Aku kopipes. Tulisan biru tu aku laa..
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar.
Selalu aku akan buat bunyi "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........" pastu gelak2 sebab rasa kelakar dengar suara sendiri...sekarang anak-anak plak akan buat macam tu bila nampak kipas..
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
Ni pon aku ada buat. Tapi masa kecik dulu aku buat masa naik motor la. Kereta mana ada. Bila nampak bulan gerak rasa suka sebab rasa macam bulan tu milik aku...huahuahua...
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Haaaa, ni pon aku selalu buat. oh, rasa hebat sungguh dapat lepas tangan, tapi sesaat dua je la...
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi.
Yang ni aku tak ingat la pernah buat ke tak. Rasanya tak kot sebab aku kecik2 dulu takut-takut sikit aka jujur sebenarnya...gagagagaga...
5. Lukis burung guna huruf M
Oh, yang ni kertas lukisan aku wajib ada burung bentuk 'M'. Sekarang pon aku ajar anak aku lukis burung guna huruf M sebabnya...sebabnya aku tak pandai lukis burung betul-betul...
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
Tak tahulah kenapa. bukan aku sorang je kalau lukis matahari mesti nak letak celah antara dua bukit. pastu mesti kat penjuru lukisan. pengaruh dari mana tah!
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥
Ohh, yang ni bukan bentuk hati yang sebenar ekk?? Aku kalau nampak bentuk ni terus ingat cinta je...Qaireen asal nampak bentuk ni akan sebut 'yoff'.
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam
Masa kecik tak buat sebab rumah tak ada peti ais, dah besar remaja ada buat....kahhh!
9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
Yang aku tak buat sebab kecik2 dulu aku rajin sekolah. kerja sekolah semua siap...hahahaha...
Best sungguh jadi kanak-kanak desa zaman 70an, 80an. Anak-anak aku, sorang ps3, sorang ipad sorang phone. sangat berbeza. Aku dulu panjat pokok jambu tak ada sapa larang. Anak2 sekarang panjat gril tu pun mak pak dah terjerit2 suruh turun.
Eh, dah la. Banyak2 tulis kang lari topik plak kang!
Nak jemur kain kain, matahari dah keluar.
No comments:
Post a Comment