Tuesday, January 31, 2012

Telur Atas Dahi

Hujung minggu hari tu kan MrCho bawa kita org g pantai. Memula dia cakap kat aku nak g PD. Cakap pun dah lewat dah. so, malam tu menggelupur aku mengemas kain baju sebab nak bermalam. Alih2 dah dekat kul 12 malam dia kata nak g bagan lalang pulak. Aku on je, mana2 pun. Bukan senang nak tunggu dia bawak keluar puchong kecuali balik kampung!Hehheh...

Bagan lalang pon bagan lalang la..dengar cerita tempat tu dah cantik, so tak sabar tunggu pagi esoknya...
Bukan cerita pasal bagan lalang aku nak syer kat sini. Gambar maha banyak. Belum sempat transfer dr kamera, hphone aku, hphone MrCho, hphone adik2 aku...(jangan esok2 aku letak 2, 3 gambar je nanti..hikhikhik...). Nanti2 la pasal bagan lalang tu.

Ni aku nak tunjuk akibat kebuasan dan keaktifan melampau adik...huhu, luluh hati mama, dik tengok kamu jadi begini...cedera.......

Gula2 kat tangan. Tak jatuh dari tangan masa dia tersembam tu..huuu laaa.. 


 Sambung makan gula2...

Jatuh masa kat bawah rumah. Tunggu MrCho sembang ngan kawan dia. Dia org bertiga ni sibuk la berlari sana sini. Macam mana tah adik terjatuh. Dia pegang baju aku, tarik2..macam mana tak tahu terlepas terus tersembam kat lantai. Memula aku tak tahu kena kat mana. Dia nangis kuat semua orang pandang. Rambut depan dia kan panjang so aku tak nampak memula kat dahi dia tu. Dah selak2 rambut baru nampak benjol tu...hadoiii..terus naik.

Yang kelakar tu masa kat bawah ada la jiran tu bagi dia gula2..masa jatuh tu gula2 tak terlepas dari tangan. Naik atas dah tuam tempat benjol tu, sambung makan gula2...kahkahkah...

Sebelum tu masa kat rumah popo masa CNY hari tu dh benjol kat dahi belah tu juga. Lebam tak hilang lagi, jatuh lagi. Tak serik2...

Hari tu abang pun jatuh, benjol kat dahi macam tu gak! Bahaya tak ek???






Monday, January 30, 2012

Awan Nano~~~~

Lagu kesukaan oleh penyanyi kegemaran. Sekali menang AJL, berganda2 suka jadinya...


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini


Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

  
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


-Hafiz-

Dah banyak tahun tak layan AJL, semalam tengok sebab ada lagu ni, sekali menang. Tak rugi rasa tengok. Ahaha...

Saturday, January 28, 2012

Cuti Terkejut-terkejut

Auwwww...aku tengah bertungkus lumus mengemas kain baju ni... Tetiba plak MrCho memplankan cuti mengejut..ah, sangat comel la u, sayang! Maka tertonggeng2 aku mempacking barang. Katanya nak bermalam, jadinya banyak la kena prepare, I kan anak ramai.. Kejadian yang jarang2 ni, aku pun jadi redo tertonggeng2 sorang2...betul, tak rasa penat pon...kahkahkah Cuci baju, lipat baju, kemas rumah. Esok nak bertolak awal pagi. Dekat2 sini je pon nk peginya.

Wednesday, January 25, 2012

Sempena CNY

Phewww, lamanya bercuti! Tuan rumah beraya, blog pun beraya...
Kat rumah ada je masa tapi malas sungguh nak menulis, menghadap pc ke laptop ke, handphone ke, semua malas...

Gambar masa CNY kat kamera, malas juga nak transfer. Kat phone aku gambar2 sehari sebelum CNY. Sebenarnya sehari sebelum CNY lagi happening berbanding masa CNY. Hari isnin, balik rumah MIL melepak je. Pergi sana pun dah petang. Pergi kutip angpau je dan bagi angpau juga la...eh, aku pon dapat angpau MIL bagi. Tiap2 tahun dapat! Ahad malam tu dah pergi 'makan besar' (konon saja sebab aku makan pizza je pun!).

Ahad tu pagi2 lagi dah keluar. Nak shoping! Apa pun belum beli sama ada untuk anak3, mak anak dan bapa anak, semua belum ada pakaian baru.

Oleh sebab shoping pun dah last minute, main capai je la. Ni, ok? Okkk..ni sesuai tak? Sesuaiiii...huhu...ingatkan last minute tak ramai orang, rupanya....ramai jugakkk membeli-belah hari tu...

Belum separuh jalan meyoping, semua kelaparan...zasss ke mcD. MrCho jamu beger je!












Gambar adik paling banyak sebab aku letak dalam baby chair tu, kalau tak mahu huru hara jadinya...ni pun terjerit2 haku sebab si kakak pulak sibuk menolak baby chair tu ke sana ke mari. Tiba2 baby chair mcD ni ada roda..kikkikkik...aku pun plan ngan adik aku buat selamba tolak adik dalam baby chair ni keluar dari mcD ni...kahkah...tapi tidak lah kami buat pon!

Dah selesai isi perut, sambung shoping. Settle anak2 punya. Lapar lagi. Makan lagi. Kat J.Co Donut plak. Makan eskrim. Dah siap makan shoping lagik! Baju mak dan bapa belum dapat.


Akhirnya semua settle. Mama dapat baju, seluar, kasut. Bapa dapat baju, kasut. Hehe, selesai shoping CNY. Penat tapi hati suker!

Balik rumah kena kemas rumah la pulak. Sampailah dah dekat nak malam, gegas2 siap nak g rumah MIL plak. Semput nafas haku...sib baik adik aku ada so anak3 senang urus.

Balik dari rumah MIL, sambung mengemas. Bahagian dapur plak. Malamnya aku bukan tido tapi pengsan sampai ke pagi!

Gambar sebelum penutup...


Gambar penutup...

Pantang nampak princess. Kekonon dialah princess...

Sekian laporan hari ni. Dah dekat kul 5, nak balik...hari aku kerja, esok lusa aku sambung cutik lagi. Apa sebab aku cuti pon tatau. Harap2 MrCho ada la suprise untuk kami. Dia cuti seminggu. Isnin baru kerja. Apabila aku cuti, blog pon cuti..harap maklum..kihkihkih...baii..

Thursday, January 19, 2012

Homework


Abang dah start ada homework. Dari minggu lepas lagi tiap2 malam menggigih siapkan homework. Ni je yang aku sempat snap...
Yang tak tahan, hari2 ada homework. Papanya la yang jadi cikgu kat rumah. Kena monitor dia ni siapkan homework, kalau tak, tak jalan...muahahaha...

Tuesday, January 17, 2012

Story Peram yang Hampir Tamat Tempoh

Hari ni malas nak berkata-kata...tak ada modal sebenarnya nak meraban apa lantaran dalam hati ada sedikit rasa kecewa (ceaaa, aku guna ayat novel tu..) gara2 ombak rindu kot, dua hari hadap cerita tu je...huhu.

Mana nak cari novel Ombak Rindu, ek??? Baca novel lagi best la...

Oleh sebab aku malas dan tak ada mud nak meraban, aku tempek kan aje la gambar zaman lampau yang memang dah tersimpan dalam folder. Masa idea membuak, kebizian la pulak. sekarang ni mud yilek pulak. Sebelum tamat tempoh, aku letak la...

Kejadian adalah pada 7 jan hari tu...

 
Penaja adalah yang bertudung tu...


My abah n my adik-adik. Khusyuk tengok bola taim ni Kelantan lawan N9 piala sumbangsih rasanya.

My anak bujang, mana ada dia nak peduli sekeliling, games adalah segala2nya...

My princess n my kazen

Minum air je ke, weh???

ahak..ahak..yang baju merah tu orang N9 tapi baju yang dia pakai tu kat belakang tulis 'kelantan'. Kerap berpaling tadah ni..yang baju oren tu saja nak enterfrem

Huhuhu, baru perasan gambar my mom n my princess kecik tak ada kat dalam sini. Dua orang tu sedang sibuk mendera sesama mereka. sebab tu la yang baju oren tu boleh gedik cam gitu...kihkihkih

Sunday, January 15, 2012

Ombak Rindu @Astro First

Weeee, now ai tengah melayan ombak rindu....

Anak3 aku paksa tido awal, kul 12 nk tgk ombak rindu ni. Sebenarnya aku dh terlupa pun pasal citer ni, tetiba MrCho tanya nk tengok ombak rindu tak? Laju2 aku jawab nak...

Asteruk aku baru blh tengok, tu yang baru nak layan kat asterukfirst tu...

So, marilah kita melayan citer ni....hehe..

posted from Bloggeroid

Friday, January 13, 2012

Beriani

Lunch tengah hari tadi kat sini.




Indah khabar dari rupa.


Sedap lagi yang aku beli kat pasar ramadan. Mungkin citarasa tak sama. Beriani2 bukan taste aku juga!
Tapi serius, tak ada rasa pun. 2/5 saja...tempat lain, lain kot rasanya....
Sori tuan rumah...

Thursday, January 12, 2012

Pantang Dengar Diskaun, Tak Nak Jadi Nak!

Baru kejap tadi dapat call dari asteruk.

Asteruk rumah aku dah beberapa bulan kena potong. MrCho malas bayar sebab tak tengok tv pun. Rugi je bayar tapi tak tengok. Anak3 aku dok blasah tengok dvd upin ipin, princess, cars, benard...itu je kat tv rumah aku. Lagi hazab bila abang dah main ps3. Kartun tu aku boleh layan lagi, bila ps3, poning nak muntah den bila dia main games bawa kereta laju2 pastu asyik langgar dinding!

Aku dah lama tak tahu apa cerita kat tv sekarang. Orang kecoh pasal masterchef pon, aku tak tahu benda...ah, tak rugi pon kata aku..sebenarnya pasrah sebab encik suami tak mau bayar asteruk yang dah kena potong tu walaupun ntah berapa kali dah aku berzikir suruh dia bayar...

Maka, merasalah aku tetiap bulan kena call ngan org asteruk minta bayaran. Tiap kali call suruh bayar, aku cakap ok nanti saya bayar...hehehe, sudahnya tak bayar pon! Tak la banyak, 2 bulan tunggakan je 200 plus2...

Tadi orang asteruk tu call lagi, kali ni siap tanya aku nak aktif lagi tak? aku cecepat jawab, nakkk....ok. kalau nak sekarang kami sedang buat diskaun 60% untuk aktifkan semula akaun puan. Jadi puan hanya perlu bayar 100 plus2 sikit je untuk aktifkan dia. Offer ni sehingga 15 januari saja. Aku pun yihaaaaa, suka la kan kena bayar sikit je...

Lepas cakap ngan orang asteruk, terus aku text MrCho. Dia pun cepat je reply aku..ok2, nanti papa g bayar...hahaha..korang pk la sendiri!

Haha, kalau korang pon ada kes macam aku, baik korang konfemkan ngan asteruk tu berapa kena bayar. Kalau korang nak la...aku nak walaupun kebarangkalian tengok tu kecik je persen dia...ada asteruk barulah rasa macam orang ado2..huahuahua......(siapa makan cili dia rasa pedas)


Wednesday, January 11, 2012

Kecik2 Gaya Tido Gini Comel Jerrrr...

Hehehe...
Semalam kata bizi, hari dah muncul....len kali jangan percaya kataku...

Ai memang tengah bizi sekarang, betul, tak tipu, tapi mana boleh tahan hati mahu menulis...ececehh...kalau menulis entri berwawasan takpe la juga, ni entry merepek meraban je...tapi ada aku kisah???? hehehe...

Banyak gambar aku dalam folder tapi nanti dulu, memang aku tengah bizi sekarang. (yalah..yalah...ko bizi..)

Ni yang pagi tadi. Punyalah mengantuk abang pagi tadi. Ni kali kedua dia ngantuk nak g sekolah. Hari isnin hari tu kelakar, aku dah siap2 pakailan baju dia, suruh g bekpes boleh dia g baring kat sofa. Bila aku suruh bangun dia cakap abang bukan nak tido, abang nak rehat je...padahalllll meleleh air liur kat pipi!

Ni gambar pagi tadi.



Comel anak ai...sebijik macam bapanya! Kalau mengantuk, mana2 pon boleh.......opppsss, bapanya kalau gini gaya tidonya langsung tak comel!!!

Belum siap betulkan baju dia dah macam ni...lama gak aku biarkan dia tido macam ni. Lepas tu aku bangunkan dia, suruh bekpes, dia sambung tido kat sofa tu plak. Terpaksa aku pakaikan kasut, stoking kat situ. Dia hulur je kaki sambil mata pejam!

Dah kena kejar ngan papa baru ok. Sikat rambut siap bergel...hahaha...taim ni anak dara kecik aku tengah kerjakan lipstik aku kat bilik....huwaaaa......

Tuesday, January 10, 2012

C U Later...

Rindu nk membebel kat sini, tapi ai sangat bizi sekarang....

Selagi ai rasa ai bizi, ai tak apdet.

Sori ya sesapa datang sini tapi rumah macam tak bertuan...

Jumpa nanti!

posted from Bloggeroid

Friday, January 6, 2012

Kelas Peribahasa

Selama ni kita diajar peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Sampai la sekarang dok hairan kenapa pagar tu nak makan padi? Macam mana pagar nak makan padi, pagar bukan ada mulut! Tapi dah semua orang pon guna peribahasa tu, kita(aku) pon ikut la juga...

Rupa2nya "harapkan pagar, pagar makan padi tu salah. Perkataan "PAGAR" tu sebenarnya "PEGAR". Kesalahan ni disebabkan peralihan dari bahasa jawi kepada bahasa rumi. Ejaan jawi dulu2, word dia terhad. Ejaan pegar dah jadi pagar. Semua menerimanya. Pegar tu sebenarnya merujuk sejenis nama burung. Zaman sekarang tak tahu la wujud lagi ke tidaknya burung ni. Dah pupus apa...try gugel, ada tak burung pegar?

Satu lagi "melepaskan batuk di tangga". Bukan "BATUK". Yang betul "BATOK". Batuk is batuk, Untuk peribahasa ni batok merujuk sejenis alat digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk orang cuci kaki. Macam gayung la..pastu orang yang guna batok tu malas nak letak balik kat tempat asal, dia letak kat tangga. Maka jadi la melepaskan batok di tangga. Itu la cerita dia...Allahualam...logik, kan? apahal ko nak lepaskan batuk kat tangga, apa kaitannya dengan maksud dia melakukan kerja tetapi tak siap?

Jadinya, mulai hari ni marilah kita menyebut "harapkan pegar, pegar makan padi" dan melepaskan batok di tangga".

Sekian kelas peribahasa pada hari ini.

Eh, tapi kan benda ni kat sekolah tak diperbetulkan, tak tahu dbp terima ke tak sebab dah guna zaman berzaman....

Thursday, January 5, 2012

Hidup Umpama Roda

Itulah kehidupan...

Adakala kita di atas, ada kala kita di bawah...

Masa di atas janganlah memandang rendah pada kesilapan orang lain..

Nah, apabila kamu berada di bawah, rasa macam mana? Best? Tak best?

Huh, aku nak senyum pun rasa kasihan....tapi dah itu bahagian engkau, rasa kan aje la...

Moral of the story, jangan berlagak bijak sangat, setiap orang ada kelemahannya....

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 4, 2012

First Day @Kindie...Sukses!

ai tengah semangat nak hapdet pasal anak sekolah ni. kindie je pon, tapi lantak la orang nak kata apa...kehkehkeh..
Semalam semangat lagi berkobar-kobar tapi tak ada masa. Walaupun cutik dan pegi orientasi anak 2 jam je kat skolah tapi sibuk g sana sini. Gitu la kalau laki bini cuti sesama...muehehehe....walaupun cuti, anak3 semua kat rumah pengasuh..T______T

 Belajar pakai kasut dgn papa..

Muka hepi dan tak sabar nak g sekolah...

Bangun pagi tak payah kejut. Bangun terus cari aku kat dapur tengah goreng naget. Nak buat bekal g skolah. Mak yang hover sebab anak g skolah 2 jam je tak sempat nak lapar sebab kat rumah dah makan. Tapi gigih gak bekalkan anak ngan naget. sudahnya tak makan pon kat skolah...

Alhamdulillah abang ok je kat skolah. Ikut je arahan teacher dia. Ada gak budak2 yg nangis. Itu normal la, pengalaman pertama, kan...
 
Dengan abang tak ada masalah, yang bermasalah sekarang ni kakak! Nak g skolah juga. Bukan tak nak bagi tapi kecik lagi aku rasa, blm 3 tahun pun. Cakap pun pelat2 lagi...huhu sian, sungguh2 nak skolah. Skali pikir macam nak skolahkan aje...tapi takut plak dia nak duduk ngan abangnya pulak nanti kat skolah....harap2 semua kembali normal selepas seminggu!

Sebelum g skolah abang hantar kakak ngan adik ke rumah pengasuh dulu. Meronta2 kakak tak nak g rumah pengasuh. Nak tak nak aku bawa jugak la ke skolah dengan tak mandi, baru bangun tido, serabai semua lengkap! Tak sangka plak aku dia nak join abang. Menahan malu je la anak serabai...

Pagi tadi pon sama. Meraung2 nak g skolah. Tengok aku bekalkan air untuk abang dia pon nak. aku buatkan air, masuk dalam beg dia. Abang bawa sapu tangan dia pon nak sapu tangan. Tadi terus je hantar ke rumah pengasuh kemudian baru hantar abang. Tadi pon meraung2  kat rumah pengasuh nk g skolah. Kalau macam ni gayanya, boleh cemerlang ni bila sekolah ....sabar la kakak, tahun depan mama hantar g skolah.

 Mula2...keseorangan muka sugul je...sian je tengok...

  Tak segan pon dgn orang sekeliling, kakak ni...

 
 Start mengacau abang, abang malu2..

 Tugasan pertama lepas masuk kelas...mengaler ladybug...aku tengok je apa dia nak buat ngan ladybug tu..ada parents kat depan abang tu, siap pegang tangan anak dia mengaler ladybug tuh, gigih..aku gelak dalam hati. Ada gambar dia aku sempat snap tapi tak terupload plak. Malas dah nak upload lagi...




 Huhu, tu dia nak ambik lukisan kat belakang tu...adoiii la anak aku...buku sendiri tak nak, nakkk jugak buku abang!

 Tiba2 ada si kakak...sibuk nak g kat abang!

 Ni tangan mak yang sibuk kalerkan anak punya...pastu asyik cakap kat anak dia, kakak, cepat kakak, jangan berhenti berhenti....
 
 Kahkahkah...hasilnya....yang depan ni abang punya...ladybug kalerful! yang kaler kuning hujung tu la yang mak dia gigih pegang tangan anak dia kalerkan ladybug tu...

Itulah kisah semalam.

Hari ni plak, kejut tak mau bangun. Seperti biasa kena angkat, duduk kan dia tepuk2 muka sikit. Sekali dia bangun g baring kat sofa kat luar...abang nak baring kejap je, katanya...last2 kena gak aku dudukkan dia, bukak baju seluar bawa g bilik air...settle!

Hantar ke sekolah, hepi je...gud, anak mama! Hari ni gak bermula hidup berdikari dia. Semua kena buat sendiri. Semalam nak balik dr sekolah mama tolong pakaikan kasut, bawa beg semua, hari ni kena buat semua tu sendiri. Balik ke rumah pengasuh transport sekolah hantar....pikir3 rasa nak mengalir air mata kenangkan anak masih kecil tapi dah kena berdikari! Sebabnya aku tak pernah tinggalkan dia dengan orang yang dia belum kenal. Sekarang, dengan aku g kerja, papanya g kerja, dia kena naik kereta dengan orang dia tak pernah kenal. Kena pakai kasut sendiri, bawa beg yang berat tu sendiri, itu aku yang bayangkan la, tak tahu la kalau teacher dia tolong kat sekolah...yup, aku mak yang over! Aku dulu mana ada, umur 7 tahun baru skolah, baru kenal huruf ABC, 123...umo aku 4/5 tahun masih bawah ketiak mak!

Sekarang, rasa tak sabar nak balik nak dengar cerita dia kat skolah hari ni.....

Tuesday, January 3, 2012

Tak Guna Kamu, Iron!

Iron aku buat Hal lagi.... Tak tahu nak gambarkan macam mana tahap kecewa aku ni...huhu... Aku rasa macam nak isytihar perang je ngan iron aku ni... Alkisah aku iron baju esok nak g sekolah abang, semangat ni jadinya nak la pakai baju mahal. Memula iron baju sekolah abang dulu, ok lagi iron tu, taim aku iron baju aku, letak je terus terbakar!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....baju aku paling mahal tu. takut nak cakap ngan MrCho ni. Dua hari lepas selai baju aku dah kena, malam ni kena lagi, dua2 baju aku sayang! Hari tu baju aku baru beli belum pakai pun lagi, sekali iron nak pakai zapppp kena. Memang aku tiada jodoh ngan iron. So, malam ni aku nak isytihar aku alergik dengan semua iron tak Kira apa brand. Yang baju aku baru beli tu iron lain. Sebab kena baju tu, MrCho beli iron baru. Konon iron paling bagus la sekali iron baru pon sama, memang spesies iron ni tak suka aku.... Terus hilang mud aku. Baju tadi aku gumpal2 campak dalam almari...nak iron baju lain pon tak ada mud dah! Nasib baik bukan iron yang aku campak! Lepas ni kena cari baju tak payah iron la gamaknya...huwaaaaaaaaaaaaaaa(sambung nanges) Apa aku nak buat dengan baju tu, eh? Boleh tampal kot, kat bahagian bawah, lantak la,nampak buruk pun janji boleh pakai! Tak suka...tak suka...tak sukaaaa..... Aku tak pandai iron baju ke, eh?

Monday, January 2, 2012

Lagi di Korean Car Mates



@ofis MrCho lagi kali ni ngan anak3 pulak...

Habis tunggang langgang jadinya..

posted from Bloggeroid

Sunday, January 1, 2012

Menu New Year



Kek pisang for new year...

Dihasilkan oleh adik aku...rancangan asal kek pisang bertoping coklat, nasib bahan tak mencukupi...jadilah begitu...kek pisang coklat cip berganda2...

posted from Bloggeroid

Azam Tahun Baru

Berazam...

Tak banyak yang aku berazam. Semoga lebih baik dari yang kurang baik...peace!

posted from Bloggeroid

Klik Me

Klik! Klik!