Wednesday, September 14, 2011

Kasut Terbang


Hari kejadian ialah isnin malam.

Aku balik kerja 5.30, sampai PP dalam pukul 6.10 lebih kurang. Aku kena tunggu MrCho ni. Nak g ambik anak3 rumah pengasuh. Dia sampai PP aku bajet dalam pukul 8 mlm. Sementara tunggu dia aku jalan2 area situ sebelum lepak kat mamak.

Dalam pukul 7 mcm tu aku masuk kedai mamak makan megi goreng ngan teh tarik, layan aipad tanpa mempedulikan orang sekeliling. Dalam pada tu cuak juga mana tahu ada perompak masuk ke apa..huahuahua…

MrCho sampai dalam 8.35, aku dah boring tahap gaban, sakit2 pinggang bagai sebab Ms.P datang. Masuk2 kereta je dia tanya aku ada lauk tak kat rumah. Aku cakap tak ada. Padahal telur ngan sardin ada je..

Lepas ambik anak3, aku ingat MrCho nak tapau je makanan, rupa2nya pergi makan kat kedai. Agak mencabar la kali ni sbb adk dah besar, kena duduk atas baby chair, kakak pun. Dulu adik kecik lagi letak je dalam stroller, bagi mainan leka la dia. Sekarang ni dua2 kena layan, hohh, mencabar!

Nk jadi cerita, makanan lambat pulak sampai. Dua2 kenit ni dah boring. Adik dah menjerit2, kakak plak asyik mintak nak turun. Abang pun dh start tak duduk diam. Tu yang kakak panas bontot duk kat kusi.

Makanan sampai. Diaorang tak nak makan sebab dah makan rumah pengasuh. Aku ngan MrCho je makan. Tengah2 leka makan tu, tiba2 kakak ambik kasut adik yg aku letak atas kusi sebelah dia terus baling tepat mendarat dalam pinggan nasi MrCho. Bolehhh??? Apa korang rasa?? Aku? Mulanya aku terkejut tapi lepas tu nak tergelak tapi tahan dalam hati sebab aku nampak MrCho dah merah2 muka menahan marah. Tak tahu lah orang keliling nampak ke tidak kejadian tu. MrCho terus tak jadi makan. Aku suruh ambik nasi aku dia tak nak. Aku pun terus hilang selera nak makan. Lauk banyak lagi, terpaksa la aku ratah sikit2 dengan agak rakus sebab muka MrCho dah tak manis dipandang dah…huhuhu..

Masuk kereta dia membebel2..sebab ni la tak mahu makan kat luar, apa la…bla..bla…aku tadah telinga je sebab aku tak salah pun. Betul apa, aku tak ajak dia makan kat luar pun, boleh je nak tapau balik makan kat rumah. Kan? kan??

Kat rumah, kakak panjat sofa nak ambik pensel. Sekali kena marah ngan MrCho, suara agak kuat la…nangis mendayu2 kakak. sekali lagi aku nak tergelak sebab selalu dia tak marah pun. Oleh sebab dia nak lepas rasa marah masa kat kedai makan tu lagi terus kena marah sebab panjat sofa je…kelakar2…huru hara sekejap…

Malam tu terus aku pun takut nak beramah mesra ngan dia. Sudahnya kulu kilir aku buat kerja aku. Cuci baju, kemas dapur, angkat baju kat ampaian, tidurkan adik ngan kakak pastu lipat baju yang dah menggunung. Takut weh, kang tak pasal2 aku plak kena marah sebab dia macam pantang sikit kain baju tak berlipat…
Pengajarannya, aku tak mahu dah makan kat luar waktu malam lepas balik kerja bersama anak3. Anak buat perangai bukan menjadi hal, tapi aku tak boleh anak aku kena marah oleh orang waima oleh papanya sendiri. Aku je boleh marah. MrCho tinggikan suara pada anak3 pun aku akan sentap! Maksud aku masa dia orang kecik la. Kalau dah besar, dah berakal, buat salah aku tak kisah la nak marah pun. Sekarang kecik lagi, tak pandai nak berfikir lagi, kalau buat salah, tegur je la, cakap tak boleh buat nanti akan jadi macam ni, macam ni. Tegur atau nasihat dengan cara yang baik, jangan nak tengking2, tinggikan suara bagai. Marah2, tinggikan suara aku seorang je boleh! Sesapa ada anak kecik tahu la macam mana…

2 comments:

Izza - Jiejah said...

me too ..akak jek boleh marah anak , daddy nya a big NO NO NO hahha poyo je kan ?

kalau daddy marah anak , mummy yg sentap lebih² .

Izza said...

Kannn, jiejah....kita yg mengandungkan diaorang so org lain no no no....hehe...

Klik Me

Klik! Klik!