Dia: Eh, S cuti ke? U tau ke?
Aku: (angkat kepala sebab tengah tekun buat kerja) Tak tahu, dia tak cakap pun nak cuti. Tak tahu la, masuk lambat ke, EL ke, MC ke.....
Dia: (Sambil buat muka sinis pandang aku. Aku dengar dia mengeluh macam nak menghina aku) EL TU EMERGENCY laaaa...E tu emergency, L tu leave...(suara dikuatkan sambil ketawa sinis)
Aku: (Pandang dia. Nak tergelak pon ada). Saya tahu, saya kata MC! (dalam hati lagi, dah tua, pekak le tewww).
Dia: Bla..bla..(Komplen si S yang tak tahu apa cerita sebab S pegang kunci ofis dan tadi dia terpaksa tunggu 10 minit kot kat bawah hinggalah budak admin dtg)
Aku: (dalam hati lagii: PADAN MUKAAA!!)
Aku terpaksa pasrah sebenarnya dengan dia ni, almaklum la, orang kan grammar nazi. Pantang salah, terus tegur menghina. Tapi kes aku tadi bukan salah, dia yang PEKAK!
Konon grammar nazi, sebut 'PREVE' pon salah. Tak sampai hati nak betulkan. Takut dia malu pada aku yang fluent bahasa 'german' sahaja.
Teringat kata seorang ustaz dari JAWI (kenalan MrCho), "apalah sangat, dunia belaka tuh!"
No comments:
Post a Comment