Tuesday, April 24, 2012

Rindu Datang Lagi

Rasa rindu pada adik yang telah pun pergi menghadap Ilahi 5 tahun yang lalu...Kenangan terasa mencengkam-cengkam jantung hati, lantas merobohkan kubu air mata....al-fatihah

Mungkin dia sedang merindui aku juga, yang kadang kala teralpa untuk sedekahkan sepotong al-fatihah untuknya...

Walaupun telah 5 tahun kepergiannya namun terasa-rasa dia di depan mata.

Semalam, 23/04/12 telah menerima perkhabaran, anak sepupu (Safira) juga telah kembali menghadap Ilahi kerana sakit buah pinggang. Baru berusia 18 tahun. Seorang gadis manis yang cantik. Al-fatihah dan takziah juga kepada sepupu. Anak perempuan tunggal terlebih dahulu meninggalkannya. Reda dengan ketentuan-Nya.

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!