorang.

Settle drama sebabak malam tadi!

Ni la kek angry bird yang jadi rebutan tuh!



Sempat ambik gambar sebelum keadaan huru-hara...

posted from Bloggeroid

Klik Me

Klik! Klik!