So, dua hari tak ada aktiviti lain selain kemas rumah, masak, kemas rumah, cuci baju, lipat baju, kemas rumah...
Ni tukang sepah
Aku kemas diaorg sepah, kemas sepah kemas sepah...geram aku. Nak biarkan bersepah sakit mata plak tengok. Si abang kalau tengok rumah sepah pandai plak beristigfar "astagfirullah, ni rumah ke apa ni?" Bila dengar, aku pon nak tergelak. Padahal dia ketua penyepah...
Tapi bila tengok gambar kat bawah ni, sejuk perut aku mengandung...kahkahakah...
Suapkan kinder bueno adik yg baru bangun tido
Kakak ni memang sangat kakak. Hari tu dia makan biskut teddy bear. Adik tidur time tu. Dia ambik 3 biji letak dalam peti ais, katanya nak simpan untuk adik. Kena buli ngan adik pun tak balas balik. Kena tarik rambut, kena gigit dia tahan je sambil menangis. Tapi perangai manja kakak ni tak boleh tahan. Orang2 penyabar macam aku je boleh sabar..kehkehkeh...(kadang2 suara aku akan jadi macam rimau jantan!)
Adik ni bab mengacau orang buat keje memang no 1. Semua benda dia nak pegang. Tak bagi mengamuk! Tu tengah rebut ngan papa...Adik nangis senang pujuk. Dokong je bawak ke suis lampu. bagi dia bukak tutup barang 2,3 kali. ok la dia..hehehe..pagi tadi pukul 5 dah bangun. Pastu asyik kacau aku nak tido. Cucuk mata la, cucuk hidung la...nasib baik aku penyabarrrr...gggrrrrrrrr!
No comments:
Post a Comment