Ini adalah nukilan hati untuk puteraku, AIRIL NAJMI CHO.
Andai kamu rasa mahu membacanya, silakan. Andai kamu rasa
tiada apa2 untuk kamu, abaikan n3 ini. Ini hanyalah untuk puteraku sempena
usianya yang ke-4.
Semoga ruang ini akan berkekalan sehingga puteraku mengerti
nukilan hati ibunya ini.
Sungguh cepat masa berlalu. Setahun, dua tahun, tiga tahun
dan sekarang abang telah pun menjangkau usia empat tahun. Sudah besar putera
mama.
Kelahiran abang sangat dinanti2kan. Abang menjadi cucu
pertama sebelah keluarga mama. Menjadi cucu lelaki pertama sebelah keluarga
papa. Mengenang kisah kelahiran abang, mama rasa sangat bersyukur kerana
semuanya berjalan lancar. Kelahiran abang sangat mudah. Walaupun dua hari dua
malam mama terpaksa tidur di hospital tapi semuanya berbaloi. Melahirkan abang
merupakan pengalaman pertama mama. Mengandungkan abang juga merupakan
pengalaman pertama mama. Semua itu sangat indah pada mama.
Mama melahirkan abang awal seminggu daripada tarikh yang
diberikan oleh doktor. Seperti adik, abang juga lahir pada bulan puasa. 4
Ramadan 1428 bersamaan 16 September 2007. Jumaat malam, mama mula rasa sakit
sedikit2. Nasib baik mama di kampung. Tok ma menyuruh mama berehat sahaja.
Katanya belum mahu melahirkan, esok baru pergi hospital. Mama hanya berbaring,
malam tu mama memang tak boleh tidur, takut….
Keesokan pagi (sabtu), barulah mama dibawa ke hospital. Mama
ditahan di wad tapi sakitnya tidak terlalu kerap.
Abang dilahirkan pada pagi hari ahad, jam 11.47 pagi dengan
berat 2.75kg. Saat mendengar tangisan pertama abang, hilang segala kesakitan
mama. Sungguh ajaib! Kuasa Allah swt, itulah dia. Yang mama rasa hanyalah
keletihan kerana hilang banyak tenaga. Comel sungguh abang, tak sabar mama mahu
papa melihat abang. Saat ini papa dalam perjalanan pulang ke kampung. Soalan
pertama papa apabila dapat bercakap dengan mama melalui telefon ialah,
“sempurna tak?” Kelakar bila mama ingat semula.
Pada malamnya, kita masih lagi di wad. Abang menangis kerana
lapar. Susu mama tiada. Terpaksa tok ma minta susu formula daripada orang lain.
Lepas minum susu abang tidur lena…Esoknya kita dah boleh pulang ke rumah.
Abang kena jaundis tapi alhamdulillah terkawal. Sedih
sungguh hati mama apabila abang kena cucuk untuk ambik darah, sampai papa
bertekak2 dengan nurse.
Abang senang dijaga, tapi kadang2 ada juga masa abang tak
mau tido malam2, nangis nak dukung dan tido atas dukung. Tak mengapa kerana abang
membesar dari sehari ke sehari menjadi kanak2 yang sangat comel di mata mama.
Sebab abang tak mau tido malam, tok ma buat kesimpulan abang lapar, seawal umur
abang sebulan lebih tok ma dah suap abang makan – mama lupa nama makanan tu
(tepung beras yang dimasak). hehe..
Abang,
Hadiah mama untuk abang hanyalah doa, mama dan papa tiada
wang yang banyak untuk membelikan abang hadiah yang mahal2. Doa mama agar putera mama ini membesar menjadi anak yang
berguna, bijak, patuh dan taat kepada Pencipta. Mendengar cakap, hormat orang
tua dan tidak mementingkan diri. Mama hanya mahu putera mama menjadi yang baik2
saja. Bijaklah menangani masalah dunia, janganlah kalah kepada duniawi kerana
itu semua hanyalah sementara. Kehidupan akan menjadi indah kalau kita pandai
mengawalnya.
Abang yang penyayang
Mama tidak pandai berbahasa, mama harap putera mama ini
faham maksud mama. Mama dan papa bukan orang kaya, mama dan papa miskin harta.
Tapi mama tidak mahu kerana kemiskinan mama dan papa menyebabkan anak2 mama
turut miskin. Walaupun mama tak mampu memberi wang ringgit, tapi mama akan
berusaha memberi ilmu kepada anak2 mama. Bagi mama, ilmulah harta yang tiada
tolok banding, lebih bernilai dari wang ringgit.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KEEMPAT SAYANG
MAMA.
Membesarlah sebagai kanak2 yang ceria dan gembirakanlah
orang2 yang menyayangi abang. Andai mama dan papa pergi dulu, abanglah
tanggungjawabnya ke atas adik2. sayangilah mereka, jagailah mereka dan
sempurnakanlah hajat mereka andai mama dan papa tidak berkesempatan.
Abang ni asyik main games je, pening mama........
No comments:
Post a Comment