Thursday, May 31, 2012

Penat Jer Datang Jauh-jauh, Hasilnya Kecewa

Malam tadi melayan tekak MrCho yang nak makan chinese food. Jadinya terus ke shah alam, mengulang ke Restoran Mukmin. Dah lama jugak la tak ke sana, tengok macam tak ada orang je...dulu ramai je...



Menu's

Apa pun kita ngoder makan dulu ek...aku reti order tembikai susu je, lain2 MrCho yang pilih - lala lak chi, ketam kam heong, baby kailan seafood dan sup apa nama tah...Meh kita tengok koleksi makanannya...ahakahak...

 Sup tak tahu nama. Tersedap antara menu yang diorder! Eh, betul ke sup, tak ada rupa sup pon! Tapi memang sedap la. 

Ketam kam heong..rasa macam ketam kari. Tak berapa nak sedap, isi pun kurang tapi harga sampai RM22. Ni yang small. Hari tu aku makan ketam masak lemak cili padi kat area ofis aku ni baru RM6 sekor, isi penuh lagi...

 Baby kailan seafood. Ni pun ok, sedap jugak walaupun seafood dia tak berapa nak fresh...

Lala. Makanan feberet. Malangnya, ni paling tak sedap malam tadi. Rasa nak termuntah rasa dia..macam hanyir ke apa ntah..last2 MrCho pun tak makan, tinggal macam tu je...

Keseluruhan misi makan malam tadi menghampakan...kami pulang dengan rasa kecewa...

Satu lagi kejadian, kat luar kedai ada lori kecik jual berger. Aku tengok ramai je orang menunggu nak beli berger. Siap ada kerusi untuk duduk menunggu lagi. Kita orang pon syak berger tu sedap la kot, sebab ramai orang mengorder. Aku suruh MrCho order juga, tapau, memalam sikit boleh makan. Sementara makanan belum sampai, MrCho pon order la dua ketul berger dengan harapan dah siap makan berger pun siap.

Siap letak kerusi untuk orang menunggu

Bila dah siap makan, MrCho tanya berger dah siap belum, boleh orang tu tanya dah order ke belum? MrCho kata dia order dah lama. Rupa2nya orang tu belum buat pun lagi sebab masa MrCho order dia tak tulis kat buku order dia tu. Suruh MrCho tunggu kejap. Huh, bertuah la kalau member nak tunggu. Tengok, asyik buat untuk orang lain je..apalagi, berangin la member, terus ajak aku balik...

Sudahnya, aku yang kempunan berger tu...

Friday, May 25, 2012

Dua Hero dalam Hatiku



Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Thursday, May 24, 2012

Jalan-jalan Cari Makan, Jumpa Tempat Makan

Cerita lama ni. Cerita baru tadak, cerita lama pun bolehhh laaa...

Hari tu, bulan lepas kot, pusing2 kat area puchong je laaa, terserempak dengan satu lokasi makan yang agak happening jugak la...banyak gerai2, macam2 ada...ikan bakar ada, asam pedas ada, goreng2 ada, sup, tomyam semua ada dan yang paling special ada burger bakar. Femes siot burger bakar ni. Kalau nak info pasal burger bakar ni uolls gugel la ya. Taip je burger bakar lokas makana, berderet orang buat laporan pasal burger bakar ni...

Burger bakar ni aku belum rasa lagi tapi memang tengah hot la sekarang. Nak order pun ko kena ambik nombor macam kat bank. Demi burger sebijik tunggu dua jam, tak kuasa la aku!

Meriah la tempat tu, siap ada tempat budak2 main lagi. Nak masuk tempat kanak2 tu kena bayar RM5 kot kalau tak silap. Sambil mak2 ayah2 makan, anak boleh main2 kat dalam tu. Pastu ada orang nyanyi2 jugak. Tapi bukan penyanyi top la yang menghibur. Yang ni aku rasa tak perlu ada pun sebab takkk beshhhhhh telinga aku dengar!

Dah dua kali la aku pergi. Kali pertama tu belum mesra lagi dengan tempat tu, lagipun awal lagi so makan nasi putih ngan asam pedas. Sedap!
Pastu pergi kali kedua tu aku order makanan sama sebab nak order lain macam ramai je orang beratur. Malang, rasanya kureng la pulok. Dan kali kedua macam hiruk pikuk sikit sebab dah lewat kot, orang pun makin ramai. Pelik, makin lewat malam, makin ramai...sebab esoknya cuti kot, tu orang keluar malam2..

Baru lagi kot tempat ni, belum siap sepenuhnya kot! Eh, lupa nak perkenal nama plak.. ha nama tempat ni LOKAS MAKANA. Lokasi dia Puchong Utama, dekat2 car4 puchong tuh. Apa maksud lokas makana aku tak tahu, sama ada lekas makan atau lokasi makanan. Sengaja gugurkan 'i' dan 'n' gamaknya.

Tak berapa nak nampak la plak, silau lampu. Dari jauh dah bole nampak LOKAS MAKANA tu. Yang nampak cam kepala zirafah tu, tu lah tempat untuk kanak2 tu.

Bagi aku tempat ni ok kalau pergi dengan orang2 dewasa. Tapi kalau bawa anak kecik berbondong macam aku ni, tak sesuai lah. Bising satu, pastu anak2 aku jenis tak boleh duduk setempat lama sikit, mula la nak turun kerusi la, nak lari la. Dah orang ramai pulak, so tak sesuai...

Ni masa 1st time aku terjumpa tempat ni. Seb baik dua orang je, sorang lagi tak ada, ikut tok ma balik kampung, kalau tak lagi haru aku...

 Mula2 ok lagi dapat makan otak2..

 Dah start cuit2 adik. Makanan tak sampai2 lagi..


 Abang dah start buat perangai, turun kerusi kacau adik

Adik pon start nak turun kerusi juga... 

 Haaa, sudahnya meh la kita nanges sebab mama tak layan keinginan!

Sori la ya, gambar sekitar tempat tu tak ada plak, sibuk mengambil gambar anak jekkk..Sebenarnya aku malu la nak snap2 gambar keliling, kang orang ingat aku reporter plak kang! Tapi boleh la jadi bukti nak tunjuk ramai orang serbu kat situ.

Kali kedua datang lupa nak tangkap gambar sebab dah lewat malam pastu penat...

Monday, May 21, 2012

Doa untuk Anak

Abang exam hari ni. Bahasa Cina dan Matematik.

Aku yang berdebar lebih.

posted from Bloggeroid

Juara!!!!

Final konsert mania. Memang aku dok tunggu sebab dh beberapa minggu tengok. Tengok pon sebab ada budak rambut gerbang...hehhehheh, hafiz awan nano nanoo nanooo ler...

Tetapiiiiii, rupa2nya stadium sebelah ada bola. KELANTAN vs Sime Darby. Hohoho, kecelaruan fikiran nak tengok mana niii...bola setart dulu. Tengok bola dulu. Hmmmm, kalu dah tengok bola dengan limpahan kemerahan tu, ulangan je la aku tengok mania. Dalam hati moga2 hafiz menang, jgn la jac jerit tuh!

Ibarat makan nasi, belum kenyang dah kena stop, cuci tangan. Tension kan? Gitu la aku, lg 20 minit nk habis, kena g hntr adik aku plak. Balik rumah, semua dah habis...

Buka fb, segala info ada....yeaayyyyyyy KELANTAN JUARA!! yeayyyyyyyyy lagi, HAFIZ JUARA!!!!
Tido sambil senyum......

posted from Bloggeroid

Friday, May 18, 2012

Wah, tajuk! Macam nak mintak lempang je...ahaha...Kalo ko artis tak pe la jugak, kan. Semua orang nak kisah ko makan apa, mandi berapa kali, bangun tido kul berapa. Kalau setakat aku ni, sapa nak kisah???
Tapi ada aku kesahhh??? Takkkk, aku tak kesah, aku nak tunjuk gak apa aku makan malam tadi....gagagga..

Malam tadi tahap makan aku sangat luar biasa. Tu yang nak buat entri tu...dah la tengah hari aku makan sampai rasa macam nak meletop perut aku kekenyangan. Malam pulak aku bantai laksa ngan foldover mcdonal! Eh, sambil2 makan laksa tu aku curi2 sup dan ayam dalam mi sup MrCho jugak, sambil2 tu jugak aku ngap2 fries kenit2 tu jugak! MasyaAllah, pemakanan jenis apakah aku ni?

Pagi ni baru rasa menyesal bila bangun pagi, rasa macam berat je badan aku ni, terus salahkan makanan aku malam tadi! So, pagi ni marilah kita bekpes dengan nescafe je...

Alang2 aku dah ambik gambar, aku boh la kat sini, ek. Tak la nampak sepi sangat.

 Cili yang terapung dgn biji dalam laksa tu aku sendiri tambah!

Rasa?? Ermmm, bole la..bole la...

Wednesday, May 16, 2012

1, 2, 3...& A, B, C...Semuanya Kernamu

Aku suka bulan Mei. Setiap tahun, bulan Mei yang aku tunggu-tunggu, sebab bulan Mei ada tiga peristiwa yang perlu aku ingat:
1      Besday aku
2      Hari Ibu
3      Hari Guru (walaupun aku bukan guru, tapi ingatan sepanjang masa untuk guru yang pernah mendidik aku)

Sumber gugel...tq!

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.
Masa mencemburui aku untuk tulis banyak2. So aku refer entry tahun lepas lerrr, nak cerita semula pun itu ler jugak.
Kalau korang terasa nak baca, KLIK LA SINIIII.

Aku ada banyak keje menunggu ni...bye...

Klik Me

Klik! Klik!