Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Tuesday, January 29, 2013
Orang yang ........
Biasanya orang yang cakap, i tak suka ambil tahu hal peribadi orang, sebenarnya dialah kepala bizi bodi.
Biasanya orang yang cakap, i tak suka dengki dengan orang, padahal dalam dirinya penuh dengan sikap iri hati atas kelebihan orang lain.
Biasanya orang yang cakap, i seorang yang macam ni, macam tu, tak suka tu, tak suka ni, sebenarnya hanya 1% sahaja dia adalah seperti yang dikatakan.
Biasanya orang yang sedang berasakan dirinya bagus, sebenarnya jahil mengulas ilmu yang dimiliki.
Monday, January 21, 2013
Senyum Pagi Isnin
Meh la kita senyum....semoga isnin kita tak blues....
Minggu ni empat hari je keje, kan, pastu isnin depan cuti juga kannn???...so, marilah kita senyum..
Bole hilangkan mengantuksss juga ni...
Gambar: dari e-mel
Monday, January 14, 2013
Kisah Anak
Kisah najmi pulak. Hari tu dia kena baca buku bahasa cina. MrCho ajar dia. Mula-mula dia tak boleh baca. Dua tiga kali ulang dia dah boleh sebut, kecuali 1 word ni dia asyik lupa. ajar lupa, ajar lupa, last2 MrCho pun naik angin, siap rotan pung pang pung pang kat meja. Tetapppp dia lupa word 'wo' (saya) dalam bahasa cina tu. Aku plak yang berdebar-debar. Suara dia pun dah gigil2 ulang baca. Pastu MrCho suruh stop, suruh dia minum dulu. Aku buat milo. Kemudian sambung semula. Punn dia still lupa word 'wo' tu. Sampai satu tahap suara dah tenggelam timbul. Menangis tapi ditahan2nya. Pastu nampak tangan dia sesekali kesat air mata sambil membaca. Aku memang jiwa halus, nampak anak macam tu, aku rasa sedih sangat, aku plak meleleh air mata tapi aku pun takut nak menegur MrCho. Hoihh, kesian sangat tengok dia masa tu. Dengan aku melawan je, walau macam mana marah pun. Dengan bapak, tahu takut.
Dekat sejam juga la membaca sampai budak tu dah ingat word tu. Dah habis baca tu pandai plak dia pujuk-pujuk najmi. peluk-peluk bagai. Time dia marah, ugut-ugut najmi nak delete semua games. Tahun depan dah nak masuk standard 1, tapi word paling basic pun tak leh baca. Tu la papa, dulu tak nak paksa dia baca Cina. Sekarang??. Tengok, subjek bahasa cepat je dia baca.
Monday, January 7, 2013
Ulangan
Najmi dulu pon sama, sampai stress aku pepagi hantar ke sekolah. Beberapa minggu asyik nangis je. Ni ulang balik. Harap nangis ni berbaloi la. Najmi dulu nangis tapi lama-lama dah ok, belajar pun ok. Peperiksaan akhir tahun dapat tempat kedua secara keseluruhan kelas.
Tadi call pengasuh tanya macam mana Hanna balik sekolah. Kata pengasuh ok je dia, ceria je...masuk-masuk rumah terus cakap lapar...haihh, kalau dengar mulut dia cakap, tak akan sangka dia takut dengan orang yang dia tak biasa.
Malam tadi dia dah buat drama. Semalam dia sakit telinga. Dah bawa g klinik. Malam tadi masa titik ubat dalam telinga, dia cakap, "mama, hanna ni sakit telinga ni, tak boleh pegi sekolah ni. Nanti hanna sakit telinga kat sekolah macam mana? Hanna nangis kat sekolah nanti macam mana?"
Aku cakap, kalau dah letak ubat ni ok dah la. Tak sakit la lepas ni. Malas nak layan sangat. Tahu dah drama dia. Pagi tadi masa mandi dia nangis. MrCho cakap, dia tak sihat tu tak payah la g sekolah. Pon aku buat tak tahu je. Biarkan je dia nangis. Siapkan juga dia. Buat tak tahu je. Hahaha, aku mak yang kejam. Sampai sekolah menangis pun aku pujuk sikit, ticer dia bawa masuk dalam kelas. Dengar dia nangis tapi aku blah je.
Tak la, bukan aku kejam. Dalam hati ada la feeling2 kasihan. Tak nak dia manja-manja sangat sebenarnya. Kena keraskan hati. Kalau ikut kata MrCho hari ni tak payah g sekolah, esok pun mesti dia tak nak g sekolah juga. Kejam sikit takpe la untuk masa depan dia juga...
Saturday, January 5, 2013
Adakah Semasa Kecil Dahulu Anda Pernah Buat Perkara-perkara Berikut?
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar.
Selalu aku akan buat bunyi "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........" pastu gelak2 sebab rasa kelakar dengar suara sendiri...sekarang anak-anak plak akan buat macam tu bila nampak kipas..
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
Ni pon aku ada buat. Tapi masa kecik dulu aku buat masa naik motor la. Kereta mana ada. Bila nampak bulan gerak rasa suka sebab rasa macam bulan tu milik aku...huahuahua...
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Haaaa, ni pon aku selalu buat. oh, rasa hebat sungguh dapat lepas tangan, tapi sesaat dua je la...
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi.
Yang ni aku tak ingat la pernah buat ke tak. Rasanya tak kot sebab aku kecik2 dulu takut-takut sikit aka jujur sebenarnya...gagagagaga...
5. Lukis burung guna huruf M
Oh, yang ni kertas lukisan aku wajib ada burung bentuk 'M'. Sekarang pon aku ajar anak aku lukis burung guna huruf M sebabnya...sebabnya aku tak pandai lukis burung betul-betul...
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
Tak tahulah kenapa. bukan aku sorang je kalau lukis matahari mesti nak letak celah antara dua bukit. pastu mesti kat penjuru lukisan. pengaruh dari mana tah!
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥
Ohh, yang ni bukan bentuk hati yang sebenar ekk?? Aku kalau nampak bentuk ni terus ingat cinta je...Qaireen asal nampak bentuk ni akan sebut 'yoff'.
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam
Masa kecik tak buat sebab rumah tak ada peti ais, dah besar remaja ada buat....kahhh!
9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
Yang aku tak buat sebab kecik2 dulu aku rajin sekolah. kerja sekolah semua siap...hahahaha...
Best sungguh jadi kanak-kanak desa zaman 70an, 80an. Anak-anak aku, sorang ps3, sorang ipad sorang phone. sangat berbeza. Aku dulu panjat pokok jambu tak ada sapa larang. Anak2 sekarang panjat gril tu pun mak pak dah terjerit2 suruh turun.
Eh, dah la. Banyak2 tulis kang lari topik plak kang!
Nak jemur kain kain, matahari dah keluar.
Thursday, January 3, 2013
Hari Kedua
Masih lagi pasal sekolah. Hanna la. Pagi-pagi dah bangun sebab nak kencing. Terus aku mandikan. Siapkan dia baru abang. Hmmm, xcited nampaknya nak g sekolah. Tapi ada juga la drama dia.
"mama, lutut hanna sakit la. Tak boleh pegi skolah ni.."
Haha, dia punya drama tu memang takleh blah. Lutut dia jatuh beberapa hari lepas. Dah kering pun lukanya.
Aku buat tak layan je. Janji akan letak ubat pastu aku buat2 sibuk. Dia pun lupa dah pasal ubat.
Hari ni aku hantar. Masa hantar dia semua ok. Masuk sekolah tak ada nangis, boleh lambai-lambai tangan walaupun tak ada senyum..cepat2 aku blah takut ada lagi drama dia. Oh ya, masa hantar diaorg kereta tergesel tepi jalan tuh. Adoiii, terkemek sikit! Kereta banyak depan sekolah terpaksa himpit2 ke tepi. Tak perasan dh sangat ke tepi...huhu...confirm kena marah dengan MrCho..:(
Masa pegi ambik ingatkan ok. Dari dalam ticer dia bawa keluar, mata hidung semua merah. Air mata meleleh-leleh. Hahaha, nangis rupanya. Najmi siap membebel-bebel, marahkan hanna sebab nangis...
Kata ticer dia dari pagi dia nangis. Diam kejap pastu nangis. Diam pastu nangis...ahaha. Masa najmi dulu nangis bila nampak kami. Hanna plak nangis kalau tak nampak kami. Bila tanya dia kata sebab mama tak tunggu hanna.
Dah masuk kereta boleh plak bergelak ketawa. Esok start balik dengan van ke rumah pengasuh. Tak tahu la macam mana..
Wednesday, January 2, 2013
Jom ke Sekolah
Hanna, 4 tahun dah start masuk sekolah. Muka cam boring je menunggu ticer panggil nama dia. Memula ok tapi lepas tu start buat drama air mata. Aku tinggal kejap g jenguk abangnya, balik semula kat kelas dia, nampak ticer dia tengah pujuk...air mata meleleh...hahaha...
Esok tak tahu macam mana. Bila aku cakap esok kakak g sekolah jangan nangis tau...dia jawab, hanna tak nak g sekolah. Hanna takut mama tinggal hanna. Esok aku cuti lagi. Jumaat tak tahu lah macam mana. Harapkan abangnya aje ni...
Abang langsung tak ada masalah. Dah jadi senior kat situ.
Lepaskan anak masuk sekolah pun macam lepaskan anak kepada orang lain (read:kahwin).