Kalau straight to the point, kata orang putih, aku nak cerita pasal si abang aka anak bujang aku yang dah start buat perangai nak g sekolah lepas cuti thaipusam hari tu.
Hari rabu, khamis, jumaat dah start cakap tak nak g sekolah. Dah sampai sekolah, nangis tak nak masuk sekolah. Rabu terkawal lagi, sampai sekolah, keluar kereta dah masuk dalam sekolah baru air mata keluar, tapi suara tak keluar. Khamis dah mula nangis keluar air mata kat depan gate. Tak nak masuk tapi papanya paksa gak. Tinggal dia nangis. Jumaat start tak nak keluar kereta dah. Pujuk2 keluar kereta tapi masuk dalam sekolah, nangis panggil papa mama pulak. Cekal lagi hati aku ni...
Hari ni, ingatkan ok dah. Malam tadi tido awal. Bangun pagi pun ok, cuma merengek sikit2 sejuk katanya. Pastu suruh aku masukkan car bumblebee dia dalam beg baju yang nak bawa ke rumah pengasuh. So, aku ikut je la...sekali tu masa otw ke sekolah dia cakap lagi tak nak g sekolah. Pujuk2 la kita orang. Umpan dia dengan mainan. Kalau g sekolah mama papa beli transformer lagi besar. Pura2 tanya la dia nak robot yang mana...huhuhu, dah sampai sekolah, tak nakkkkk keluar kereta pulakkkk...adoiiii...tengok budak lain hepi je lari sana sini....Dua orang teacher dia pujuk. Kami tinggalkan aje...
Selalu aku call pengasuh tanya dia macam mana balik sekolah, kata pengasuh ok je...hepi je...
Apa masalahnya niiii????
Culture shock kah? Kena buli kah? Masalah komunikasi kah?
So aku hari ni dah tension2 dah memikirkan si abang ni...
Dalam pada duk memikirkan masalah ni, aku pon sempat la mengugel. Adalah petua menangani masalah ni...ni aku CP kat sini.
Menangani Masalah Anak Tidak Mahu ke Sekolah
Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.
Antara Penyebabnya
1 Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah
2 Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah
3 Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.
4 Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya
5 Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat
6 Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan
7 Tidak suka bangun awal pagi
8 Tidak suka dengan persekitaran sekolah
Cadangan Penyelesaian
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti;
1 Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..
2 Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.
3 Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.
4 Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin
5 Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
6 Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
7 Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).
8 Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.
9 Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.
InsyaAllah aku nak cuba petua ni..harap2 semua jadi ok.
Si adik pun sama sejak dua menjak ni asyik menangis je pagi2 bila tingalkan kat rumah pengasuh.
Poning kepala mak kamu ni anak2....Nasib baik kakak pagi2 ok dan tak buat perangai dah.....
No comments:
Post a Comment