Thursday, June 28, 2012

Pengajaran

Pengajaran untuk aku hari ini:
Jika kita terlalu jujur, kita pasti menjadi mangsa keadaan

Moral of the story, lebih baik menipu saja daripada bercakap benar!

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 26, 2012

Welcome Ahli Baru

Maaf, tajuk tidak menggambarkan teks. Sajaaaa bagi sensasi sikit.


 Ingatkan cukup la dengan apa yang dah ada, tapi nafsu tu kan, sukar dibendung, maka terhasil la ini.....

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v









Welcome!!!!!!!!

Gambar gugel

Friday, June 22, 2012

Tolong Jangan Call Aku..

Hari ni rasa hangin je bila banyak benar orang call nk promote produk...apahal niii???

Mula2 pasal insurans...cakap bla..bla...bla sampai aku tak boleh nak mencelah. Dekat 20 minit aku em..em..em..dgr dia cakap...last2 aku tya lama lagi ke? Bos saya dah panggil..dia cakap juga lagi...akhir cerita dia minta nombor debit card aku...huhhh, pernah kena dulu sekali. Aku dh terpedaya skim dia nk kasi aku tapi aku bernasib baik debit card aku pada MrCho...dia suruh aku ambik nombor debit card dr suami dan dia akan call 10 minit lagi. Bila aku cakap pd MrCho, terus aku kena marah...terasa kebodohan kat situ. Hari ni pon sama, minta nombor debit card, terus aku cakap bos saya panggil, bos saya panggil. Sblm letak phone sempat dia pesan aku dapatkan nombor debit card sebab aku ckp aku tak simpan debit card dan kata dia akan call lagi untuk ambik nombor tu...

Sampai petang tak ada plak dia call. Harapnya tak ada dah la, sebab tadi dia kata tawaran ni untuk hari ni saja. Aku hanya perlu bayar rm49 setiap bulan..

Ni baru kejap astro plak call nak aku upgrade apa ntah. Aku terus cakap buat masa ni saya tak berminat. Aku ni dh la bayar astro untuk kartun 613 je, channel lain haram aku boleh tengok...tak pun anak2 layan youtube upin ipin je kt tv, so buat apa la aku upgrade segala...adoiii la...yang astro ni selalu call, tu yg rasa hangin tu..

So kepada pempromote, usahlah kamu call aku untuk produk korang sebab aku mudah terpengaruh kadang2....hujung2 kena marah ngan MrCho...

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 20, 2012

Misteri Toilet Paper Part 2...Tamat

Hari tu aku ada topik pasal misteri toilet paper...sepatutnya aku sambung cerita tu tapi sebab aku malas nak tulis, aku pun buat-buat lupa...

Ramai yang tunggu sambungan story ni aku tahu..miahahaha...

Sebenarnya beberapa hari ni cebisan tisu tu dah macam berkurang. Agaknya hantu yang suka main tisu tu dah takut sebab semua orang bercakap pasal tisu yang bersepah-sepah.

Oh, ya aku sebenarnya yang buat provok kononnya misteri tisu tu dilakukan oleh hantu sebabnya ofis kitaorang memang ada hantu!!

Aku tak pernah nampak tapi aku diberitahu oleh seseorang kat ofis tu yang mendakwa dia boleh nampak hantu. Kononnya ofis tu ada hantu tapi hantu tu tak kacau orang.

Aku pun dengan bangangnya percaya akan keterelan dia boleh mengesan hantu tu. Masa baru2 pindah masuk ofis tu dia kata dalam toilet belakang pintu ada, kat luar pun ada, duduk kat dinding tapi jauh dari meja aku.

Aku pun percayalah, jadi si penakut seperti aku ni bila nak masuk toilet ala2 terasa seram ler...bila masuk je buka lampu semua kasi terang...dah lama-lama aku langsung tak takut dah dan dia tu pun tak ada dah cerita pasal hantu2 semua tu...

Balik kepada cerita tisu tadi, misteri tisu tu bukanlah misteri sebenarnya. Semua orang tahu angkara siapa tapi semua takut nak sebut nama takut dicop penfitnah!

Aku rasa aku menulis hari ni mcm ada unsur-unsur bangang sikit. Sepatutnya aku karang cerita ni dengan lebih sedap tapi tiba-tiba skil aku hilang.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 19, 2012

Aku Pon Mahu Tunjuk Bakat Juga!

Piling ambik gambar guna dslr, padahal htc jak pon!







Laporan gambar (menggunakan HTC DESIRE HD, 8 MP):
Tempat: Bahau, Negeri Sembilan
Tarikh: Sori, tak ingat...
Agenda: Melawat mak cik/pak cik MrCho
Gambar 1&2: Pokok periuk kera, depan rumah...
Gambar 3&4: Pokok keembung, kah? tatau la aku...
Gambar 5: Anak bongsu aku sebagai model bunga..habis bunga orang dia petik pastu buat sepah..
Gambar 6: 2 anak aku berserta sifu mereka. (kakak tak ada sebab dia balik kampung aku taim ni)

Sebenarnya gambar yang last tu aku bukan nak tunjuk ketiga2 model tu, maka model2 tu bolehlah diabaikan. Tumpukan pada kebersihan halaman rumah dan atas jalan. Sehelai sampah pun tak nampak...

Monday, June 18, 2012

Anak-anak Kemaruk Swimming

Dah enam tahun aku tinggal sini, tak pernah teringin bawa anak3 ni swimming kat pool ni. Budak3 ni pon menengok orang mandi-manda dari atas je. Tak pernah pon minta nak g mandi kolam ke apa...

Sebenarnya, pool ni dah agak lama la dalam proses baik pulih, so tak boleh guna. Ada satu lagi tapi tu untuk dua blok sebelah tu. Ramai la orang bertumpu kat pool yang tu, pon aku tak ada perasaan gak nak membawa kenit tiga orang ni mandi-manda. Mandi je la kat rumah, nak...nasib ler dapat mak tak suka air...pastu proses baik pulih pool ni punya lah lama sampai aku rasa jadi tempat nyamuk membiak dah kolam tu...patut la rumah aku banyak nyamuk. Eh, mampu ke nyamuk terbang tinggi sampai tingkat 8???

Seminggu ni, pool tu dah ok, orang pon dah start mandi manda. Satu lagi sebab aku tak berminat nak bawa kenit 3 orang tu sebab yang berendam biasanya 'awang dan minah black'! Seksi nak maps so aku segan...hehehe...

Keriangan...bantai je baju biasa...tak sempat beli baju swimming..hahaha.. 

 Nak belajar menyelam..

 Hahahaha...perlahan2 masuk muka dalam air..


 Adik yang over!

 Kepuasan dapat mandi kolam!

 Pelampung tak ada, kena pegang, kalau tak dia nak duduk...tenggelam la dik!

 wif cik sue



Sabtu semalam tu, macam mana ntah, abang nampak ada orang mandi kat pool tu, tetiba datang kat aku, "mama, abang nak swimming..." Aku pun masa tu tetiba rasa kasihan plak. Kerah la sesapa yang ada kat rumah taim tu ikut g pool...Nasib baik kami je, black2 semua tak ada...main ler anak2 sampai puas.

Gambar2 ni sesi pagi. Petangnya pulak, mengamuk2 lagi abang nak g swimming. Pujuk2 pun tak jalan dah, nak swimming juga. Ni pon salah satu sebab aku malas nak bawa diaorang mandi pool nih...tak jadi kerja aku! Aku seorang nak kawal 3 kenit ni, haru aku! Tak nak hampakan anak, turun gak la aku...adik tak ikut. Bawa abang ngan kakak. Gambar tak ada lupa bawa phone...

Esoknya pulak (ahad), anak aku dah kemaruk dah. Asal aku suruh mandi je, abang mesti cakap, mama abang nak mandi pool...mula-mula aku tak layan, tapi dah sampai ke sudah tak nak mandi kat rumah terpaksa juga la...

Mandi la anak3 sampai puas...sebenarnya hati rasa gembira juga bila tengok anak2 gembira...kakak mula2 masuk pool tu beberapa kali gak minum air. 2nd round dan 3rd round dah pandai terkedek2 macam itik dalam air...

Lepas ni boleh mintak MrCho sediakan peralatan swimming untuk anak3....hehhehhehhehhh...

Friday, June 15, 2012

Misteri Toilet Paper Part 1

Kebelakangan ni dalam ofis aku ni, ada satu kejadian misteri. Dalam dua minggu ni la...MISTERI TOILET PAPER BERSEPAH-SEPAH!!!

Tak tahu angkara siapa. Manusia ke makhluk lain, entah lerrr.
Dia punya bersepah tu memang luar biasa la. Cebisan2 tisu bertaburan dalam tandas dan depan pintu. Dua2 tandas perempuan jadi macam tu...pelikkkk. Sebelum ni tak pernah pulak. Lupa aku nak ambik gambar. Nak kata ada kucing dalam tandas kemudian main2 ngan toilet paper tu, tak ada plak!

Bersambung......

Tuesday, June 5, 2012

Mengimbas Kenangan di Tempat Lama

Semalam puasa.

Time berbuka MrCho ajak makan tempat kami deting dulu kat kota damansara....kahkahkah, tebiat apakah?
Kebetulan otw balik memang lalu situ....hakhakhak....so suwitttt melayan tekak kat situ sambil mengimbas kenangan lama....satu e tak buat malam tadi, makan kuaci. Hahaha, kami dulu deting lawan makan kuaci!

Sate 

Sup campur, kailan ikan masin, ikan kembung 3 rasa, telur dadar

Rasanya biasa-biasa saja. Tapi bolehlah untuk mengenyangkan perut. Sebenarnya ni bukan kedai yang kami makan time deting dulu. Kedai bersebelahan, kedai kami deting tu macam sendu je aku tengok. Tak ada orang makan pun. Kedai sebelah ni meriah sikit...kihkihkih...geli sebenarnya aku nak tulis cerita deting2 ni...

Masa tengah makan datang sorang remaja perempuan, minta derma untuk sekolah anak yatim, katanya. MrCho hulur RM10. Dapat sebotol madu. Lepas remaja perempuan tu berlalu, aku pandang MrCho sebab aku macam cuak2 juga la, dia terus bagi RM10 pada budak tu. Betul ke untuk anak yatim? Aku tanya dia. Entah la, bagi je la niat kita ikhlas. Belakang dia nak buat apa tu dia yang tanggung la...

Pastu MrCho gugel maka jumpalah entri ni http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj. Memang sebijik la resit yang budak perempuan tu bagi kami..hurmmm..



Monday, June 4, 2012

Wed Ann 6 Sabtu Ahad


Kek untuk tahun yang ke-6....kahkahkah, silalah gelak


Sekarang ada hobi baru...haha, ni dia. Sangat mengisi masa lapang sebab sekarang terlebih2 masa...


Friday, June 1, 2012

Balas Dendam!!

Kekecewaan pada malam kelmarin tu harus ditebus kata MrCho. So, sekali lagi mengajak aku makan chinese food. Aku yang menurut perintah, angguk je la...kali ni tak mau g jauh2 dah, (padahal tak jauh pun shah alam tu)...

Kat puchong ada satu, Mohd Adam Ali. Biasa juga makan kat situ sebelum ni tapi kalau nak compare dengan mukmin, tu mukmin lagi sedap (suatu waktu dulu la)..

Semalam tu pegi juga la mencuba nasib kat Mohd Adam Ali tu. Sekali order order order, eh, terbest plak makanan dia! Mungkin aku mengcomparekan dengan mukmin yang semalam tu...Bak kata mommy adam&adeel, mungkin malam kemarin aku tak bernasib baik kat mukmin. Tak pe, lain kali cuba lagi dengan menu lain plak. Hutang berger tu pun kena tebus gak tu...

Haih, dah la membebel, meh layan gambar la pulok...

Dessert - Dim Sum, habis sekelip mata... 

 Tembikai laici - laicinya mana? haha, dia lupa letak...pastu baru buh laici...

 Ayam kung pao (betul ke tak eja, entah laa..) - sedap

 Daging masak apa ntah - sedap

 Asparagus goreng sambal - sedap

 Cili potong - wajib ada

Sup mix vege - sedap

Oh, ya nasi putih ada, bukanlah makan lauk je..aku tak ambik la gambar nasi putih tu sebab sama je mana-mana...

Dulu tekak aku langsung tak boleh terima chinese food, semacam je aku rasa...dah makin lama ni, asyik kena paksa je, last2 best pulak. But ada gak la masakan dia yang aku belum boleh terima...pelan2 cuba, kata MrCho...eleh, pelan2 cuba, selalu paksa je aku makan sampai kembang2 tekak aku!

Dah, sekian laporan hari ni..bye!!


Klik Me

Klik! Klik!