Thursday, March 31, 2011

Dahhh...

Alhamdulillah, selepas dipush2 kan oleh aku tengah hari tadi, akhirnya bankcapbulanlima mengkreditkan duit kami yang ditelan dua hari lepas....terima kasih sekali lagi kepada bankcapbulanlima kerana telah menyusahkan aku dan terpaksa call..call..call dan calllllllllllll....bil tepon aku sapa nak bayar??? Hmmm

Itu saja utk hari Khamis malam Jumaat ni....

Hati Masih Gundah Gulana

Orang lain punya kelemahan, kami yang kena tanggung...aduhai bankcapbulanlima, kenapa korang teruk sangat? Kenapa lembap sangattt??? Ko nak kena aku bakar ke? Tensennnnn separuh mati!!!

Macam mana nak hilangkan gundah gulana hati ni? Nk shoping duit dh kena telan bankcapbulanlima..huhu.
Bagaimanapun aku mengharapkan hikmah disebalik yg berlaku...

Otak aku dah jadi lemau...meh layan gambar je la...


Nasi ayam tak sedap sungguh


Haiiiii....


Saya lagiiiiii


Ah, malas nak layan mama saya la!


Abang layan games


Bersungguh-sungguh


Kakak, sopan sikit...


Hmmm, kakak...kan dh jatuh!
 
Nasi lemak aku makan pagi Rabu


Wednesday, March 30, 2011

al-Fatihah

Perkhabaran dari kampung, pok ngoh meninggal pukul 3 petang tadi...innalillah...semoga roh beliau dicucuri rahmat...aminnn...
Dari Dia kita datang sudahnya kepada Dia kita kembali.

Kepala Harimau Punya Pasal

Baru semalam aku buat n3 pasal MARAH, malamnya tak semena2 aku jadi PEMARAH. Malam aku malam tadi lebih kepada geram, cuak, risau dan sebagainya yang membolehkan aku tak lalu makan (nasib baik kejadian tersebut selepas aku dah makan).

Alkisahnya malam td MrCho nak cash deposit duit gaji kami berdua ke dalam akaun BANKCAPBULANLIMA aku. Duit gaji kami dari akaun bank lain, keluarkan semua then masukkan ke akaun BULANLIMA aku tuh…Tujuannya biarlah rahsia. Adalah sebabnya kenapa berlakunya perpindahan tersebut, bukan suka2 keluarkan dari akaun sana, masukkan ke akaun sini.

Bila dah campur duit gaji kami berdua, so, jumlahnya dah menjadi ribu la(org lain x heran pun)…Duit tu kami nak gunakan untuk bayar segala hutang-piutang dan juga belanja harian…
Urusan semua tu MrCho yang buat aku ngan anak3 dlm kete. Dalam 15 minit macam tu dia datang ke kete, ambik hp patah balik ke bank…aku dah cuak, mesti ada problem…lama gak dia mundar mandir sambil menelefon tuh…bila dia dtg aku terus tya, katanya, “bankbulanlima ni memang suka myusahkan org, dr dulu abg memang tak suka bankbulanlima ni…bla..bla..bla….” (sambil marah).

Dipendekkan cerita, rupa2nya masa dia masukkan duit dalam mesin ATM tu, dah masuk duit, mesin hang, terus keluar kt skrin OUT OF SERVICE…..WE’RE SORRY….huhu gigil kepala lutut member..dh call customer service buat report, ktanya kena tunggu 5 hgga 7 hari baru duit akan dikreditkan ke akaun aku….haaaaaa?????? Nk stop kat sini sajalah, jantung dh berdegup kencang ni, kang x pasal2 balik ptg kang aku pakat ngan MrCho g bakar bankcapbulanlima kat tempat aku tuh!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Penyeri Hidup Aku

Memperkenalkan 3 insan yang mengindahkan hidup aku(kami) hari2...Putera dan puteri2 yg buat aku ketawa, geram, menangis....huhu


Abang - Airil Najmi Cho

Kakak - Aimy Nur Hanna Cho


Adik - Aimy Nur Qaireen Cho
3orang budak nakal nilah yang menjadikan rumah aku macam pasar....bingittttt....hohoho, sorii jiran2 kalau pepagi dah terganggu dengar suara budak nangis dan suara mak budak terjerit2...hehe

Nota kaki: Sayang anak3 mama ni, walaupun macam2 perangai tapi sukerrr...

Anda Rasa Nak Marah Takkk??

Setiap orang mesti tak suka apabila kena marah, kan? Lebih2 lagi kalau kesalahan yang dilakukan itu sangat kecil, walhal tak perlu marah pun tapi pihak kedua ni nak juga marah untuk puaskan hatinya, mungkin…

Mengapa orang suka marah-marah? Siapa yang bermasalah? Orang yang marah atau orang yang kena marah sebenarnya bermasalah? Haaa, hambekk, byk benar tanda soalnya…..

Aku, kalau betul aku buat salah, aku boleh terima orang marah aku, hamun aku tapi aku pantanggggg sungguh kalau aku kena marah berpunca dari kelalaian si pemarah sendiri atau orang lain punya hal tapi aku pulak yang kena marah….sungguh tak bertamadun di situ….

Ni aku jumpa masa goggle…dari siapa dah lupa, izin share ya….

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah. Antara langkah yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan marah ialah:
a) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dunia akan menjadi aman jika semua makhluk begitu.

Eh, u tak pernah marah ke? Takkkk, haku pun ada perasaan nak marah & marah orang tapi aku marah bertempat dan beradab la….jaga juga air muka orang yang nak kena marah tu…kalau aku marah orang tu biasanya aku akan maki hamun orang tu dalam hati je, selebihnya aku menangis je….huhuhu…(patut la Hanna suka menangis, ngikut mama dia rupernya). Ada juga aku lepaskan kemarahan tu dgn cerita pada orang lain, macam ni tak elokkan? Tapi aku insan biasa….huhuhuhu….

Ok, cukup dulu untuk renungan hari ini…ada peluang aku muncul lagi untuk n3 seterusnya hari ni…

Monday, March 28, 2011

Kalau Gelap Ada Hantu

Pada sabtu malam hari tu, kan kena off lampu pada 8.30 – 9.30. so, aku cakap pada Najmi pukul 8.30 nanti kita kena tutup lampu.
Aku: Abang, 8.30 nanti kita tutup lampu, eh, 1 jam je…
Najmi: Ok..

Tepat 8.30.
Aku: Abang dah 8.30 ni…mama tutup lampu, ya…
Najmi: Kenapa dah nak tutup lampu, mama? Kita nak tidur dah ke? Papa belum balik ni..
Aku: Belum, kan malam ni EARTH HOUR, kita kena tutup lampu kejap je…
Najmi: Kejap abang tengok kat luar. Eh, dah malam, gelap la mama, mana boleh tutup lampu, nanti Adik Eyin nangis takut ada hantu…tak payah tutup lampu la, mama…

hehe, maka tak menyahut seruan la aku malam tu…niat ada tapi budak kecik belum memahami…Tahun2 sebelum ni aku ada buat, yaaa

Friday, March 25, 2011

Nak Beli Botol Susu Branded!

Sana sini mak2 bercakap pasal botol susu BPA free. Aku pun kalut gak la duk mengoogle pasal nih...Tiga2 anak aku masih guna botol susu (apa punya mak nih!), setiap seorang mesti ada sekurang2nya dua botol susu....huhu...ada suggestion tak botol susu apa yang BPA free ni yg murah2??? ekekeke, maklum la pendapatan tak seberapa, tak boleh beli botol susu mahal & branded! Sejak isu ni keluar, macam2 brand aku dengar, dan mula la sekeliling aku mewarwarkan nak beli botol yg macam mana utk anak masing2...aku? Tak mao layan benda2 macam tu..hehe (i tak mampu macam dia org).
Tingggg....ni la masanya nak ajar abang tak guna botol susu time minum susu!
Abang - abang dah nak masuk 4 tahun, minum susu guna cawan, ek...nanti nak g skul tak kan nak bawa botol susu kot! Nanti mama papa beli botol air yg ada gambar MC QUEEN, ya..CikNoli pun boleh beli gak!

Kenapa tetiba perut rasa sakit nih? Lunch tadi makan nasi ngan supsayurdanikankembungbakar je pon! huhu...ke sebab bendalah yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ni......

masih sedap!!!

Super Ring!!!! 30 sen sajork!
Itu saja, tak ada penutup.....bye....

Thursday, March 24, 2011

Pagi yang Kelam Kabutssss

Pagi tadi terlewat bangun, aduss, jadi la pagi ni sebagai hari kelam kabutssss sepagi…huhu! Malang pulak semua beg anak3 ke rumah pengasuh aku tak siap kan malam tadi kerana tersangat penat. Terkejar2 semua…
Masa nak tido aku dah set jam 6.00, tapi pagi td aku terjaga 10 minit sblm jam bunyik, alahai aku sambung pejam mata  dannnnnnnnnn tuuu diaaaaaa, buka2 mata, capai henpon tengok2 alamakkkssss, dah 6.40, zuppp bangun dan terjadilah kejadian kelam kabutsss itu (bukan pengalaman pertama..ahaksss). MrCho mmg xleh harap sbgai jam aku…huhu

Wednesday, March 23, 2011

Tak ada tajuk

Ntah zaman bila aku dapat 1 emel, sangat menyentuh hati. Dah lama simpan. E-mel ni kazen aku yg forward...jom kongsi bersama-sama.

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?
Kisah segelas susu yang penuh pengajaran
Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.

-Dr Howard Kelly-
—————————————

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini?


P/S: Buat baik, sudah tentu akan dibalas dengan kebaikan juga!

Soriii sayang

Pagi tadi masa hantar anak3 ke rumah pengasuh, masa nak tutup pintu kereta, tersepit kaki lil Eyin, aduhhh menangis si tembum tu…rasa bersalahnya sbb cuai (gara2 nk elak air tepi jalan) tapi bukanlah tersepit kuat, terkena kaki masa nak tutup pintu kereta. Oleh sbb lil Eyin ni ala2 manja, so dia menangis sungguh2 sampai meleleh2 air mata. Buat aku rasa bersalah plak! …Sori sayang, mama tak sengaja…huhuhu


Tengah hari ni rasa nak layan ni..layannnnnn
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -
                                                            -

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

                                                            - ANUAR ZAIN -

Tuesday, March 22, 2011

Terlupa

Eh, terlupa plak i ada blog rupanya.
Mula2 berkobar-kobar, lepas beberapa N3, huhu dah tak ada masa…..
Tapi tak apa, kata orang bermula daripada sedikit, lama2 jadi bukit.

Masa ada peluang & masa menulis, idea pula tak ada. Nak tulis apa ntah, byk peristiwa dah basi. Lagipun beberapa minggu ni melepak kat rumah sesaja! Layan anak2. Cakap pasal anak2, ni satu faktor peluang nak menulis blog terbantut. Asal buka laptop je, ada saja yg kacau. Abang nak main games car, kakak nak tengok Agent Oso la, Mickey Mouse la, padahal kat astro pun ada tapiii nak juga tengok kat laptop. Last2 mamanya terpaksa layan kartun kat astro…nasibbb..rasanya semua mak zaman sekarang mcm ni. Anak IT, mak terpaksa mengalah! Kadang2 terpaksa sorok laptop sbb asyik berebut je abang ngan kakak, i tak tahan sungguh.
Semua orang tahu baik buruknya benda ni pada kanak2, so malas nk tulis……

P/S: Sedang merancang sesuatu. Harap2 berjaya!

~~~ PEACE ~~~~

Klik Me

Klik! Klik!