Aku sedang berhati walang.
Hari ni aku start hantar anak3 ke rumah pengasuh. Abang ok, kakak pun pagi tadi ok walaupun pada mulanya aku jangkakan dia akan menangis tak mau ngan pengasuh. Tapi alhamdulillah, ok je pagi tadi tak menangis. Tak tahu la selepas aku tak ada dia nangis.
Yang menyebabkan aku walang ialah adik. Dia tak nak dgn orang lain. akan menangis meraung2 bila orang dia tak kenal ambik dia. Pagi tadi pun kakak pengasuh nak ambik dia, kuat je dia pegang baju aku. Terpaksa la aku bawa masuk, baringkan kat sofa pastu bagi dia minum susu. Dia macam agak leka tak nampak aku, cepat2 aku keluar. Sebak...sebak...sebakkkk, rasanya. Tadi aku sms pengasuh, dia kata eyin nangis kejap je...sampai petang tak ada apa2, aku rasa ok la tu....aku standby je, agak2 dia nangis tak berhenti aku nekad balik ambik teksi dari ofis.
Macam2 aku terfikir. Dia akan ketakutan kah bila tengok muka2 yg dia tak kenal kecuali abang ngan kakaknya saja? Dia akan menangis sesungguh hatikah bila aku tak ada untuk tempoh yang lama...? Oh, semuanya amat meruntunkan hati!
Harapnya masa aku ambik diaorang nanti, yang aku dengar dari mulut pengasuh ialah, eyin ok je, nangis kejap je lepas tu main, makan, tidur. Kakak pun sama, main, makan, tidur.
Abang aku tak risau sangat sebab dia dah tahu dan faham.
Tapi malam tadi aku sedih juga. aku cakap dengan abang esok abang kena pergi rumah mama lili. Dia terus buat muka sedih, pandang aku, cakap dia tak nak pergi sana. Nak duduk rumah dengan mama. Terpaksa la pulak aku pujuk dia begitu begini, sampailah dia angguk kepala.
Semalam bawa diaorang ke rumah pengasuh sambil2 beraya. Kakak ok je berlari sana sini, adik je sesapa pun tak boleh ambik dia...
Lambatnya masa berlalu....:(
No comments:
Post a Comment