Bila dah settle, siap semua, turun bawah...laaaa hujan rupanya. Patut la tadi macam malas je bangun...hehehe..
Terima kasih, gugel
Dah sampai ofis, buka e-mel, dapat satu e-mel ni. Bagus untuk dibaca, so aku syer ngan kamu semua, ya..terima kasih kepada pemilik e-mel ni...
Ini adalah sedutan daripada ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM yang bertajuk, "Dahsyatnya Doa Seorang Ibu".
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah. Bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka:
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi kalau sedekah RM1 takkan nak tuntut
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
-Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
-Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
-Susah nak dapat anak, senang gugur
-Ada rasa kelibat orang lalu
-Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad." 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
No comments:
Post a Comment