Showing posts with label e-mel. Show all posts
Showing posts with label e-mel. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Senyum Pagi Isnin

Tak tahu nak update apa?
Meh la kita senyum....semoga isnin kita tak blues....

Minggu ni empat hari je keje, kan, pastu isnin depan cuti juga kannn???...so, marilah kita senyum..











Bole hilangkan mengantuksss juga ni...

Gambar: dari e-mel

Tuesday, April 10, 2012

Menaip Entri Sambil Sorok-sorok~~~

Pagi tadi terjaga pukul 6, tapi macam arrrggggghhhh, malasssssnyeeeee nak bangun! Pejam mata kejap, buka balik, tengok jam 6.05, pejam balik, buka tengok jam, 6.10...ahhh, tak leh jadi kena bangun! Anak nak sekolah, suami nak kerja. Aku lambat, semua lambat nanti....hehhehheh...teringat plak esok cuti pertabalan agong..yeayyyyy!!

Bila dah settle, siap semua, turun bawah...laaaa hujan rupanya. Patut la tadi macam malas je bangun...hehehe..

Terima kasih, gugel

Dah sampai ofis, buka e-mel, dapat satu e-mel ni. Bagus untuk dibaca, so aku syer ngan kamu semua, ya..terima kasih kepada pemilik e-mel ni...


Ini adalah sedutan daripada ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM yang bertajuk, "Dahsyatnya Doa Seorang Ibu".  

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah. Bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik


Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

Setitik air mata ibu jatuh,
10 kebajikan anak hilang,  so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka:
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø       Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Ø       Anak
Ø       Ibu
Ø       Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita  di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil
  "wasilah amal"
Ø        "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan     jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø       Tapi kalau sedekah RM1 takkan nak tuntut

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah
Ø       "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø       "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

Barang siapa yang
 tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka  walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup
 dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
Doa orang yang mati makbul  untuk orang yang masih hidup
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan"  atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.."  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini"  Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu,
takkan miskin  orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk
  kita dapatkan pahala!

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku".  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia
sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

 
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø       Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø       Symptom dah terkena saka
          -Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
          -Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
          -Susah nak dapat anak, senang gugur
          -Ada rasa kelibat orang lalu
          -Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam     kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø       Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad." 1000x sehari
 
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
 
Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil
  ROH ANAK
Ø       Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.





Thursday, December 29, 2011

Tempat untuk Countdown Paling Happening

Mesti ada dalam kalangan korang yang tengah merancang mana nak countdown New Year tahun 2012, kan? Asyik2 Dataran Merdeka, asyik2 depan sunway piramid, asyik2 klcc, asyik2 putrajaya, asyik2 bukit bintang...kan??

Apa kata tahun ni kita ubah tempat plak? Uolls la, i tak. Countdown depan jam dinding umah je la setiap tahun pon!
Kalau ajak MrCho mesti jawapan dia ah, tak kohser nak redah jem semata-mata nak tengok bunga api...dok umah diam2 layan tenet lagi best! itu kata dia yang kena bawa kereta, aku selaku penumpang suka je sesak2 dalam jem...muahahaha, dulu la, masa belum ada anak...

Kalau tak silap aku pernah 2 kali dia bawa aku g tengok bunga api kat sunway piramid masa new year, ke masa merdeka, lupa dah...Itu duluuuuuuu, sekarang aku pon malas rasanya nak angkut anak berderet!

Eh, kalau tak silap aku dia kata sabtu ni dia ada company dinner. Itu malam new year tu. Eh, kohser plak dia nak pergi redah jem tu.....????

Sebenarnya aku nak beritahu korang ni, haaa...kalau korang tak tahu nak countdown kat mana malam minggu nanti baik korang pergi countdown kat sini, gerenti puas hati...serius ni weyyyy....


Selamat bercountdown ya, korang! Sob!sob! aku konpem tak dapat join korang....

Wednesday, July 6, 2011

B.A.B.I Lagiiii....

Sekarang ni tak tahu apa dah yang diyakini boleh makan, selain masak sendiri kat rumah. Masak sendiri pun bahan2 yang digunakan belum tentu 100% halal. Pagi tadi dapat emel pasal produk ni yang dikatakan ada DNA babi. Hishhh, menatang niii, bila nak pupus tah, menyusahkan orang saja!


Nasib baik tak pernah guna brand ni, tapi aku perasan banyak je jual kt pasaraya2.

Apa yang sedap sangat menatang tu (read: babi) tak tahu la....hohoho...

MIL aku yang cina tu pun tak makan menatang ni, busuk dan gatal2 katanya...hahaha...menatang ni memang haram masuk rumah dia...kahkahkah...goodddd my MIL...

Kalau korang nak tahu lanjut tentang ni korang baca sini, ya...

Tulis n3 pepagi tak ada apa aku nak bebel...hehe, kalau sempat aku bebel lagi ptg nanti, kalau tak sempat korang tunggu la sampai isnin baru aku buat stori baru...ekekeke....bye...

Eh, belum! Ada lagi nak cakap sikit ni, semalam ramai yg tanya (korang tolong la jgn percaya, ya...aku saja je ferasan fofular), kenapa semalam tak ada n3? Haaa, semalam aku tak larat sungguh2 sbb aku puasa. Sebelum ni ok je, nape tah semalam nak angkat tangan pun tak larat....emmm, dah la, bye...

Thursday, June 30, 2011

Aku Sibuk, Aku Tak Dapat Update Banyak2...

Hari ni agak sibuk...beberapa kerja perlu dibereskan...

Tapi aku tak mahu kerana kesibukan, belog aku sepi...so aku copy paste emel dari Islam itu Indah. Bagus untuk dibaca, sebagai motivasi dalam kehidupan seharian, juga sebagai panduan kepada yang sudah atau bakal mendirikan rumah tangga...

Islam Itu Indah


Posted: 29 Jun 2011 02:46 AM PDT
INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.

Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.
Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.
Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.
Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.

Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.
Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.
Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.

Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.

Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.

Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.

Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.
Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.
Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran.

Nota kaki aku: Yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan...

Wednesday, March 23, 2011

Tak ada tajuk

Ntah zaman bila aku dapat 1 emel, sangat menyentuh hati. Dah lama simpan. E-mel ni kazen aku yg forward...jom kongsi bersama-sama.

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?
Kisah segelas susu yang penuh pengajaran
Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”

-Dr Howard Kelly-
—————————————

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini?


P/S: Buat baik, sudah tentu akan dibalas dengan kebaikan juga!

Klik Me

Klik! Klik!