Wednesday, March 14, 2012

Rintihan Perempuan Gemuk

Hari ni aku nak cerita tentang seorang perempuan yang termasuk dalam kategori gemuk. Kita namakan watak perempuan gemuk ni sebagai perempuan gemuk la senang. Perempuan gemuk ni pada mulanya, iaitu beberapa tahun lepas kurus je, berat dia 40kg, kadang2 39kg..betul tak tipu..selepas dia kawin dan dapat anak pertama, badan dia dah start naik, normal la kan, masa mengandung makan tak catu, lepas beranak lemak2 tak nak keluar. Dok la bertapa dalam tuh...

Tak pe lagi, gemuk sikit cantik bah! Banding zaman anak dara dulu badan cam sekeping. lepas anak satu cam berisi sikit terutama perut ngan peha..bahahaha...suami pun kata ok, tak payah nak kurus2kan badan. Tak lama lepas tu mengandung plak anak kedua. Makan tak catu lagi. Bertambah lagi lemak dalam badan. Lepas anak kedua ada la try diet sikit2 sebab dah banyak baju tak leh pakai.

Malangnya belum sempat kurus perempuan gemuk ni mengandung lagi anak ketiga. Triple gemokk jadinya. Masa mengandung tu, perempuan gemuk pasang angan nak kuruskan badan lepas bersalin nanti. Target perempuan gemuk ni kalau nak mengandung lagi pun tunggu umur dah dekat 40 macam tu, kira last la ni. So sementara umur nak 40, bole la bergaya slim2 dulu. berangaaaaannnnnn!!!

Anak ketiga dah lahir. Dah 1 tahun 7 bulan dah anak nombor 3, tapi perempuan gemuk tak kurus2...sob!sob!sob! Perempuan gemuk merintih...

Sebenarnya azam perempuan gemuk nak kurus tu tak pernah padam. hari2 nak kurus tapi hari2 perempuan gemuk makan nasi 3 kali sehari! Perempuan gemuk perlukan sokongan. Paling utama suami tapi suami perempuan gemuk suka kalau perempuan gemuk BERISI. Suami perempuan gemuk tak mahu layan kalau perempuan gemuk kata nak pil kurus atau seumpamanya. Anak3 perempuan gemuk pon sama. Asal makanan tak habis je bagi perempuan gemuk. Telan je la perempuan gemuk kalau dah orang hulur makanan. Dah tu macam mana perempuan gemuk nak kurus? Faktor menyumbang kepada kekurusan tak ada langsung.

Sekarang perempuan kurus risau berat badan makin bertambah. Perempuan gemuk tak timbang pon berat badan dia sebab kat rumah dia tak ada penimbang. Suami perempuan gemuk tak mahu belikan sebab dia malas agaknya nak layan perempuan gemuk akan asyik timbang pastu merungut gemuk. Suami perempuan gemuk suka perempuan gemuk, gemuk sebab COMEL katanya...... bahahahahahahha, mampos kena gelak! #pangggg, lempang muka sendiri!

Perempuan gemuk pon tak tahu nak atasi masalah ni macam mana. Oh, ya! suami perempuan gemuk ni akan marah kalau perempuan gemuk tak mahu makan. Habis tu macam mana perempuan gemuk nak langsing nak macam pinggang kerenge?

Ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk kurus? eksesais perempuan gemuk tak mampu. Sekarang ni naik tangga kat ofis ni pon perempuan gemuk rasa mengah bagai tak cukup nafas. Perempuan gemuk malu sebab dia gemuk, rasa tak yakin dan sangat buruk...nak dapatkan badan macam zaman anak dara dulu mustahil lah, at least 45/46kg pun perempuan gemuk dah bersyukur dah...

Ha, itu lah rintihan perempuan gemuk!

Ok, ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk ni? Aku simpati gak la ngan perempuan gemuk ni tapi aku nak tolong gelak je la kat dia....hahahahha, padan muke perempuan gemuk!

6 comments:

Jiejah @ Iza said...

x dapek nak nolong sbb sayapun pompuan gemok ..suami saya pun suka bg makan ,dia pun x kisah kalau pompuan gemok terus gemok sobsobsob

Izza said...

Siannn kan perempuan gemok...

Anonymous said...

Dear Iza....

Just want to share with u about DX Lingeri by Elken..

Diperbuat dr kain Egyptian cotton yg digunakan utk mumia, kain xkan reput n sangat selesa, tiada besi, tetapi tetulang teflon yg mudah lentur sangat membantu melangsingkan badan tanpa rasa senak, sgt selesa di pakai ketika period, lepas bersalin, mudah di pakai n takp perlu buka ketika solat..
Rugi sgt saya tak kenal benda ni dari awal... Boleh turunkan berat badan dan menyingkir lemak tanpa sedar...
Sekiranya set korset longgar boleh alter sehingga saiz mana kite mampu kurus.. Tak perlu diet, mudah di pakai..

Utk pertanyaan lanjut dan free fitting boleh hubungi sy di 01112191811... Celebrity choice.. Rozita Che Wan, Dato' Siti Norhaliza, Stacy, Raja Ema n ramai lg..

Anonymous said...

Sis try la exercise jillian michael atau any workout kat utube kn byk,.memang la penat.tp tu y sbnr2 nya.kalau xdpechkan ruyung manakan dpt saguny

Dila Gebu said...

hooo nak kena fikirkan kesihatan jugak nih

Jom kita makan Minyak Ikan

Anonymous said...

Cuba la diet atkins. ...tak payah makan apa-apa supplement pon. Tuntut ilmu dulu tau baru laksanakan supaya diet tidak ke laut. Sekian.

Klik Me

Klik! Klik!