Wednesday, April 18, 2012

Bahan Bacaan

Aku perlu bahan bacaan. Bahan bacaan yang aku maksudkan ialah buku. Yesss, dah lama aku tinggalkan hobi aku ni. Sejak ber'anak', lagi la aku tak ada masa nak membaca.

Sekarang bahan bacaan aku hanyalah blog korang je! Nasib baik semua best dan ala2 membaca novel...tapi tu la, internet bukan ada di mana2 jadi terhad juga la pembacaan aku. Aku ada ipad yg dibawa ke mana2 tp kadang2 aku segan dan sedikit takut nk keluarkan dia klu depan khalayak ramai...

Kalau ada buku kan best! Tapi sekarang aku tak jumpa buku yang sesuai dgn aku dah! Novel yg aku nmpk kat popular semua mcm....hurmmmm, kenot laa...

Bahan bacaan kena seiring dengan usia. Kehkehkeh...pesen aku ni kalau buku yg dah baca malas dah nak ulang baca. Banyak je novel aku zaman remajeww dulu tapi bila aku baca semula rasa nak tergelak je. Sumpah kelaka terus rasa macam apakah buku macam ni aku baca dulu? Bukan semua, segelintir je macam tu...

Buleh tak sesapa suggestkan aku buku apa yang best? Yang agak kedewasaan la, tak mo yang keremajewwwan gitu..

Satu je buku yang aku rasa nak ulang baca sekarang, SALINA. Tapi mana nak cari. Kat gugel book ada tp tak semua muka surat ada! Hampa, aku tak mahu baca langkau2 muka surat macam tu.

Sapa ada novel SALINA? Bagi aku pinjam baca bolehhh???

Mesti ada yang kata baca la buku agama!

Sekian entri aku untuk petang ni, aku bersiaran dari dalam komuter neh.

Saat entri ni dipublish aku berada di ofis MrCho sbb aku guna phone dan sampai sana aku on wifi...hehehe

posted from Bloggeroid

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!