Monday, September 12, 2011

Memori Raya 1


Banyak sungguh cerita tertangguh, semuanya kerana keluarga didahulukan, anak3 diutamakan. Oleh sebab banyak cerita yang aku patut abadikan di sini asyik tertangguh2, jadinya, banyaklah yang aku terlupa sudah!

Cerita raya hari tu sebenarnya tiada apa pun. Raya aku biasa saja. Sama saja dengan tahun2 yang lepas. Start raya tahun 2007 hingga tahun ni aku dah tak pergi sembahyang raya..hoho…

Lepas semua dah balik sembahyang raya, lepak2, makan2 sampai petang sambil layan sedara datang rumah. Biasanya raya day 1 macam tu je…raya day ke 2 barulah jalan2 ke rumah sedara. Tu pun konon nak keluar awal (pagi) tapi paling2 pun lepas zuhur jugak! Nak cuci pinggan mangkuk dulu, nak kemas2 dapur dulu, eh, masak nasi dulu la pastu makan dulu la. Dah makan lagi sekali kena cuci pinggan kemas dapur, mana nak jadi plan nak keluar awal. Paling kitaorg nak gelak bila kalut2 nak keluar ada plak rombongan jiran atau sedara sampai. Bila dah macam tu tak kan nak tutup pintu atau cakap kita orang nak keluar, kenalah layan juga. Kita pun sama, tah2 kita sampai rumah orang, orang tu pun tengah siap2 nak keluar….hhehe..


 Encik Handy Manny

Tahun ni raya kat kampung kejap je sebab jumaat(raya ke-4) MrCho dah kena kerja. Jadinya khamis malam kitaorg dah balik kl. Plan asal nak bertolak dalam kul 3 petang macam tu, last2 sikit lagi nak maghrib baru bertolak. Maghrib kat petronas mana dah aku lupa.

Adik aku ajak g tesco nak beli barang niaga dia. Pegi sana pun dah kul 12 lebih. Stended la famili aku kalau nak ke mana2 mmg terbabas2 time. Konon kejap je g tesco. Aku pun ikut sama sebab nak beli barang utk bawa blk kl. Dah sampai sana, ambik mana2 yang berkenaan, balik. Mana lah tahu otw balik, jem yang agak hazab jugak la sepanjang jalan dr kb ke pm…aku dah gelisah sebab apa pun blm kemas. Sampai rumah kul 5…hambeek koo..sampai2 je, mak aku cakap sedara kami nak datang kejap lagi. Rasa nak menggelupur dah aku sebabnya kalau kami je nak balik kl tak ada la aku kisah, yang aku jadi kisah tu kami termasuk my bonda, adik aku semua ikut aku balik kl. Tinggal abah aku je kat rumah. Aku tak ada apa sebenarnya, cuma kasihankan MrCho je sebab esok dia kerja. Kalau dah bertolak malam, buatnya jem, pagi ler jawabnya sampai kl.

Tengah aku capai beg nak isi baju anak3 aku, sedara kami tu sampai. Huhu, bukan satu kereta, tapi dua kereta, ramai jugak la campur ngan budak2…nak tak nak tetamu kena la diraikan…lepas salam2 semua aku cakap aku nak kemas baju. abah aku cakap kami semua nak balik kl. Nasib baik sedara rapat boleh gelak2 gurau senda. Sambil2 sembang aku sumbat2 je baju anak3 dalam beg. Tak ada asing2 baju dah, muat ke tak muat ke, kat umah sini baru pilih…muahahaha…tak pernah jadi dalam sejarah balik kl aku macam ni.

 Makan kek duluuu...

Sedara aku ni plak dari gua musang. Katanya masa dia nak ke sini jem teruk la jalan nak ke kl. Machang – Kuala Krai – Gua Musang hazab katanya. Dia cadangkan kami follow dia lalu jalan jeli. Jalan ni akan terus ke gua musang, tak payah lalu machang ngan kuala krai. Lepas gua musang jalan dah ok katanya. Nak tak nak, MrCho ikut je. So diaorang pun tunggu la kami bersiap. Bila dah orang tunggu, kami apa lagi, menggelabah la. Barang2 main campak je dalam kereta. Nasib baik MrCho bawa balik kete besar. Adoooiiiiyaaaiii…

Lagi kelakar, aku ngan adik aku plan nak pakai baju kurung bagai, kekonon mud raya lagi. Sekali, hambeek…..aku ngan jeans ngan t-shirt balik dari tesco tu jugak aku belasah. Dengan tak sempat nak mandi bagai. Pastu cari plak tudung yang aku pakai g tesco tu. Tak jumpa, rupa2nya dgn inner sekali aku dah sumbat dalam beg. Beg dah masuk bonet kereta. aku pun, eh, macam mana ni, sekali kalut2 aku ternampak shawl aku yg aku dh standby nak pakai ngan baju kurung aku tu. Lega sekejap, tapi beberapa saat lepas tu, kelam kabut plak, inner tak ada. Tanya adik aku dia kata ada satu. Kahkahkah…shawl hitam, inner kelabu, t-shirt sukan kaler purple, ngan jeans aku pakai blk kl mlm tu. Nasib baik balik ikut jeli, lalu hutan mana tah, gelap gelita. Masa ni kami dah berpisah dah ngan sedara kami tu. Diaorg ikut jalan lain balik ke rumah, kami ikut jalan lain utk terus ke gua musang. Aku terbayang2 je makhluk putih terbang, tak pun makhluk kepala hitam tunggu tengah jalan (huhu, mintak jauhkan..aminn). Masa juga main redah je, mujurnya jalan tak bersimpang-siur. Nasib baik dalam kete ada 5 6 org dewasa dan 3 kanak2 yang tidur.






 
Jalan tak jem, tapi perjalanan agak jauh. Nasib baik bawa bekal nasi. My bonda siap buat nasi kerabu. Singgah petrol pam makan kat situ. Aku plak dah macam bibik dari siam. dengan tudung tak pakai betul2, terpusing sana sini…ngeri okehhh!!

Eh, dah panjang sangat cerita aku ni. Sambung part 2 la ya….



Gambar kejadian cerita kat atas satu pun tak ada. Gambar yang aku letak tu bau-bau bacang je ngan cerita.

:))

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!