Setiap orang mesti tak suka apabila kena marah, kan? Lebih2 lagi kalau kesalahan yang dilakukan itu sangat kecil, walhal tak perlu marah pun tapi pihak kedua ni nak juga marah untuk puaskan hatinya, mungkin…
Mengapa orang suka marah-marah? Siapa yang bermasalah? Orang yang marah atau orang yang kena marah sebenarnya bermasalah? Haaa, hambekk, byk benar tanda soalnya…..
Aku, kalau betul aku buat salah, aku boleh terima orang marah aku, hamun aku tapi aku pantanggggg sungguh kalau aku kena marah berpunca dari kelalaian si pemarah sendiri atau orang lain punya hal tapi aku pulak yang kena marah….sungguh tak bertamadun di situ….
Ni aku jumpa masa goggle…dari siapa dah lupa, izin share ya….
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah. Antara langkah yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan marah ialah:
a) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dunia akan menjadi aman jika semua makhluk begitu.
Eh, u tak pernah marah ke? Takkkk, haku pun ada perasaan nak marah & marah orang tapi aku marah bertempat dan beradab la….jaga juga air muka orang yang nak kena marah tu…kalau aku marah orang tu biasanya aku akan maki hamun orang tu dalam hati je, selebihnya aku menangis je….huhuhu…(patut la Hanna suka menangis, ngikut mama dia rupernya). Ada juga aku lepaskan kemarahan tu dgn cerita pada orang lain, macam ni tak elokkan? Tapi aku insan biasa….huhuhuhu….
Ok, cukup dulu untuk renungan hari ini…ada peluang aku muncul lagi untuk n3 seterusnya hari ni…
No comments:
Post a Comment