Friday, July 27, 2012

Masak

Semalam tak pergi pasar ramadan. Lepas ambik diaorg, terus balik rumah. Sebelum naik atas menyinggah kedai runcit dulu. Beli telur. Kat rumah ada ayam semata.

Masuk rumah, terus buka peti ais keluarkan ayam. Keras kejung! xpe, rendam air kejap, boleh lerai la ayam2 tu.

Maka hasilnya adalah ni..............


Ayam goreng dan telur goreng kicap untuk anak3 dan papa, ayam goreng berlada untuk orang dewasa. Tapi sudahnya aku sorang je makan. MrCho balik kerja bawa dua ketul ikan tilapia (kot!) bakar. Kuih-muih tak perlu. Aku buka puasa minum air terus makan nasi. Tapi kalau kat kampung lain plak sistemnya. Buka puasa minum air, makan kuih-muih. Nasi lepas terawih kalau pergi. Kalau tak lepas isyak.

Ni pulak.............

Asal masuk rumah je buka peti. "Dikkkkkk, tutup peti tuuuu........". "Na nakkkkkkkkkkk". Hmmm, kalau dia dah sebut nanakkk tu, suruh la berapa kali pun dia akan nanakkk...Sasaran baru, jus oren. Sedap gamaknya, habis comot2 mulut duk jilat2 jus tu. Masam sebenarnya, tapi selamba je dia colet dengan jari dalam botol tu, pastu masuk mulut...suruh tutup peti nanakkk, last2 aku biarkan saja. Janji dia tak g bergaduh dengan abang, kakak dia dah. Aku pun boleh masak dengan tenang....lebam tepi bibir tu tak hilang2 lagi terantuk meja hari tu...


2 comments:

Jiejah @ Iza said...

adoiii port yg sama dgn adeel .kalau suruh tutup sama lak jwpan diorg 'nanakk" kalau tutup gak mau amukan gegar rumah hahaha

Izza said...

kannn, sama la tu..kekdg rasa nak masukkan dlm peti ais tu...hah, duduk la diam2 kat dlm tu! - mak yg kejam

Klik Me

Klik! Klik!