Friday, April 27, 2012

Exam

Kemarin, abang bawa balik buku notis dia dari skul. Biasa kalau bawa balik buku notis tu ada la apa-apa notis teacher dia tampal kt situ.

Aku kalau nampak buku notis tu memang xcited nak tengok apa bendanya. Hahaha, sekali ini notisnya.

Ada exam weiii, alah aku plak berdebar! Bawah ni plak topik yang akan cover exam nanti.

Patut la minggu lepas aku perasan abang bawa balik banyak buku. Bila aku check tak ada homework. Pastu  abang akan baca buku-buku dia bawa balik dari muka surat pertama. Dia kata teacher suruh baca. Tak terfikir plak aku dia ada exam. Hehehe...start malam tadi aku pon gigih la membantu dia membaca.

Nasib baik juga kakak balik kampung. Kalau tak berebut ngan dia nak baca buku abang juga...

Ahad ni plak abang ada sports day kat sekolah dia. Bila aku tanya abang main sukan apa, dia jawab abang main football ngan sukaneka. Hurmmm, entah betul ke tidak dia main football. Padang pon tak ada kat skul dia tuh! Takut je anak aku ni terpengaruh ngan upin ipin. Sports day upin ipin, budak2 tu main football...ahahaha

Thursday, April 26, 2012

Emergency, MC, Hampir Sama Bunyinya Tu...

Keh..keh..keh...entry nak gelak sebenarnya ni...

Dia: Eh, S cuti ke? U tau ke?
Aku: (angkat kepala sebab tengah tekun buat kerja) Tak tahu, dia tak cakap pun nak cuti. Tak tahu la, masuk   lambat ke, EL ke, MC ke.....
Dia: (Sambil buat muka sinis pandang aku. Aku dengar dia mengeluh macam nak menghina aku) EL TU EMERGENCY laaaa...E tu emergency, L tu leave...(suara dikuatkan sambil ketawa sinis)
Aku: (Pandang dia. Nak tergelak pon ada). Saya tahu, saya kata MC! (dalam hati lagi, dah tua, pekak le tewww).
Dia: Bla..bla..(Komplen si S yang tak tahu apa cerita sebab S pegang kunci ofis dan tadi dia terpaksa tunggu 10 minit kot kat bawah hinggalah budak admin dtg)
Aku: (dalam hati lagii: PADAN MUKAAA!!)

Aku terpaksa pasrah sebenarnya dengan dia ni, almaklum la, orang kan grammar nazi. Pantang salah, terus tegur menghina. Tapi kes aku tadi bukan salah, dia yang PEKAK! 
Konon grammar nazi, sebut 'PREVE' pon salah. Tak sampai hati nak betulkan. Takut dia malu pada aku yang fluent bahasa 'german' sahaja.

Teringat kata seorang ustaz dari JAWI (kenalan MrCho), "apalah sangat, dunia belaka tuh!"


Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Rindu Datang Lagi

Rasa rindu pada adik yang telah pun pergi menghadap Ilahi 5 tahun yang lalu...Kenangan terasa mencengkam-cengkam jantung hati, lantas merobohkan kubu air mata....al-fatihah

Mungkin dia sedang merindui aku juga, yang kadang kala teralpa untuk sedekahkan sepotong al-fatihah untuknya...

Walaupun telah 5 tahun kepergiannya namun terasa-rasa dia di depan mata.

Semalam, 23/04/12 telah menerima perkhabaran, anak sepupu (Safira) juga telah kembali menghadap Ilahi kerana sakit buah pinggang. Baru berusia 18 tahun. Seorang gadis manis yang cantik. Al-fatihah dan takziah juga kepada sepupu. Anak perempuan tunggal terlebih dahulu meninggalkannya. Reda dengan ketentuan-Nya.

Monday, April 23, 2012

Macam Tengok Cerita Korea

Aku tengok real and gambar ni, sebijik macam tengok drama korea. Hehehe, comey je kakak naik kereta api. Senyum je...#matilerakukenacebiksebabpujianaksendiricomey#


Ni malam tadi, kakak ikut tok ma balik kampung...sobbb..
Nak sangat dia balik kampung, terpaksa aku lepaskan walaupun berat hati...huhu
Nak naik kereta api katanya, abang dah pernah dulu...

Dah dalam kereta api, lambai2 kitaorang, siap flying kiss lagi..si abang plak nanges, nak ikut...ahahaha..adik tak ada perasaan sebab terpegun gamaknya 1st time tengok kereta api...

Cuti sekolah nanti baru ambik dia..lamanyaaa...sobb..sobb..sobbbbbb
Belum pun kereta api dia naik sampai seremban, aku dah rindu dia!

Gambar bawah ni sekitar kejadian malam tadi. Biasa naik kereta api balik kampung kat KL sentral, kali ni ubah ke Kajang. Lebih dekat dan lebih selesa rupanya. Stesen kecil dan orang tak ramai...boleh bergambar dengan riang ria.




 Abang, mula2 hepi sebelum kereta api sampai. Pastu nanges, babai kakak pon takmo..



P/s:  nota untuk kawan2 cemolot: yang hari tu saya blm sempat masuk blog..sabar eh!

Wednesday, April 18, 2012

Bahan Bacaan

Aku perlu bahan bacaan. Bahan bacaan yang aku maksudkan ialah buku. Yesss, dah lama aku tinggalkan hobi aku ni. Sejak ber'anak', lagi la aku tak ada masa nak membaca.

Sekarang bahan bacaan aku hanyalah blog korang je! Nasib baik semua best dan ala2 membaca novel...tapi tu la, internet bukan ada di mana2 jadi terhad juga la pembacaan aku. Aku ada ipad yg dibawa ke mana2 tp kadang2 aku segan dan sedikit takut nk keluarkan dia klu depan khalayak ramai...

Kalau ada buku kan best! Tapi sekarang aku tak jumpa buku yang sesuai dgn aku dah! Novel yg aku nmpk kat popular semua mcm....hurmmmm, kenot laa...

Bahan bacaan kena seiring dengan usia. Kehkehkeh...pesen aku ni kalau buku yg dah baca malas dah nak ulang baca. Banyak je novel aku zaman remajeww dulu tapi bila aku baca semula rasa nak tergelak je. Sumpah kelaka terus rasa macam apakah buku macam ni aku baca dulu? Bukan semua, segelintir je macam tu...

Buleh tak sesapa suggestkan aku buku apa yang best? Yang agak kedewasaan la, tak mo yang keremajewwwan gitu..

Satu je buku yang aku rasa nak ulang baca sekarang, SALINA. Tapi mana nak cari. Kat gugel book ada tp tak semua muka surat ada! Hampa, aku tak mahu baca langkau2 muka surat macam tu.

Sapa ada novel SALINA? Bagi aku pinjam baca bolehhh???

Mesti ada yang kata baca la buku agama!

Sekian entri aku untuk petang ni, aku bersiaran dari dalam komuter neh.

Saat entri ni dipublish aku berada di ofis MrCho sbb aku guna phone dan sampai sana aku on wifi...hehehe

posted from Bloggeroid

Tahniah, Sis!

Sabtu hari tu adik aku konvo kat picc. So berangkat ke sana la kami. Pertama kali pegi jadinya terkagum2 la haku, ambik gambar sana sini.

Teringat zaman aku konvo dulu. Zaman aku bukan picc laaa, aku buat kat u aku belajar kat kl nun. Sehari sebelum konvo macamkan esok nak raya. Baju, kasut, tudung semua baru. Meriah, pastu berkumpul ramai2 ngan kawan. Diaorg datang berkumpul rumah sewa aku masa nak konvo tu, malam tu kul 3 tak tido lagi. Esok kul 7 dah nak keluar. Tapi memang best la time tu! Pastu mak ayah sedara mara semua datang, so rasa sangat dihargai..ahaha, tak boleh blah!! Dapat bunga. Aku tak ada pak we so paksa sedara mara beli bunga sebab dengki tengok orang lain bergambar pegang bunga. Bunga time konvo mahal nak mampos!

Pegi konvo adik aku hari tu, kenangan2 time aku dedulu ter'recall'....ada rasa senak mencucuk-cucuk hati, jantung. Banyak kenangan pahit manis lor di UM tu...

Ah, dah malas cerita pasal tu la.

@PICC, Putrajaya.

Ni dari belakang kot! Ni je jalan yang kami jumpa, parking kt bawah, jalan kaki naik bukit tertonggek2..

My Famili...abah je tak datang. Gud Luck utk adik aku yg baju kotak2 tu, esok nk g jerman, ada games kat sana...

Adik ngan kakak berkongsi baju sama...kihkih, jimat belanja mak kamu. Tu la untung jarak anak dekat2 ni...(Ni kalau sapa perasan la sbb entry kt bawah aku letak gmbr kakak pakai baju sama ngan adik) 

 Astagfirullah al'azimmmm, gemuknya ppuan dalam gambar tu!!!




 Moh, balik! Semua kelaparan..

Eh, bukan MrCho! 

Syyyyhhhh, perasan tak size gambar kecik daripada biasa? Nak cover kegemukan!! kahkahkah

Tuesday, April 17, 2012

Happy Birthday, Princess!!

17 April, tiga tahun yang lalu aku melahirkan puteri kedua kami. Hari ini, puteri yang kami namakan AIMY NUR HANNA CHO telah mencapai usia 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah untuk mama dan papa...

Happy Birthday, kakak!!!!
atau suka dipanggil Meimei (bukan memey norman hakim) dalam cerita upin ipin...


Malam nanti, mama papa balik keje kita makan kek, ya...:-)

Sekian, enteri pendek

Friday, April 13, 2012

Untung Ada Anak Dara

Ni gambar minggu lepas, hari sabtu.

Nasib baik ada anak perempuan, ringan beban mama...
Ni bukan penderaan, ya...bukan juga kerahan tenaga kanak-kanak...kihkihkih...

Sukarela nak buat, larang dia menangis berlagu2, so biarkan aje...
Kata orang melentur buluh ketika rebung....

Baju kat bilik belum berlipat, habis dia punggah keluar sebab katanya nak tolong mama lipat baju...tak bagi kang bersyair plak!

 Kutip baju kat luar plak..

Hasil lipatan






Untuk renungan sahaja:


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA


2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA


3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat ) 



4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh
 


Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh 


mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. 


Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap 


Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu 


adalah penghapus segala dosa.

(copy and paste dari fb seseorang...terima kasih)




Tuesday, April 10, 2012

Hujan Rahmat

Hujan pagi tadi rupanya membawa rahmat.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya apa yang aku usahakan selama ini hampir menjadi kenyataan...berkat sabar dan tidak putus asa.

Sebenarnya, MrCho yang banyak memainkan peranan. Sokongan beliau banyak membantu. Mengajar aku sabar, sabar, sabar...Terima kasih, papa....

Menaip Entri Sambil Sorok-sorok~~~

Pagi tadi terjaga pukul 6, tapi macam arrrggggghhhh, malasssssnyeeeee nak bangun! Pejam mata kejap, buka balik, tengok jam 6.05, pejam balik, buka tengok jam, 6.10...ahhh, tak leh jadi kena bangun! Anak nak sekolah, suami nak kerja. Aku lambat, semua lambat nanti....hehhehheh...teringat plak esok cuti pertabalan agong..yeayyyyy!!

Bila dah settle, siap semua, turun bawah...laaaa hujan rupanya. Patut la tadi macam malas je bangun...hehehe..

Terima kasih, gugel

Dah sampai ofis, buka e-mel, dapat satu e-mel ni. Bagus untuk dibaca, so aku syer ngan kamu semua, ya..terima kasih kepada pemilik e-mel ni...


Ini adalah sedutan daripada ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM yang bertajuk, "Dahsyatnya Doa Seorang Ibu".  

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah. Bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik


Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

Setitik air mata ibu jatuh,
10 kebajikan anak hilang,  so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka:
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø       Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Ø       Anak
Ø       Ibu
Ø       Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita  di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil
  "wasilah amal"
Ø        "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan     jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø       Tapi kalau sedekah RM1 takkan nak tuntut

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah
Ø       "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø       "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

Barang siapa yang
 tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka  walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup
 dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
Doa orang yang mati makbul  untuk orang yang masih hidup
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan"  atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.."  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini"  Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu,
takkan miskin  orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk
  kita dapatkan pahala!

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku".  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia
sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

 
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø       Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø       Symptom dah terkena saka
          -Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
          -Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
          -Susah nak dapat anak, senang gugur
          -Ada rasa kelibat orang lalu
          -Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam     kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø       Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad." 1000x sehari
 
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
 
Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil
  ROH ANAK
Ø       Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.





Friday, April 6, 2012

Ibu Bapa yang Bijak Melahirkan Anak3 yang Berbakat

Tak caya? Tengok ni...




Hasil kraf tangan tiga beradik. Abang ketua, adik2 pengikut!

Nanges mak dan bapa kamu anak, tengok hasil kerja kamu ni...

Ni hanya sebahagian, pendek kata setiap pelosok dinding ada tanda...

Wednesday, April 4, 2012

Mangsa Manusia yang Tak Fikir Panjang

Manusia yang dikurniakan akal fikir yang panjang, bijak pandai, cendekiawan, intelektual tapi kadang kala tergelincir juga menjadi manusia stupidwan. Normallah tu kan...selaku manusia, kita tiada yang sempurna. Ok titik di situ. Terima kenyataan setiap orang pasti melakukan kesilapan.

Tapi kan, apa pula perasaan anda kalau anda merupakan mangsa kepada kesilapan orang lain? Maafkan/biarkan saja sebab manusia tiada yang sempurna. Takkkk kan??? Bila anda terkena, paling kurang anda akan berasa hendak marah. Paling tidak pon anda akan menyumpah2...lagi berani anda akan membalas balik perbuatannya...sebagai manusia biasa juga, boleh ke kita sesenang lupakan perbuatan orang? Mungkin pada orang yang berbuat tu fikir tak ada apa, tapi yang kena buat tu terkesan seumur hidup! Ni aku bagi contoh la...bak kata orang luka dah sembuh tapi parut tetap ada...

Aku tengah gerammmm ni, tapi aku nak biarkan saja...lama2 insyaAllah aku lupa...hehehe..al-maklum la manusia tidak lepas dari kesilapan tanpa disengajakan...aku syak orang tu xcited melampau sampai terlupa tentang sensitiviti orang lain. Aku mangsa yang reda!

Klik Me

Klik! Klik!