Wednesday, July 25, 2012

Asal Boleh

Opsss, dah hari kelima kita puasa hari ni, ekk...cepat sungguh masa berlalu. Puasa tahun ni agak mencabar bagi aku sebab kena uruskan ketiga2 anak. Last year abang seorang je, sebab dua princess tu berpuasa kat kampung. Tahun ni merasa uruskan ketiga2. Rasa mencabar tu sebab aku sensorang kena ambik diaorang dari rumah pengasuh. MrCho balik kerja macam biasa, aku balik pukul 5.00, so ambik diaorang balik rumah, naik teksi. Anak3 aku ni tahu la tahap keaktifan sorang2 macam mana. Dah sampai bawah blok tu, ada pulak yang ajak g kedai, nak beli-beli. Ni kakak la ni. So kena pujuk. Sebab semua tangan dah penuh dengan barang, macam mana nak kawal bila masuk kedai. Budak2 ni faham la. kejap nak ambik tu, kejap nak ambik ni...dah berjaya pujuk tu, dugaan masa tunggu lif plak. Sementara tunggu lif, diaorang akan lari sana, lari sini. Adoooiii pening, mak!

Tahun lepas ada la masa aku ambik2 gambar makanan buka puasa yang ditunjuk di pasar ramadan, tahun ni tak sempat nak bergambar pun makanan2 tuh!

Tahun lepas juga aku berjaya buat biskut raya beria. Tahun ni dah order 4 balang. Mungkin buat juga sikit tapi kena bekerjasama dengan adik aku la, kalau tak banyak pembantu yang takleh harap nanti. Kang tak pasal2, orang dah raya, aku je tak siap2 dok gentel biskut!

Oklah, tak baik banyak bebel bulan puasa ni. Aku letak gambar je la sebagai penyeri...:-)



Pagi hari kedua puasa. Aku masak megi je untuk dua princess ni makan. Abang konon puasa so dia tak makan. Tapi bila keluar lepas zuhur dengan papa dia, masuk kereta je terus mintak nenen. Sib baik aku bekalkan, takut2 dia mengamuk kelaparan, sebab lama. MrCho nak g polish kereta. Hehe, ok la tu dapat separuh hari. Puasa hari pertama sampai pukul 11 kot, lupa dah. Terliur adik makan anggur.


 Adik pun makan megi. Dua2 suka..anak papa! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

Adik
Lebam tepi mulut. Terhantuk meja malamnya...berlari2, tak sempat brek terus langgar meja..dah 4 hari, tak hilang lagi lebam tuh, makin jelas nampak..

kakak
Bawa pergi taman kat bawah. Masa ni kawan aku datang hantar buku ni. Anak dia nak g taman, so melepak la kitaorang kat situ. (p/s: yong, gambar baby tak ada dalam phone aku). Taman yang hidup segan mati tak mahu. Abang tak ada sebab ikut papa g polish kereta tu. Nak harap aku sesaja bawa turun diaorang ni main kat taman, hurmmm tak ada la kot! Biasanya banyak pak hitam yang lepak kat sini. Sib baik hari tu tak ada plak. Lepak tak lama sebab dah petang, aku nak masak untuk berbuka pulak....


2 comments:

Izza - Jiejah said...

anak suka meggi ikut bapak diorg la kan , geram kadang tu sbb kita dah beriya masak nasik dia mintak meggi grgrgrgr
jarang nak layan bab meggi ni ..buat² x dengar je hihi

Izza said...

tu lar..sekali sekala boleh la..time2 cenggini layan laa..

Klik Me

Klik! Klik!