Tuesday, July 17, 2012

Suri Rumah Mengejut pada Hari Isnin


Semalam dah siap2 semua rutin seperti biasa tetiba ada sms masuk. Rutin aku tu maksudnya siap sediakan bekal anak3, siapkan abang nak pegi sekolah, kejutkan dua princess kenit tu. Itu rutin setiap pagi. Capai phone, sambil sorok2 dalam handbag baca sms…(salam izan,- panggilan pengasuh pada aku. Nak bagitau, akak tak sihat la, akak tak larat nak  mengasuh hari ni. Minta maaf banyak2) Aku reply, ok, kak..akak rehat la, ya…

Aku renung phone. Tak tahu nak buat apa. Tak ada orang lain boleh jaga kenit2 aku. Huhu…terus bagitau MrCho. Kata dia, “ha, mama cuti la…” dengan muka tak ada efek apa pun…fikiran aku cepat2 ke ofis. Oh, nasib baik hari ni tak ada meeting, kerja aku pon tak ada yang kena deal dengan orang lain. Hanya siapkan kerja sendiri saja. Oh, ada freelancer yang sepatutnya hantar kerja dia pada aku jumaat lepas tapi tak datang. Hmm, itu pon takpe, kalau dia nak datang dia akan sms aku. Aku suruh je dia datang esoknya. Lain-lain hal rasanya tak ada…ok, cuti sajalah hari ni. Satu lagi masalah. Kena call atau sms bos plak! Tak suka! tak suka! tak suka!

Capai phone lagi, eh, belum sms kawan aku lagi! Kena cepat2 bagitahu dia, tak nanti tertunggu2 plak dia kat bus stop tu…dah settle yang tu, sms bos plak. Lega bila dah tekan SEND. Lebih kurang 10 minit, dia reply, ok izza, kita jumpa esok…bertambah lega.

7.45, MrCho keluar g kerja dengan abang g sekolah. Kami bertiga kat rumah. Tukar baju kerja, sarung baju suri rumah. Hehe, yang tu boleh pakai semula esok. Tak payah iron baju lain, jimat kerja aku. Pastu paksa dua princess kenit tu makan bekalan diaorang. hehehe, macam kejam je bunyinya..takde la, suruh diaorang berdua tu bekpes je…masing2 ambik susu masing2, duduk kat sofa. Suruh pulak aku buka kartun. 5 minit je layan kartun, mulalah aktiviti diaorang, punggah mainan, lambakkan dekat hall…aku biarkan je, MrCho tak ada, takpe. Kalau tak bising je dia rumah macam tongkang pecah. Lambakan mainan tu macam bila ko nak lalu, stok kena kuis2 dengan kaki nak cari laluan…

Aku pulak, dah agak2 dua princess kenit tu leka dengan mainan, mulalah start kerja2 suri rumah. Operasi bermula di dapur, kutip apa2 yang kotor, cuci. Selongkar peti ais, mana2 yang dah keras kejung, kering garing, expired semua tu kasi clear…masuk plastik…bila baca atau dengar, macam senang/mudah je kerjanya tapi bila sendiri buat, terasa la juga penatnya. Kat rumah ni walaupun ahli hanya 5, tapi dalam sinki sentiasa ada gelas@pinggan kotor, almaklum semua kuat makan terkecuali aku..kihkihkih…

Dah settle kat dapur, hal kain baju pulak. Adooiiiyaiii, pasal kain baju ni aku memang krisis la…kenapa orang tak cipta mesin lipat kain? kutip baju kotor, masuk dalam washing machine. Dapat semesin. Mana datang baju2 kotor tu aku pun hairan, padahal semalam dah semesin cuci…sementara mesin menyiapkan kerja dia, aku kutip baju2 kat luar, kasi kosong. kejap lagi nak sidai baju lain plak…

Tengok jam dah dekat pukul 12. Kena turun bawah ambik abang plak. Hari ni suruh auntie van dia tu hantar ke rumah. Kata kakak van tu, najmi hari ni happy je sebab terus balik rumah. Selalu kan hantar ke rumah pengasuh…masa nak pegi sekolah aku dah cakap dengan dia hari ni auntie hantar abang balik rumah. Mama tunggu kat bawah. Tu yang dia happy masuk2 van tu…

Banyak la pulak nak cerita satu2…dipendekkan cerita, petang tu hujan…oh, sangat heaven sebab tiga2 aku paksa tido. Aku pun layan mata sama sebab sakit kepala, selesema. Pastu pipi belah kiri sakit macam nak bengkak. Time kecik2 dulu kami panggil sakit keng! tu bahasa orang kampung aku – jerman. Orang Malaysia panggil beguk, kot! Tapi rasanya bukan sakit keng kot!

Baru je mata nak lelap, aku rasa macam ada benda duduk atas aku. Kena tindih tu, korang pun pernah, kan? Pastu henjut2 sofa aku tidur pulak. Aku macam tak leh gerak. Cuba bersuara pun tak leh. Aku macam takbir dalam hati, cuba gerak2kan kaki tangan semua, macam berat. Baca ayat qursi dalam hati juga, siap cuba ingat maksud dia secara berterabur…lepas tu baru ok, boleh gerak. Aku buka mata, cuba ingat balik. Sekali rasa macam mimpi je, sekali rasa macam real sebab aku rasa masa aku ‘bertarung’ tu, aku boleh nampak anak3 aku tido kat  bawah. Dah terjaga tu, aku macam takut dah nak sambung tido.

Tak tahu nak buat apa, nak masak tapi sebab lauk pun tak ada, ada cuma sardine. Tu lambat2 sikit boleh masak. Lagipun adik aku nak datang, dah suruh dia beli lauk dah masak siap2…aku sakit pipi, tak leh masak…hehhehheh…

Sementara kenit3 tu masih lagi tido, aku settle baju yang dah kering…tapi semalam punya hujan, nikmatttt..biasa macam tu aku kat ofis. Ni kat rumah, memang nikmat la…tapi hampeh juga sebab kena tindih tu terus terganggu nikmat tido aku!

Semalam.


Kakak tido pakai spende saja. Saja je aku pakaikan dia spende saja sebab kejap2 dia nak kencing. kejap2 nak kencing. Senang dia lurut je, spende, lari masuk toilet..siap, dia senang nak pakai sendiri. Abang plak tak nak pakai baju. Panas katanya. Bagus juga, tak payah banyak cuci baju. Aku kan krisis dengan kain baju.

Itulah sehari aku di rumah. Hari sabtu pun sebenarnya sama macam tu. Nampak macam tak ada la banyak kerja sangat. Tak penat pun…tapi yang sebenarnya banyak yang dah skip tu..belum cerita bab sepahkan makanan, tumpahkan air, bergaduh, berebut mainan, nangis, nak mandi sendiri sampai basah lencun semua tu…walaupun stress, penat tapi aku reda. Masa diaorang kecil je macam tu. Bak kata mak aku, budak kalau tak nangis, tak besar. Aku pasti apabila semua dah besar, aku akan merindui saat2 seperti ini, lebih2 lagi apabila semua tiada di sisi…sob!

Tak ada kerja.


 Aku suruh setiap sorang letak satu kaki. Tapi adik suka menentang arahan. So dia bagi 2 kaki…
  
Gambar tumpang.


Jumaat lepas abang ikut trip sekolah dia g kilang beras tu. haha, bawa balik beras 500 gram. Sibuk suruh aku masak nasi guna beras dia. Satu lagi tu dia buat masa dekat diy clay tu…aku tanya, apa ni abang? Ular panjat pokok, katanya…ahahaha..boleh laaa…

Dah la, hover plak hari ni. Entry terpanjang aku kot! Penat dah haku menaip dari pagi.







No comments:

Klik Me

Klik! Klik!