Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Friday, September 30, 2011
Tiada Motif Aku Hapdet Ni...
Yeeehaaaa, lepas ni boleh la aku menghapdet belog secara tegar. Internet tengah pasang kat ofis! Lalalala....
Opsssss, kantoi!
Kerja, kerja...belog, belog....tidak mengganggu mana-mana pihak, kerja siap on time!!!
Thursday, September 29, 2011
Kisah Pak Cik Melayu
Tunggu MrCho kat kedai makan. Aku sengaja duduk kat luar mcm kaki lima kedai macam tu laa...dah order semua duduk la aku layan soffiya @tv3.
Tiba2 kat tepi jalan tak jauh ngan kedai la, ada sorang pak cik jalan ke arah kedai makan aku duduk tu. Aku kat luar so ke arah aku laa...aku buat dekk jer mulanya. Tgk pak cik tu mcm lain mcm je, mcm kurang siuman pun ada..takut ooo..
Tiba2 pak cik duduk kt tangga, dkt meja aku, pastu pandang2 arah aku plak...aku dh rasa tak tenang dah!
Korang baca la ya dalam nada saspen...
Masa waiter dtg hntr makanan, aku tya waiter tu dia kta pak cik tu tak kacau orang, dia duduk je, kdg2 dia minta nasi tp tak makan. Kdg2 ada gak dia minta duit, nak beli arak!
Masa mkn aku cuak la jugak, risau kang dia g rampas makanan aku camana??? Hilang dh selera aku nk makan...
Tak lama lepas tu, pak cik tu bgn, dlm hati aku berdoa jgn laa dtg dekat aku, aku tak tahu nak buat apa nih pak cik!!
Tapii doa aku tak makbul, pak cik tu dtg gak ke meja aku. Pandang aku sambil buat isyarat dia nk mkn..pastu tuan kedai jerit2 kt dia suruh dia jgn ganggu org mkn. Waiter dtg tya dia nk mkn apa dia kata nk nasi lemak ngan air teh. Tapi budak waiter tak bg makanan, tp bg duit singgit, terus dia blah..elok plak jalan, tak ada longlai2 mcm dia dtg tadi...
Aku plak dh hilang mud makan..huhu..

posted from Bloggeroid
Tuesday, September 27, 2011
U are Fiiirrreeee!!!!!
Banyak benda yang pagi2 buat aku rasa hot ja...
Cik kak, bole tak duduk diam2 buat keje sendiri...tak payah susah2 hal saya!
Sukahati saya nak buat apa, sebab saya tak minta duit cik kak pon!!!
Sian la cik kak ni, semua pon nak kecoh pastu nak emo2 bila org lain lebih bernasib baik....
Lenkali pandang gak la ke bawah, jangan rasa cik kak sempurna dalam semua benda!
Semua tahu cik kak bijak pandai tapi ada benda cik kak fail jugak!
Saya pun tak tahu kenapa saya bole terjebak dgn cik kak yg selalu buat saya stress, dari mud baik jadi tak baik!
Tengok, pagi ni gara2 cik kak saya dah tak bole focus keje saya.....terima kasih cik kak!
Tak payah la nak menakutkan saya, cik kak sbb saya bukan skema macam cik kak dan bukan bendul macam cik kak...bukan juga pesen tak puas hati dengan semua benda tapi cakap berapi2 kat belakang....
Dah, aku tak boleh pikir dah, semua gara2 CIK KAK!
Sunday, September 25, 2011
Tidurlah Anakandaku Sampai Pagi
Sorang anak aku bangun. Jam 10.45pm.
Jangan la ada yang bangun lagi...pitam mak ko ni. Dah la esok ada miting. Mahu aku dok menguap dalam bilik miting!
Harus agaknya aku g tido sekarang ni...papa, silalah layan anakmu yang baru bangun itu...kamu berdua kan geng, boleh lepak sesama main games!
Gud nite, mamamu nak g zzzzZZZZZZZZZZzzzzz...

Bangun tido terus hadap ni.......tensi mama ko ni, nak!
Gud nite, mamamu nak g zzzzZZZZZZZZZZzzzzz...
Mengimbas Kenangan
Baru pulang dari open house kat pantai dalam. Ohhh, lama sudah tak menjejak kaki ke sana...
Zaman belajar dulu, ada la jugak lepak2 makan kat situ...zaman belajar plus kerja aku tinggal berjiran je ngan pantai dalam.
Dulu dari vista angkasa boleh nampak kondo hillpark, tak pernah ronda2 ke sana sebab kekononnya itu kawasan orang kaya! Nak lepas pintu gerbang hillpark pon takut...
Pertama kali masuk hari ni baru le ku tahu rupa keadaannya...kahkahkah...gelakkan diri sendiri. Rupernya nama tempat tu hillpark, kat situ bukanlah kondo tu semata2. Hepening lah tempat tu, tak tahu lah kalau dulu tak begitu.
Eh, apa aku jauh menyimpang ni, nak citer g open house sebenarnya tadi..
Open house rumah kawan MrCho. Kat situ la rumah kawan dia tu. Flat rakyat. Tu yg aku terkejut sebab masuk ikut hillpark, aku ingat kawan dia tu kt kondo tu, eh, rupanya dalam tu ada flat. Sungguh2 dulu aku ingat kat situ kondo tu semata2. Tak tahu x-housemates tahu ke dak pasal ni, sebab dulu kami sesama sembang kalau nak tinggal hillpark kena ada sugardedi! Giler kami! Rumah teres semua ada. kejakunan i sekejap. hoh! Eh, menyimpang lagik...
Tak ada apalah nak citer g open house tu pun...seperti biasa kami akan jadi tumpuan bila pertama kali jumpa terutama anak3. Mesti kena interbiu. Jawapan semua dh ada dlm kepala...
Aku makan laksa, MrCho makan laksa pastu makan nasi plak. Aku nak makan nasi aku dah malu. Nak balik kawan tu bekalkan asam pedas..hehehe, rezeki.
Otw balik, anak3 lena, terus balik. Sampai rumah pon semua tak mau bangun. Dan sekarang dapat la aku berblog tanpa gangguan kecuali dari MrCho. muahaaha...
Ok aku nak g makan nasi ngan asam pedas....jemput semua...

Saturday, September 24, 2011
Anak-anakku, Bilakah Mahu Beradu?
Aku dah pancit ni, bilatah kenit2 aku ni nak tido...
Rumah dah macam tongkang pecah, nk kemas tak bagi...
Pagi td salah aku juga, masa MrCho nak g keje, kakak ngan adik bgn, lepas MrCho keluar g keje aku ajak kakak & adik baring2...sekali kami tiga2 lena. Abang pun dah bgn tgk kitaorg tido, dia pun tido balik, lajaklah kami berempat smpai 11.30...hahaha, teruk sungguh! Dah puas tido la semua tu...
Bgn2 aku buat bekpes, goreng naget utk diaorg..makan dgn gembira sekali smbil layan miki mouse.
Bekpes naget..kakak, sgt tak sopan macam tu...(sila abaikan pandangan belakang)
Sekian cerita pendek aku!

Thursday, September 22, 2011
Blackouttt!!!
Pagi2 sampai ofis tengok gelap je...
Ingatkan pehal diaorg tak buka lampu kat tangga, dah naik smpai level 2 baru
tahu rupa2nya blackout!
Kata diaorang sejak malam tadi, entahlah...sebab semalam hujan, guruh petir semua ada..
Dah kata blackout, apa boleh buat, ya dak? Kami pun apa lagi, bentang meja bulat la, bergosip..
Bos2 belum sampai...sukaaa semua orang walaupun kpanasan. Tingkap2 semua buka la tapi tak ada angin
Seronok tetap seronok...jarang dapat peluang sembang macam ni taim kerja..hahaha
Bos sampai, ngan bos2 sekali join bergosip!
Lama gak la, dari pg sampai tengah hari. Orang tnb datang check2 rupa2nya ada orang curi kabel letrik.
Apaaa laa pencuri ni!
Pukul 11.45, kitaorg dah dibenarkan keluar makan.
Makannya kat p.j.c.c..dekat ngan ofis metrowealth..
Masuk je cafe tu terus nampak pelakon cerita kasih nabila yg rafidah berlakon tu..
Tapi bukan rafidah la kat situ, nama betul pelakon tu tak tahu. Dalam citer tu
nama eric. Tengah makan ngan member2 dia. Kecik comel je orangnya. Sapa tengok citer ni tahu laa..
Aku nak curi2 ambik gambar tapi segan plak sebab meja kami dekat sgt. Kalau aron aziz aku tak malu kot!
Balik ofis, dah ada letrik....apa daa tnb ni efisen sgt buat kerja neh! kahkahkah!!!!

Wednesday, September 21, 2011
?????
Tadi kekonon aku nak buat WW. upload gambar masa open ofis monday hari tu.
Sekali gambar aku upload tu jd besar gabak giler!
Malu aku nengoknya, terus aku delete post tu..ngeh..ngeh..ngeh.
Terus tak jadi WW hari ni...
Sekali gambar aku upload tu jd besar gabak giler!
Malu aku nengoknya, terus aku delete post tu..ngeh..ngeh..ngeh.
Terus tak jadi WW hari ni...
Tuesday, September 20, 2011
Open Ofis
Semalam kat ofis aku ada buat open ofis. Pertama kali buat
majlis macam ni. Biasa bos akan belanja for lunch kat summit bila raya.
Sekarang kat ofis baru, malay staff dah makin ramai, so bole
la buat. Ofis pun dah besar banding ofis lama yang kecik tak cukup ruang.
Buat majlis pun bukanlah besar, kecik2 je. Kami2 bawa/masak
makanan masing2. Jadinya semalam menu adalah roti jala+kari ayam,
rendang+lemang, nasi impit+kuah kacang, laksa, karipap, buah2an dan desert2
lain…walaupun simple tapi meriah gak la. Big bos join siap bawa kawan lagi dua
orang. Kiranya majlis semalam dikira berjaya juga la…..alaaaaa, apa la i ni,
kalau dah majlis makan tu, tak pernah tak berjaya la…macam mana ko buat pun
mesti berjaya, janji makan free…eh, apa aku meraban ni!
Sebenarnya aku nak beritahu aku masak rendang ngan kuah
kacang untuk majlis tu. Lemang beli je yang jual kat tepi jalan tu. Nasi impit
orang lain bawa. Aku tak pernah buat kuah kacang sebelum nih, jadinya semalam
aku tawakal je. Aku masak hari ahad dengan niat kalau menjadi aku bawa, kalau
tak menjadi aku simpan dalam peti sejuk hingga tamat tempoh…muahaahhaa..aku
selalu gitu, makanan tak habis simpan peti ais sampai dah kering2 hampir tak
ada rupa baru buang! Nak buang awal2 sayang, nak makan tak lalu dah…bad habit,
korang jangan tiru!
Semalam aku bawa juga sebab menjadi, cumanya pedas sikit.
Bukan salah aku, salah cili kering kedai runcit tu yang pedas. Aku manalah
tahu, ikut resepi tu dia kata letak cili mesin banyak tu, aku pun letak la
banyak tu, sekali pedassss tapi diaorang cakap sedap sebab pedas tu dah dicover
oleh rasa manis. Lenkali kurangkan cili…ngeee~~~~
Rendang aku plak memang sangat saprais! Dua ekor ayam aku
buat. Pun ni cubaan dalam kaedah tawakal juga. Tak biasa aku buat banyak2.
Jarang sangat aku masak rendang ni, tak reti sebab tempat aku rendang tak femes. Kuali aku kecik je untuk dua ekor
ayam, tapi gigih gak membuatnya. Nasib baik dapat kerjasama dari MrCho. Bukan
kerjasama masak rendang, kerjasama tengok2kan anak. Tengok je la, anak bergayut
kat baju aku dia tak peduli pon! Tapi tak kisah sebab tak ada tragedi menyayat
hati ke apa…hak..hak..hak…
Rendang aku tu yang sapraisnya semua orang cakap
sedap…kembang hidung i! Rendang i satu2nya menu yang habis licin…kahkahah…siap
diorang cakap aku kena ambik kontrak buat rendang ayam kalau ofis ada majlis
lagi….saja je la korang, kan…siap
sorang amoi tu masa aku nak balik cakap kat aku, “izza, u punya rendang, boleh
buat i mimpi malam ni…..” hahahaha, aku gelak tak tahu nak cakap apa sebab dah
kembang2…
Itu je lah yang aku nak cerita pasal open ofis kami.
Perjalanan majlis biasa2 saja, pengisiannya, makan2, sembang2, gelak2 pastu
habis. Kemas2, sambung buat kerja. Aku mengantuk lepas tu!
N3 ni aku nak publish pagi tadi, tapi aku tak tahu apa ke S.I.A.L ntah sekarang baru boleh. Bila upload gambar asyik failed je! tensi hakuuu...sudahnya, tak payah la letak gambar. Lagipun majlis manja2 je...aku dah menyampah boring dah asyik buat benda ni je....
Ni tak tahu boleh ke tak nak publish ni....haaaaa, nasib baik BERJAYA!!!!!
No Tajuk
Adoiiiiii,,,aku stressss sungguh ngan tenet guna brokban ni...dari pukul 11 tadi aku nak publish tak lepas2 lg....
Apa masalah niii????
Hilang mud aku! :(
Sunday, September 18, 2011
Kek untuk Abang
Semalam besday abang tapi malam ni baru sempat potong kek...
Simple, sesangat simple..kami berlima je. Sebiji kek je utk abang. Wpun simple tanpa tetamu hanya kami tapi bg aku sgt comel.
Sudah besar abang, sudah tahu sambutan hari lahir untuknya. Rasa mahu menitis air mata kalau aku biarkan melihat akan keterujaan abang. Jelas sungguh kegembiraan dia..kakak dan adik ikut teruja. Lagi comel bila kakak turut nyanyi dan bertepuk tangan untuk abang. Cuma adik, haha tak sabar nak terkam kek abang!
Gambar ada la papanya ambikkan tapi guna kamera. Aku ada masa aku letak kat sini. Skrg guna MrHtc update, ada dua tiga gambar je kt phone ni...gambar adik comot yg banyak...

Friday, September 16, 2011
SELAMAT HARI LAHIR, ABANG NAJMI
Ini adalah nukilan hati untuk puteraku, AIRIL NAJMI CHO.
Andai kamu rasa mahu membacanya, silakan. Andai kamu rasa
tiada apa2 untuk kamu, abaikan n3 ini. Ini hanyalah untuk puteraku sempena
usianya yang ke-4.
Semoga ruang ini akan berkekalan sehingga puteraku mengerti
nukilan hati ibunya ini.
Sungguh cepat masa berlalu. Setahun, dua tahun, tiga tahun
dan sekarang abang telah pun menjangkau usia empat tahun. Sudah besar putera
mama.
Kelahiran abang sangat dinanti2kan. Abang menjadi cucu
pertama sebelah keluarga mama. Menjadi cucu lelaki pertama sebelah keluarga
papa. Mengenang kisah kelahiran abang, mama rasa sangat bersyukur kerana
semuanya berjalan lancar. Kelahiran abang sangat mudah. Walaupun dua hari dua
malam mama terpaksa tidur di hospital tapi semuanya berbaloi. Melahirkan abang
merupakan pengalaman pertama mama. Mengandungkan abang juga merupakan
pengalaman pertama mama. Semua itu sangat indah pada mama.
Mama melahirkan abang awal seminggu daripada tarikh yang
diberikan oleh doktor. Seperti adik, abang juga lahir pada bulan puasa. 4
Ramadan 1428 bersamaan 16 September 2007. Jumaat malam, mama mula rasa sakit
sedikit2. Nasib baik mama di kampung. Tok ma menyuruh mama berehat sahaja.
Katanya belum mahu melahirkan, esok baru pergi hospital. Mama hanya berbaring,
malam tu mama memang tak boleh tidur, takut….
Keesokan pagi (sabtu), barulah mama dibawa ke hospital. Mama
ditahan di wad tapi sakitnya tidak terlalu kerap.
Abang dilahirkan pada pagi hari ahad, jam 11.47 pagi dengan
berat 2.75kg. Saat mendengar tangisan pertama abang, hilang segala kesakitan
mama. Sungguh ajaib! Kuasa Allah swt, itulah dia. Yang mama rasa hanyalah
keletihan kerana hilang banyak tenaga. Comel sungguh abang, tak sabar mama mahu
papa melihat abang. Saat ini papa dalam perjalanan pulang ke kampung. Soalan
pertama papa apabila dapat bercakap dengan mama melalui telefon ialah,
“sempurna tak?” Kelakar bila mama ingat semula.
Pada malamnya, kita masih lagi di wad. Abang menangis kerana
lapar. Susu mama tiada. Terpaksa tok ma minta susu formula daripada orang lain.
Lepas minum susu abang tidur lena…Esoknya kita dah boleh pulang ke rumah.
Abang kena jaundis tapi alhamdulillah terkawal. Sedih
sungguh hati mama apabila abang kena cucuk untuk ambik darah, sampai papa
bertekak2 dengan nurse.
Abang senang dijaga, tapi kadang2 ada juga masa abang tak
mau tido malam2, nangis nak dukung dan tido atas dukung. Tak mengapa kerana abang
membesar dari sehari ke sehari menjadi kanak2 yang sangat comel di mata mama.
Sebab abang tak mau tido malam, tok ma buat kesimpulan abang lapar, seawal umur
abang sebulan lebih tok ma dah suap abang makan – mama lupa nama makanan tu
(tepung beras yang dimasak). hehe..
Abang,
Hadiah mama untuk abang hanyalah doa, mama dan papa tiada
wang yang banyak untuk membelikan abang hadiah yang mahal2. Doa mama agar putera mama ini membesar menjadi anak yang
berguna, bijak, patuh dan taat kepada Pencipta. Mendengar cakap, hormat orang
tua dan tidak mementingkan diri. Mama hanya mahu putera mama menjadi yang baik2
saja. Bijaklah menangani masalah dunia, janganlah kalah kepada duniawi kerana
itu semua hanyalah sementara. Kehidupan akan menjadi indah kalau kita pandai
mengawalnya.
Abang yang penyayang
Mama tidak pandai berbahasa, mama harap putera mama ini
faham maksud mama. Mama dan papa bukan orang kaya, mama dan papa miskin harta.
Tapi mama tidak mahu kerana kemiskinan mama dan papa menyebabkan anak2 mama
turut miskin. Walaupun mama tak mampu memberi wang ringgit, tapi mama akan
berusaha memberi ilmu kepada anak2 mama. Bagi mama, ilmulah harta yang tiada
tolok banding, lebih bernilai dari wang ringgit.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KEEMPAT SAYANG
MAMA.
Membesarlah sebagai kanak2 yang ceria dan gembirakanlah
orang2 yang menyayangi abang. Andai mama dan papa pergi dulu, abanglah
tanggungjawabnya ke atas adik2. sayangilah mereka, jagailah mereka dan
sempurnakanlah hajat mereka andai mama dan papa tidak berkesempatan.
Abang ni asyik main games je, pening mama........
Thursday, September 15, 2011
Aku kah Ni???
Apasal sekarang aku kuat makan nih?
Musykil........................
Sebelum puasa berat 49kg..........gemokkkkk!!!
Sehari sebelum raya plak aku timbang 46.5kg............huaaaaa hepiiiii iiiiiiii........
Tapi sekarang.....kenapa nafsu makan aku membuak2 nehhhh??
Pagi makan, tengah hari makan, malam makan. Ni pun aku tengah pikir nak makan apa malam nanti sementara tunggu MrCho...terbayang2 mihun tomyam........
Pagi tadi makan nasi lemak, tengah hari nasi campur(sup+ikan bakar).
Ni plak aku makan malam tadi sementara tunggu MrCho. Ni aku makan seorang ni....huhuhu...

Nasi putih, tomyam campur, paprik campur, sambal belacan, tembikai susu(tak ada dalam gambar)
Pitammmmssssssssss.....!!!
Wednesday, September 14, 2011
Kasut Terbang
Hari kejadian ialah isnin malam.
Aku balik kerja 5.30, sampai PP dalam pukul
6.10 lebih kurang. Aku kena tunggu MrCho ni. Nak g ambik anak3 rumah pengasuh. Dia
sampai PP aku bajet dalam pukul 8 mlm. Sementara tunggu dia aku
jalan2 area situ sebelum lepak kat mamak.
Dalam pukul 7 mcm tu aku masuk kedai mamak makan megi goreng
ngan teh tarik, layan aipad tanpa mempedulikan orang sekeliling. Dalam pada tu
cuak juga mana tahu ada perompak masuk ke apa..huahuahua…
MrCho sampai dalam 8.35, aku dah boring tahap gaban, sakit2
pinggang bagai sebab Ms.P datang. Masuk2 kereta je dia tanya aku ada lauk tak
kat rumah. Aku cakap tak ada. Padahal telur ngan sardin ada je..
Lepas ambik anak3, aku ingat MrCho nak tapau je makanan,
rupa2nya pergi makan kat kedai. Agak mencabar la kali ni sbb adk dah besar,
kena duduk atas baby chair, kakak pun. Dulu adik kecik lagi letak je dalam
stroller, bagi mainan leka la dia. Sekarang ni dua2 kena layan, hohh, mencabar!
Nk jadi cerita, makanan lambat pulak sampai. Dua2 kenit ni
dah boring. Adik dah menjerit2, kakak plak asyik mintak nak turun. Abang pun dh
start tak duduk diam. Tu yang kakak panas bontot duk kat kusi.
Makanan sampai. Diaorang tak nak makan sebab dah makan rumah
pengasuh. Aku ngan MrCho je makan. Tengah2 leka makan tu, tiba2 kakak ambik
kasut adik yg aku letak atas kusi sebelah dia terus baling tepat mendarat dalam
pinggan nasi MrCho. Bolehhh??? Apa korang rasa?? Aku? Mulanya aku terkejut tapi
lepas tu nak tergelak tapi tahan dalam hati sebab aku nampak MrCho dah merah2
muka menahan marah. Tak tahu lah orang keliling nampak ke tidak kejadian tu.
MrCho terus tak jadi makan. Aku suruh ambik nasi aku dia tak nak. Aku pun terus
hilang selera nak makan. Lauk banyak lagi, terpaksa la aku ratah sikit2 dengan
agak rakus sebab muka MrCho dah tak manis dipandang dah…huhuhu..
Masuk kereta dia membebel2..sebab ni la tak mahu makan kat
luar, apa la…bla..bla…aku tadah telinga je sebab aku tak salah pun. Betul apa,
aku tak ajak dia makan kat luar pun, boleh je nak tapau balik makan kat rumah. Kan? kan??
Kat rumah, kakak panjat sofa nak ambik pensel. Sekali kena
marah ngan MrCho, suara agak kuat la…nangis mendayu2 kakak. sekali lagi aku nak
tergelak sebab selalu dia tak marah pun. Oleh sebab dia nak lepas rasa marah
masa kat kedai makan tu lagi terus kena marah sebab panjat sofa je…kelakar2…huru
hara sekejap…
Malam tu terus aku pun takut nak beramah mesra ngan dia.
Sudahnya kulu kilir aku buat kerja aku. Cuci baju, kemas dapur, angkat baju kat
ampaian, tidurkan adik ngan kakak pastu lipat baju yang dah menggunung. Takut
weh, kang tak pasal2 aku plak kena marah sebab dia macam pantang sikit kain
baju tak berlipat…
Pengajarannya, aku tak mahu dah makan kat luar waktu malam
lepas balik kerja bersama anak3. Anak buat perangai bukan menjadi hal, tapi aku tak boleh
anak aku kena marah oleh orang waima oleh papanya sendiri. Aku je boleh marah. MrCho
tinggikan suara pada anak3 pun aku akan sentap! Maksud aku masa dia orang kecik
la. Kalau dah besar, dah berakal, buat salah aku tak kisah la nak marah pun.
Sekarang kecik lagi, tak pandai nak berfikir lagi, kalau buat salah, tegur je
la, cakap tak boleh buat nanti akan jadi macam ni, macam ni. Tegur atau nasihat
dengan cara yang baik, jangan nak tengking2, tinggikan suara bagai. Marah2,
tinggikan suara aku seorang je boleh! Sesapa ada anak kecik tahu la macam mana…
Monday, September 12, 2011
7:00 pm
@mamak stall...
Menunggu kecintaan...
Untuk menjemput kesayangans...
Bertemankan segelas teh tarik sepinggan megi goreng...
Best tak? Best tak?
Menunggu kecintaan...
Untuk menjemput kesayangans...
Bertemankan segelas teh tarik sepinggan megi goreng...
Best tak? Best tak?
Semoga Hati Aku Ceria untuk Meneruskannya
Aku sedang berhati walang.
Hari ni aku start hantar anak3 ke rumah pengasuh. Abang ok, kakak pun pagi tadi ok walaupun pada mulanya aku jangkakan dia akan menangis tak mau ngan pengasuh. Tapi alhamdulillah, ok je pagi tadi tak menangis. Tak tahu la selepas aku tak ada dia nangis.
Yang menyebabkan aku walang ialah adik. Dia tak nak dgn orang lain. akan menangis meraung2 bila orang dia tak kenal ambik dia. Pagi tadi pun kakak pengasuh nak ambik dia, kuat je dia pegang baju aku. Terpaksa la aku bawa masuk, baringkan kat sofa pastu bagi dia minum susu. Dia macam agak leka tak nampak aku, cepat2 aku keluar. Sebak...sebak...sebakkkk, rasanya. Tadi aku sms pengasuh, dia kata eyin nangis kejap je...sampai petang tak ada apa2, aku rasa ok la tu....aku standby je, agak2 dia nangis tak berhenti aku nekad balik ambik teksi dari ofis.
Macam2 aku terfikir. Dia akan ketakutan kah bila tengok muka2 yg dia tak kenal kecuali abang ngan kakaknya saja? Dia akan menangis sesungguh hatikah bila aku tak ada untuk tempoh yang lama...? Oh, semuanya amat meruntunkan hati!
Harapnya masa aku ambik diaorang nanti, yang aku dengar dari mulut pengasuh ialah, eyin ok je, nangis kejap je lepas tu main, makan, tidur. Kakak pun sama, main, makan, tidur.
Abang aku tak risau sangat sebab dia dah tahu dan faham.
Tapi malam tadi aku sedih juga. aku cakap dengan abang esok abang kena pergi rumah mama lili. Dia terus buat muka sedih, pandang aku, cakap dia tak nak pergi sana. Nak duduk rumah dengan mama. Terpaksa la pulak aku pujuk dia begitu begini, sampailah dia angguk kepala.
Semalam bawa diaorang ke rumah pengasuh sambil2 beraya. Kakak ok je berlari sana sini, adik je sesapa pun tak boleh ambik dia...
Lambatnya masa berlalu....:(

Memori Raya 1
Banyak sungguh cerita tertangguh, semuanya kerana keluarga didahulukan,
anak3 diutamakan. Oleh sebab banyak cerita yang aku patut abadikan di sini
asyik tertangguh2, jadinya, banyaklah yang aku terlupa sudah!
Cerita raya hari tu sebenarnya tiada apa pun. Raya aku biasa
saja. Sama saja dengan tahun2 yang lepas. Start raya tahun 2007 hingga tahun ni
aku dah tak pergi sembahyang raya..hoho…
Lepas semua dah balik sembahyang raya, lepak2, makan2 sampai
petang sambil layan sedara datang rumah. Biasanya raya day 1 macam tu je…raya
day ke 2 barulah jalan2 ke rumah sedara. Tu pun konon nak keluar awal (pagi)
tapi paling2 pun lepas zuhur jugak! Nak cuci pinggan mangkuk dulu, nak kemas2
dapur dulu, eh, masak nasi dulu la pastu makan dulu la. Dah makan lagi sekali
kena cuci pinggan kemas dapur, mana nak jadi plan nak keluar awal. Paling
kitaorg nak gelak bila kalut2 nak keluar ada plak rombongan jiran atau sedara sampai.
Bila dah macam tu tak kan
nak tutup pintu atau cakap kita orang nak keluar, kenalah layan juga. Kita pun
sama, tah2 kita sampai rumah orang, orang tu pun tengah siap2 nak keluar….hhehe..
Encik Handy Manny
Tahun ni raya kat kampung kejap je sebab jumaat(raya ke-4)
MrCho dah kena kerja. Jadinya khamis malam kitaorg dah balik kl. Plan asal nak
bertolak dalam kul 3 petang macam tu, last2 sikit lagi nak maghrib baru
bertolak. Maghrib kat petronas mana dah aku lupa.
Adik aku ajak g tesco nak beli barang niaga dia. Pegi sana pun dah kul 12 lebih.
Stended la famili aku kalau nak ke mana2 mmg terbabas2 time. Konon kejap je g
tesco. Aku pun ikut sama sebab nak beli barang utk bawa blk kl. Dah sampai sana, ambik mana2 yang
berkenaan, balik. Mana lah tahu otw balik, jem yang agak hazab jugak la
sepanjang jalan dr kb ke pm…aku dah gelisah sebab apa pun blm kemas. Sampai
rumah kul 5…hambeek koo..sampai2 je, mak aku cakap sedara kami nak datang kejap
lagi. Rasa nak menggelupur dah aku sebabnya kalau kami je nak balik kl tak ada
la aku kisah, yang aku jadi kisah tu kami termasuk my bonda, adik aku semua
ikut aku balik kl. Tinggal abah aku je kat rumah. Aku tak ada apa sebenarnya, cuma
kasihankan MrCho je sebab esok dia kerja. Kalau dah bertolak malam, buatnya
jem, pagi ler jawabnya sampai kl.
Tengah aku capai beg nak isi baju anak3 aku, sedara kami tu
sampai. Huhu, bukan satu kereta, tapi dua kereta, ramai jugak la campur ngan
budak2…nak tak nak tetamu kena la diraikan…lepas salam2 semua aku cakap aku nak
kemas baju. abah aku cakap kami semua nak balik kl. Nasib baik sedara rapat
boleh gelak2 gurau senda. Sambil2 sembang aku sumbat2 je baju anak3 dalam beg.
Tak ada asing2 baju dah, muat ke tak muat ke, kat umah sini baru pilih…muahahaha…tak
pernah jadi dalam sejarah balik kl aku macam ni.
Makan kek duluuu...
Sedara aku ni plak dari gua musang. Katanya masa dia nak ke
sini jem teruk la jalan nak ke kl. Machang – Kuala Krai – Gua Musang hazab
katanya. Dia cadangkan kami follow dia lalu jalan jeli. Jalan ni akan terus ke
gua musang, tak payah lalu machang ngan kuala krai. Lepas gua musang jalan dah
ok katanya. Nak tak nak, MrCho ikut je. So diaorang pun tunggu la kami bersiap.
Bila dah orang tunggu, kami apa lagi, menggelabah la. Barang2 main campak je
dalam kereta. Nasib baik MrCho bawa balik kete besar. Adoooiiiiyaaaiii…
Lagi kelakar, aku ngan adik aku plan nak pakai baju kurung
bagai, kekonon mud raya lagi. Sekali, hambeek…..aku ngan jeans ngan t-shirt
balik dari tesco tu jugak aku belasah. Dengan tak sempat nak mandi bagai. Pastu
cari plak tudung yang aku pakai g tesco tu. Tak jumpa, rupa2nya dgn inner
sekali aku dah sumbat dalam beg. Beg dah masuk bonet kereta. aku pun, eh, macam
mana ni, sekali kalut2 aku ternampak shawl aku yg aku dh standby nak pakai ngan
baju kurung aku tu. Lega sekejap, tapi beberapa saat lepas tu, kelam kabut
plak, inner tak ada. Tanya adik aku dia kata ada satu. Kahkahkah…shawl hitam,
inner kelabu, t-shirt sukan kaler purple, ngan jeans aku pakai blk kl mlm tu.
Nasib baik balik ikut jeli, lalu hutan mana tah, gelap gelita. Masa ni kami dah
berpisah dah ngan sedara kami tu. Diaorg ikut jalan lain balik ke rumah, kami
ikut jalan lain utk terus ke gua musang. Aku terbayang2 je makhluk putih
terbang, tak pun makhluk kepala hitam tunggu tengah jalan (huhu, mintak
jauhkan..aminn). Masa juga main redah je, mujurnya jalan tak bersimpang-siur.
Nasib baik dalam kete ada 5 6 org dewasa dan 3 kanak2 yang tidur.
Jalan tak jem, tapi perjalanan agak jauh. Nasib baik bawa
bekal nasi. My bonda siap buat nasi kerabu. Singgah petrol pam makan kat situ.
Aku plak dah macam bibik dari siam.
dengan tudung tak pakai betul2, terpusing sana
sini…ngeri okehhh!!
Eh, dah panjang sangat cerita aku ni. Sambung part 2 la ya….
Gambar kejadian cerita kat atas satu pun tak ada. Gambar yang aku
letak tu bau-bau bacang je ngan cerita.
:))
Friday, September 9, 2011
Luahan Perasaan: Rindu-rinduan
Dah lama tak masuk ke sini. Tentu korang rindu aku, kan??? Baik mengaku kalau tak aku sentap! Muahahahaha...
Eh, aku tak cukup masa la sekarang ni, keje menimbun kt ofis, balik rumah anak3 pulak...pukul 11 mata dah separuh terbuka...sadisss...dua anak perempuan aku boleh tahan lasaknya!
My bonda n my adik ada kat rumah. Jadi anak3 aku belum hantar ke pengasuh. Ahad ni my bonda dah nak balik...sob!
Dah, ini je n3 aku utk hari ni. Jangan ingat aku tak ada dah lepas ni...ada, cuma sedikit kekangan masa. Aku akan adjust perlahan-lahan...
Sunday, September 4, 2011
Dah Kerja Rupanya Esok....
Esok dah kerja kerrr??? Malasnya...
Biasanya bila dah cuti lelama macam ni, esok aku tak tahu nak mula kerja macam mana...
Bestnya jadi housewife tapi bergaji!!!
Biasanya bila dah cuti lelama macam ni, esok aku tak tahu nak mula kerja macam mana...
Bestnya jadi housewife tapi bergaji!!!
Saturday, September 3, 2011
Assalamualaikum
Salam....
Kamu2 masih beraya ke? Aku dah habis raya, khamis lagi dh balik kl(selangor sebenarnya)...cam pelik plak kalau sebut balik selangor.
Dah lama rasanya tak update belog, jenguk pun tak...bizi sungguh, semua anak dah pulang ke pangkuan..hoho, bingit rumah aku!
Macam mana raya korang? Aku biasa2 saja. Macam tahun lepas2 jugak...
Isnin dah start keje, malas plak rasanya...

Subscribe to:
Posts (Atom)