Kat rumah ada je masa tapi malas sungguh nak menulis, menghadap pc ke laptop ke, handphone ke, semua malas...
Gambar masa CNY kat kamera, malas juga nak transfer. Kat phone aku gambar2 sehari sebelum CNY. Sebenarnya sehari sebelum CNY lagi happening berbanding masa CNY. Hari isnin, balik rumah MIL melepak je. Pergi sana pun dah petang. Pergi kutip angpau je dan bagi angpau juga la...eh, aku pon dapat angpau MIL bagi. Tiap2 tahun dapat! Ahad malam tu dah pergi 'makan besar' (konon saja sebab aku makan pizza je pun!).
Ahad tu pagi2 lagi dah keluar. Nak shoping! Apa pun belum beli sama ada untuk anak3, mak anak dan bapa anak, semua belum ada pakaian baru.
Oleh sebab shoping pun dah last minute, main capai je la. Ni, ok? Okkk..ni sesuai tak? Sesuaiiii...huhu...ingatkan last minute tak ramai orang, rupanya....ramai jugakkk membeli-belah hari tu...
Belum separuh jalan meyoping, semua kelaparan...zasss ke mcD. MrCho jamu beger je!
Gambar adik paling banyak sebab aku letak dalam baby chair tu, kalau tak mahu huru hara jadinya...ni pun terjerit2 haku sebab si kakak pulak sibuk menolak baby chair tu ke sana ke mari. Tiba2 baby chair mcD ni ada roda..kikkikkik...aku pun plan ngan adik aku buat selamba tolak adik dalam baby chair ni keluar dari mcD ni...kahkah...tapi tidak lah kami buat pon!
Dah selesai isi perut, sambung shoping. Settle anak2 punya. Lapar lagi. Makan lagi. Kat J.Co Donut plak. Makan eskrim. Dah siap makan shoping lagik! Baju mak dan bapa belum dapat.
Akhirnya semua settle. Mama dapat baju, seluar, kasut. Bapa dapat baju, kasut. Hehe, selesai shoping CNY. Penat tapi hati suker!
Balik rumah kena kemas rumah la pulak. Sampailah dah dekat nak malam, gegas2 siap nak g rumah MIL plak. Semput nafas haku...sib baik adik aku ada so anak3 senang urus.
Balik dari rumah MIL, sambung mengemas. Bahagian dapur plak. Malamnya aku bukan tido tapi pengsan sampai ke pagi!
Gambar sebelum penutup...
Gambar penutup...
Pantang nampak princess. Kekonon dialah princess...
Sekian laporan hari ni. Dah dekat kul 5, nak balik...hari aku kerja, esok lusa aku sambung cutik lagi. Apa sebab aku cuti pon tatau. Harap2 MrCho ada la suprise untuk kami. Dia cuti seminggu. Isnin baru kerja. Apabila aku cuti, blog pon cuti..harap maklum..kihkihkih...baii..
No comments:
Post a Comment