ai tengah semangat nak hapdet pasal anak sekolah ni. kindie je pon, tapi lantak la orang nak kata apa...kehkehkeh..
Semalam semangat lagi berkobar-kobar tapi tak ada masa. Walaupun cutik dan pegi orientasi anak 2 jam je kat skolah tapi sibuk g sana sini. Gitu la kalau laki bini cuti sesama...muehehehe....walaupun cuti, anak3 semua kat rumah pengasuh..T______T
Belajar pakai kasut dgn papa..
Muka hepi dan tak sabar nak g sekolah...
Bangun pagi tak payah kejut. Bangun terus cari aku kat dapur tengah goreng naget. Nak buat bekal g skolah. Mak yang hover sebab anak g skolah 2 jam je tak sempat nak lapar sebab kat rumah dah makan. Tapi gigih gak bekalkan anak ngan naget. sudahnya tak makan pon kat skolah...
Alhamdulillah abang ok je kat skolah. Ikut je arahan teacher dia. Ada gak budak2 yg nangis. Itu normal la, pengalaman pertama, kan...
Dengan abang tak ada masalah, yang bermasalah sekarang ni kakak! Nak g skolah juga. Bukan tak nak bagi tapi kecik lagi aku rasa, blm 3 tahun pun. Cakap pun pelat2 lagi...huhu sian, sungguh2 nak skolah. Skali pikir macam nak skolahkan aje...tapi takut plak dia nak duduk ngan abangnya pulak nanti kat skolah....harap2 semua kembali normal selepas seminggu!
Sebelum g skolah abang hantar kakak ngan adik ke rumah pengasuh dulu. Meronta2 kakak tak nak g rumah pengasuh. Nak tak nak aku bawa jugak la ke skolah dengan tak mandi, baru bangun tido, serabai semua lengkap! Tak sangka plak aku dia nak join abang. Menahan malu je la anak serabai...
Pagi tadi pon sama. Meraung2 nak g skolah. Tengok aku bekalkan air untuk abang dia pon nak. aku buatkan air, masuk dalam beg dia. Abang bawa sapu tangan dia pon nak sapu tangan. Tadi terus je hantar ke rumah pengasuh kemudian baru hantar abang. Tadi pon meraung2 kat rumah pengasuh nk g skolah. Kalau macam ni gayanya, boleh cemerlang ni bila sekolah ....sabar la kakak, tahun depan mama hantar g skolah.
Mula2...keseorangan muka sugul je...sian je tengok...
Tak segan pon dgn orang sekeliling, kakak ni...
Start mengacau abang, abang malu2..
Tugasan pertama lepas masuk kelas...mengaler ladybug...aku tengok je apa dia nak buat ngan ladybug tu..ada parents kat depan abang tu, siap pegang tangan anak dia mengaler ladybug tuh, gigih..aku gelak dalam hati. Ada gambar dia aku sempat snap tapi tak terupload plak. Malas dah nak upload lagi...
Huhu, tu dia nak ambik lukisan kat belakang tu...adoiii la anak aku...buku sendiri tak nak, nakkk jugak buku abang!
Tiba2 ada si kakak...sibuk nak g kat abang!
Ni tangan mak yang sibuk kalerkan anak punya...pastu asyik cakap kat anak dia, kakak, cepat kakak, jangan berhenti berhenti....
Kahkahkah...hasilnya....yang depan ni abang punya...ladybug kalerful! yang kaler kuning hujung tu la yang mak dia gigih pegang tangan anak dia kalerkan ladybug tu...
Itulah kisah semalam.
Hari ni plak, kejut tak mau bangun. Seperti biasa kena angkat, duduk kan dia tepuk2 muka sikit. Sekali dia bangun g baring kat sofa kat luar...abang nak baring kejap je, katanya...last2 kena gak aku dudukkan dia, bukak baju seluar bawa g bilik air...settle!
Hantar ke sekolah, hepi je...gud, anak mama! Hari ni gak bermula hidup berdikari dia. Semua kena buat sendiri. Semalam nak balik dr sekolah mama tolong pakaikan kasut, bawa beg semua, hari ni kena buat semua tu sendiri. Balik ke rumah pengasuh transport sekolah hantar....pikir3 rasa nak mengalir air mata kenangkan anak masih kecil tapi dah kena berdikari! Sebabnya aku tak pernah tinggalkan dia dengan orang yang dia belum kenal. Sekarang, dengan aku g kerja, papanya g kerja, dia kena naik kereta dengan orang dia tak pernah kenal. Kena pakai kasut sendiri, bawa beg yang berat tu sendiri, itu aku yang bayangkan la, tak tahu la kalau teacher dia tolong kat sekolah...yup, aku mak yang over! Aku dulu mana ada, umur 7 tahun baru skolah, baru kenal huruf ABC, 123...umo aku 4/5 tahun masih bawah ketiak mak!
Sekarang, rasa tak sabar nak balik nak dengar cerita dia kat skolah hari ni.....
No comments:
Post a Comment