Thursday, March 29, 2012

Dinner

Malam tadi dinner @alissara puchong

Kami 2 orang makan


Aku makan macam biasa mesti tak habis punya - makan yang tak mengundang rezeki!

MrCho yang suka makan kat sini. Aku kureng sikit sebab makanan dia macam manis2 sikit. Thai food. MrCho suka sebab banyak pilihan untuk makan. Tak macam kedai biasa katanya asyik2 sup campur, kailan ikan masin, ikan tiga rasa, telur dadar...bla..bla..bla.

Mula2 dia suruh aku order. Hehehe, macam biasa aku order sup. Cepat2 dia cakap, jangan la sup. Terus aku suruh dia je yang order. Sekali dia order lala masak pedas, sotong sambal, daging masak oyster(yg ni sedap), telur goreng udang suhun. Aku tambah sambal belacan. Semua sekali aku tak tahu berapa, MrCho bayar...ekeke...

Wednesday, March 28, 2012

Saspen!

Mud : Sedang berjiwa kacau. Ada alhamdulillah, tak ada pon alhamdulillah....tapi lebih baik tak ada dulu sekarang. Haishhhh...



Update: suami dan isteri
Isteri: dah tengok?
Suami: dah...1 je...(tapi buat muka sedih)
Isteri: :-)

Walaupun 1, saspen jugak!

Tuesday, March 27, 2012

Meroyan Hanya Sinonim dengan Perempuan

Kat tempat aku mencari rezeki ni ada sorang perempuan suka meroyan. Sikit2 meroyan, sikit2 meroyan. Hal yang tak seberapa tapi macamkan tu masalah tak ada sapa boleh settle. Haku la yang jadi mangsa tempat dia melepaskan meroyan tu...kalau aku bagi pendapat yang tak seperti yang dia nak, tak agak2 nak marah haku! Stupid!!! Pagi ni marah aku sebut nama staf baru tu sama ngan staf lama. Habis dah nama panggilan diaorg sama, sesuka hati dia je nk suruh budak tu tukar nama. Bukan jadi masalah pon! Siannnn haku orang2 mcm ni...

Tadi kat hotfm ada topik pasal memberontak dalam kalangan remaja ni. Ni sebab kes lari dari rumah la ni, byk sangat remaja sekarang yang besar kepala. Sikit2 lari dari rumah, sikit2 ikut bf. Budak2 macam ni tak kasihan mak bapa agaknya...kena tegur sikit meroyan, kena tegur sikit meroyan....haishhhh

Sikit je sempat aku dengar. So dia tanya la pengalaman masing2 tentang memberontak kita masa dulu2. Terus aku teringat aku kecik2 dulu pon ada gak lari dari rumah ni.

Pantang kena marah ngan mak aku, ngan nenek aku, terus bungkus kain baju keluar rumah. Nak tahu mana aku lari? Time tu sebelah rumah nenek aku tu rumah arwah mak cik aku. Dia baru buat rumah, belum siap. Kat situ la aku duduk dengan sebungkus baju. Aku bungkus dalam kain batik. Kelakar plak bila ingat balik. Mak atau nenek aku tak cari pon. Biar je aku kat situ. Tak sampai sejam aku balik la semula. huahuahua...

Eh, dah habis? Macam tak kelaka pon cerita aku ni...urmmmmmm

Monday, March 26, 2012

Kisah Ibu Penyabar

Sabtu Ahad dalam rumah saja. MrCho tak ada...

So, dua hari tak ada aktiviti lain selain kemas rumah, masak, kemas rumah, cuci baju, lipat baju, kemas rumah...

Ni tukang sepah



Aku kemas diaorg sepah, kemas sepah kemas sepah...geram aku. Nak biarkan bersepah sakit mata plak tengok. Si abang kalau tengok rumah sepah pandai plak beristigfar "astagfirullah, ni rumah ke apa ni?" Bila dengar, aku pon nak tergelak. Padahal dia ketua penyepah...

Tapi bila tengok gambar kat bawah ni, sejuk perut aku mengandung...kahkahakah...

Suapkan kinder bueno adik  yg baru bangun tido

Kakak ni memang sangat kakak. Hari tu dia makan biskut teddy bear. Adik tidur time tu. Dia ambik 3 biji letak dalam peti ais, katanya nak simpan untuk adik. Kena buli ngan adik pun tak balas balik. Kena tarik rambut, kena gigit dia tahan je sambil menangis. Tapi perangai manja kakak ni tak boleh tahan. Orang2 penyabar macam aku je boleh sabar..kehkehkeh...(kadang2 suara aku akan jadi macam rimau jantan!)


Adik ni bab mengacau orang buat keje memang no 1. Semua benda dia nak pegang. Tak bagi mengamuk! Tu tengah rebut ngan papa...Adik nangis senang pujuk. Dokong je bawak ke suis lampu. bagi dia bukak tutup barang 2,3 kali. ok la dia..hehehe..pagi tadi pukul 5 dah bangun. Pastu asyik kacau aku nak tido. Cucuk mata la, cucuk hidung la...nasib baik aku penyabarrrr...gggrrrrrrrr!

Wednesday, March 21, 2012

Entry Daripada Tak Ada Baik Ada


Semalam aku cuti. Ada hal penting yang nak diuruskan. Dari pagi sampai ke malam, penat giler sampai rumah. Makan malam pun tapau je…

Malam tadi paksa anak3 semua tidur awal sebab aku dah kehabisan power dah.
Hmmm seharian keluar tak sempat pun sebenarnya settlekan semua urusan. Plan nak tengok BUNOHAN pon tak menjadi. Hampa.

Balik rumah check homework abang. Arggghhh, banyak pulak homework dia malam ni! Si abang ni kalau kita tak duduk sebelah, memang tak jalan la. Kalau ko suruh dia buat kerja sekolah dia pastu ko tinggal g buat kerja ko, then bila ko datang balik, darah ko mesti mendidih. Macam mana ko tinggalkan dia tadi, macam tu juga la bila ko datang balik. Pegang pensel buat corak kat tepi buku, x pon kaler objek dalam buku tu. padahal arahan bukan kaler pon!

Oleh sebab aku penat semalam, ada 4 buku untuk homework dia, semua aku tak ajar macam biasa. Mana yang kena padankan tu aku tunjuk je, yang ni dengan yang ni, yang ni dengan yang ni. yang perkataan kena tulis tu aku pegang tangan dia sambil tuliskan..huahuahua…Ada satu tu teacher dia suruh baca suku kata. Yang tu aku skip je. Simpan masuk beg…sori aku sangat penat semalam. MrCho dah pengsan kat sofa…

Baju semua aku tak iron malam tadi. Pagi ni baru terhegeh2…dah terlambat 2 minit dan terus kena marah dengan mak supir! padan muka aku…kahkahkah…

Wednesday, March 14, 2012

Rintihan Perempuan Gemuk

Hari ni aku nak cerita tentang seorang perempuan yang termasuk dalam kategori gemuk. Kita namakan watak perempuan gemuk ni sebagai perempuan gemuk la senang. Perempuan gemuk ni pada mulanya, iaitu beberapa tahun lepas kurus je, berat dia 40kg, kadang2 39kg..betul tak tipu..selepas dia kawin dan dapat anak pertama, badan dia dah start naik, normal la kan, masa mengandung makan tak catu, lepas beranak lemak2 tak nak keluar. Dok la bertapa dalam tuh...

Tak pe lagi, gemuk sikit cantik bah! Banding zaman anak dara dulu badan cam sekeping. lepas anak satu cam berisi sikit terutama perut ngan peha..bahahaha...suami pun kata ok, tak payah nak kurus2kan badan. Tak lama lepas tu mengandung plak anak kedua. Makan tak catu lagi. Bertambah lagi lemak dalam badan. Lepas anak kedua ada la try diet sikit2 sebab dah banyak baju tak leh pakai.

Malangnya belum sempat kurus perempuan gemuk ni mengandung lagi anak ketiga. Triple gemokk jadinya. Masa mengandung tu, perempuan gemuk pasang angan nak kuruskan badan lepas bersalin nanti. Target perempuan gemuk ni kalau nak mengandung lagi pun tunggu umur dah dekat 40 macam tu, kira last la ni. So sementara umur nak 40, bole la bergaya slim2 dulu. berangaaaaannnnnn!!!

Anak ketiga dah lahir. Dah 1 tahun 7 bulan dah anak nombor 3, tapi perempuan gemuk tak kurus2...sob!sob!sob! Perempuan gemuk merintih...

Sebenarnya azam perempuan gemuk nak kurus tu tak pernah padam. hari2 nak kurus tapi hari2 perempuan gemuk makan nasi 3 kali sehari! Perempuan gemuk perlukan sokongan. Paling utama suami tapi suami perempuan gemuk suka kalau perempuan gemuk BERISI. Suami perempuan gemuk tak mahu layan kalau perempuan gemuk kata nak pil kurus atau seumpamanya. Anak3 perempuan gemuk pon sama. Asal makanan tak habis je bagi perempuan gemuk. Telan je la perempuan gemuk kalau dah orang hulur makanan. Dah tu macam mana perempuan gemuk nak kurus? Faktor menyumbang kepada kekurusan tak ada langsung.

Sekarang perempuan kurus risau berat badan makin bertambah. Perempuan gemuk tak timbang pon berat badan dia sebab kat rumah dia tak ada penimbang. Suami perempuan gemuk tak mahu belikan sebab dia malas agaknya nak layan perempuan gemuk akan asyik timbang pastu merungut gemuk. Suami perempuan gemuk suka perempuan gemuk, gemuk sebab COMEL katanya...... bahahahahahahha, mampos kena gelak! #pangggg, lempang muka sendiri!

Perempuan gemuk pon tak tahu nak atasi masalah ni macam mana. Oh, ya! suami perempuan gemuk ni akan marah kalau perempuan gemuk tak mahu makan. Habis tu macam mana perempuan gemuk nak langsing nak macam pinggang kerenge?

Ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk kurus? eksesais perempuan gemuk tak mampu. Sekarang ni naik tangga kat ofis ni pon perempuan gemuk rasa mengah bagai tak cukup nafas. Perempuan gemuk malu sebab dia gemuk, rasa tak yakin dan sangat buruk...nak dapatkan badan macam zaman anak dara dulu mustahil lah, at least 45/46kg pun perempuan gemuk dah bersyukur dah...

Ha, itu lah rintihan perempuan gemuk!

Ok, ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk ni? Aku simpati gak la ngan perempuan gemuk ni tapi aku nak tolong gelak je la kat dia....hahahahha, padan muke perempuan gemuk!

Monday, March 12, 2012

Tunggang Langgang ~~~Bukan Entri Merungut


Ahaha…muncul juga aku akhirnya. Bizi la katakan, padahal apa yang aku bizikan aku pon tak tahu. Sedar2 dah bulan 3 rupanya. Dua bulan dah berlalu, begitu saja.

Beberapa minggu ni hidup aku sungguh tunggang-langgang. Bila tunggang-langgang emosi pun tak tentu arah lalu aku pon stress. Bila dah stress, mud menulis pon ke laut!

Apasal jadi tunggang-langgang ni?

Ekekeke, pertamanya, hari2 lambat sampai ofis. Sebagai pekerja yang sangat berdedikasi, lewat seminit pon aku tak hepi, apatah lagi kalau aku sampai ofis 8.45. 15 minit lambat! Mahu aku tak stress pagi2.

Tak faham kenapa sejak bulan 1 hari tu, jem sangat teruk kat puchong ni. Sebelum tesco nak ke kesas highway sangat la hazab aku rasa. Ada la construction area ioi tuh, tapi kenapakah teruk sekali kesan pada trafik??? Bukan buat kat tengah2 jalan pon. Tak paham aku aihh! Satu lagi jem kat jalan nak masuk area ofis ni. Mula2 pindah sini dulu trafik ok je, lama2 jadi sangat teruk. Melimpah ruah sampai ke hiwey...tak tahu la sampai bila keadaan akan macam ni.

Oleh sebab asyik la lambat tiap2 hari aku pon ambik keputusan tak mo dah tumpang member tu. dia pon muka tak manis kalau lambat sampai. Aku cakap tak payah la tumpangkan aku kasihan ko pon ikut sekali lambat. Aku kena uruskan anak2 baru boleh g kerja. Mula2 memang tunggang langgang. sekali je aku sampai awal ke ofis, lepas tu, merahhhhh hari2...aku pon fikir la cara nak atasi masalah ni. kena paksa MrCho keluar lebih awal. hantar kakak dan adik dulu ke rumah pengasuh, tinggalkan aku kat bus stop then MrCho patah balik hantar abang ke sekolah. Sekolah dia dekat2 kul 8 baru buka. So sekarang dah boleh ejas masa. Aku pon dah ikut member tu semula. Tiap2 hari teksi RM20, matik la aku...punah harapan nak menabung beli kete besar! ahahaha..ni namanya berangan maut. Hari ni sebelum kul 8 dah sampai ofis. Jalan tak jem langsung sebab cuti sekolah. Aku pon tak dapat nak pikir apasal sekolah je jalan mesti jem..

Sekarang aku selalu guna komuter dari ofis ke tempat MrCho. daripada 5 kali seminggu tu, ada la 3@4 kali komuter mesti ada problem. Kejap2 rosak, kejap masalah teknikal. Hari tu kat bank negara. Giler ko aku kat bank negara masa tu dah dekat2 kul 7 dah. nak patah balik ke kl sentral dah jauh, kena tggu komuter lain. ambik masa gak tuh.nak ke tempat MrCho pon jauh juga kalau kena tggu komuter lain. nak kena berasak lagi...nak suruh MrCho ambik aku kt bank negara tu, tak tahu kul berapa dia boleh sampai. Ntah2 sogo tutup pon dia blm sampai! (bombastik!!). Nak tak nak, terpaksa tggu komuter gak ke tempat dia. dekat kul 8 dah kot aku sampai tempat dia!

Paling terkini selasa minggu lepas dapat khabar dari teman lama di company lama. Company tutup diarahkan tutup. Semua staff dapat notis berenti 24 jam! Giler zalim...kasihan diaorang. Kawan aku sedih2 btahu aku nasib mereka. sangat terkejut sebab company tu antara yang tergah juga la dalam kalangan yg seumpamanya...Banyak yang hilang kerja tapi tu, rezeki Allah ada di mana2...Semoga mereka tabah dan dapat hadapinya dengan tenang. Ada hikmah disebaliknya.

Lagi satu aku serius tak suka orang yang suka merungut benda yang tak tahu apa benda. Merungut pada benda yang bukan ko yang kena settlekan dan juga merungut pada benda yang remeh temeh. saja nak semakkan kepala...tensen aku yang jadi tukang tadah telinga ni...

Harap2 keadaan tunggang langgang tersebut kembali sempurna...letih mental fizikal dibuatnya. tu belum masuk kerenah anak3 lagi...

Thursday, March 1, 2012

Singgah Sekejap Saja


Ehsan gugel

Oh, dah lama tak masuk ke sini...biziiiiiii....

Tambah sekarang ni Mrhtc masuk wad lagi, so mud nk berblog pun tak ada. Gambar tak ada, nak menulis pun  idea ke laut! Mrhtc kena campak ngan si adik, terus koma masuk wad. Minggu depan baru boleh ambik...sob..sob..sob

Untuk kamu tengok........puding roti stoberi dan pisang..kahkahkah

                                     Sebelum                                                               Selepas

Tak sedap rupanya bila campur2 buah macam ni....tapi habis gak la...
Dah jadi feberet aku plak puding roti ni..
Oh, ni gambar terakhir dari Mrhtc yang sempat aku transfer ke pc aku sebelum koma masuk wad.

See u soon!!!! baiiii.........



Klik Me

Klik! Klik!