Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Masak

Semalam tak pergi pasar ramadan. Lepas ambik diaorg, terus balik rumah. Sebelum naik atas menyinggah kedai runcit dulu. Beli telur. Kat rumah ada ayam semata.

Masuk rumah, terus buka peti ais keluarkan ayam. Keras kejung! xpe, rendam air kejap, boleh lerai la ayam2 tu.

Maka hasilnya adalah ni..............


Ayam goreng dan telur goreng kicap untuk anak3 dan papa, ayam goreng berlada untuk orang dewasa. Tapi sudahnya aku sorang je makan. MrCho balik kerja bawa dua ketul ikan tilapia (kot!) bakar. Kuih-muih tak perlu. Aku buka puasa minum air terus makan nasi. Tapi kalau kat kampung lain plak sistemnya. Buka puasa minum air, makan kuih-muih. Nasi lepas terawih kalau pergi. Kalau tak lepas isyak.

Ni pulak.............

Asal masuk rumah je buka peti. "Dikkkkkk, tutup peti tuuuu........". "Na nakkkkkkkkkkk". Hmmm, kalau dia dah sebut nanakkk tu, suruh la berapa kali pun dia akan nanakkk...Sasaran baru, jus oren. Sedap gamaknya, habis comot2 mulut duk jilat2 jus tu. Masam sebenarnya, tapi selamba je dia colet dengan jari dalam botol tu, pastu masuk mulut...suruh tutup peti nanakkk, last2 aku biarkan saja. Janji dia tak g bergaduh dengan abang, kakak dia dah. Aku pun boleh masak dengan tenang....lebam tepi bibir tu tak hilang2 lagi terantuk meja hari tu...


Monday, February 20, 2012

From Mrhtc

Dua minggu lepas punya menu rasanya ni...
Belek2 Mrhtc ada gambar ni...so transfer ke sini untuk tatapan mata..ahahaha...

                                                                    sayur campur....

                                                                          Ulam raja

 ikan kembong goreng kegemaran kenit3 dan mak kenit3, bapa tak berapa layan...

                                             Sup timun tua dan buahnya...untuk papa....

Gambar bawah bukan kategori menu...ahakhakhak...

                                                            Kakak yang ala2 princess....

Memancing... 

Tersangat mengantuk, makan pon tak dan habis....

Tuesday, February 7, 2012

Hari Terakhir Cuti...Mari Kita Masak-masak~~~

Hoho, nasib baik hari dah last cuti! Pengsan haku dikerjakan 3 kenit ni...apa pun maintain...
MrCho kerja jadinya aktiviti aku kat rumah je la, melayan anak3 sambil memikirkan permintaan tekak.

Pepagi buka peti ais sambil plan apa nak bikin today...keluarkan ikan, ayam, sayur. Semalam macam nak buat siakap 3 rasa dengan puding roti. Check bahan semua ada, so on tapi tu projek petang2 sikit. Puding roti untuk makan petang, siakap untuk makan malam. Sekarang fikir untuk 3 kenit...hehehe, semalam ayam goreng, hari ni ayam kicap la pulak...oh ya, ada lala! Toinggg, buat masak lemak cili api best gak ni...

Sebelum operasi cef bermula, siapkan kenit3 dulu. Mandi, breakfast. Jamu je kek batik semalam. Semua makan tak ada bunyik! Settle hal kenit3. Operasi jemur baju, cuci baju, settle...

Petang memujuk abang siapkan kerja sekolah. Sejak cuti sabtu hari tu, beg sekolah pon tak buka. Hari ni kena settle kerja sekolah. Malam nanti, papa dia balik banyak plak entertaimentnya, bercinta ler nak siapkan kerja sekolah nanti...dari pagi duk tanya psp. Tak sabar tunggu papanya balik nak psp. MrCho bawa nak pergi install software apa ntah!



Siapkan kerja sekolah dengan muka tak berapa nak redo! 


Kakak plak asal abang buat kerja sekolah, dia pon kelam kelibut cari buku ngan pensel nak siapkan kerja sekolah jugak! Harap2 rajin macam ni juga bila dah sekolah nanti...

Sekarang meh la pulak kita layan hasil yang aku duk gebang kat atas tu...ni baru best nak layan...ekekeke...

                                Puding roti krup..krup...abang siap request nak bawa g skolah esok...

Siakap 3 rasa...T________T. Pestaim buat! 


 Sawi ikan masin...kailan tak ada, sawi pun jadi...

Lala masak lemak cili api....pedas siot!

Haihhh, si princess nombor 2 ajak tido la plak..tarik2 tangan ni..stop sini la dulu...

Monday, February 6, 2012

Kek Batik~~~~Misi Menclearkan Gobok

Cuti, so aku tak tahu nak bikin apa. MrCho keje, esok pun keje...:-( Anak3 asyik cakap nak makan kek. Semalam beli 3 ketul, licin diaorg makan seketul sorang.

Hari ni sambil2 menclearkan peti ais, kabinet semua aku dapat bahan2 buat kek batik. Boleh la, senang lagipun. Elok je dua princess tu tido aku pun mulakan misi...hehehe



 Bahan-bahan yang aku guna untuk buat kek batik


 Model kek batik. Asyik la dok tanya bila nak buat kek, bila nak buat kek...


Siap, tapi belum boleh makan. Kasi sejuk&keras dulu dalam peti sejuk!

Kejap2 buka peti abang nih, nak tengok dah boleh makan ke belum. Sabar anak, kejap lagi...pastu siap cakap ngan aku, abang mana boleh makan sejuk2 mama, nanti abang batuk...nak tergelak aku. Abes, abang duk minum vitagen sejuk, minum milo ais tu, apa cerita plak! kahkahkah...

Dalam peti ais ada lagi roti, dah expired semalam. tapi dah aku sumbat dalam peti ais, boleh la makan. nak makan macam tu memang tak ada sapa boleh telan la, so plan esok buat puding roti...

Tuesday, November 15, 2011

Aku dan Kawan-kawan

Kawan2 aku tengah tunggu cerita ni, aku tahu..hehe..
Tapi sebab aku tengah bizi nak finalise keje aku ni, so jadinya tertangguh beberapa hari. Takpe la, belum basi...

Sabtu hari tu aku keluar jumpa bff aku. Lepak kat mekdi, lokasi dirahsiakan! kuangkuangkuang..

Sepatutnya kami berempat tapi tak jadi berempat sebab seorang demam sebab makan daging banyak sangat taim raya haji hari tu...

Kenit3 aku mana? Kenit3 semua tinggal kat rumah kebetulan adik aku datang jadinya dia jadi pengasuh kejap. Tq, cik noli, nanti aku jutawan aku v banglo sebijik!

Melepak la kami kat sana dari kul 8.45 pagi sampai kul 1 lebih..hahaha, pekerja kt mekdi yang bersihkan meja tu beberapa kali pandang meja kami tapi aku buat taktau saja...



Kami order set breakfast, sampai org dh order set lunch meja kami masih lagi ngan set breakfast! Kz belanja..hehe tq kz.

Kul 8 aku dah keluar rumah, nasib baik aku berjaya saikokan kenit3 aku yang aku nak g kerja. Percaya je diaorg. Aku ugut nak hantar rumah pengasuh, semua tak mau, nak duk rumah ngan cik noli...sekali sekala mama macam tu anak3 ya..

Sebenarnya tak cukup masa kita org hari tu, tapi aku risau juga la nak melepak lama2 sebab teringatkan kenit3 aku kat rumah tu. Kalau kat rumah pengasuh tak la risau sebab dah biasa ambik malam.

Banyak betul cerita hari tu, tu pun tak habis lagi. Isi kandungan takleh la nak cerita kat sini. P&C katanya...haha..
Tapi tu la, dah lama tak berkawan, rasa seronok plak. Sesekali dapat legakan stress. Orang laki senang, nak keluar bila2 masa je boleh, org ppuan ni susah sikit, nak pikir anak la, rumah la, itu la, ini la...haihhh...tak semua la begitu. Eh, ke aku je begitu? Aku isteri dan ibu mithali so kena la pikir semua tu sebelum berjimba2...ehem..ehemmm...


Kat luar hujan, kesejukan kami kat dalam, tapi tahannn, sampai aku tiga kali g tiolet, nasib baik toilet dekat...


 Tetiba aku blurrr, lupa apa nama bendalah makanan ni...

 Baru perasan baju korang hampir serupa..kihkihkih...

 Eh, korang lagik!

Lagiiiii korang...heh..heh..heh..

Kat bawah ni saja aku nak menepek sebab kejadian juga adalah hari sabtu selepas aku balik dari dating tu, terus masuk dapur. Dah aku kata aku isteri dan ibu mithali...

 Sup tulang - ketua menu

 Bawal kukus asam pedas untuk MrCho

Menu sampingan

Abaikan alas meja aku yang berkelaring tu, ya...belum ada duit nak beli baru...muahahaha..
Melimpah ruah ngan makanan atas meja aku...makanlah sekalian isi rumah..hehehe...

P/s:yong, inilah hasil hari sabtu masa kita ber'whatsapp' aku kata aku tgh masak tu....








Thursday, August 11, 2011

Chef in da House!!!

Tajuk tak boleh blah...hahaha...redo saja lah!!

Dah 11 hari berpuasa rupa2nya...hari tu gigih aku buat n3 puasa day 1, puasa day 2 bagai, last2 stop sebab pertama malas, kedua asyik tayang makanan yang sama, ketiga aku rasa lambat plak masa berlalu kalau hari2 kira...ngehngehngeh...

Hari ni aku cuti lagi. Maka apabila aku cuti adalah hari untuk aku masak bertungkus lumus di dapur. Jadinya hari ni aku akan tayang makanan lagi lah...tapi ini hasil air tangan aku la, dengan kerjasama Mrhtc aku maka terhidanglah gambar di bawah ni.








Aku cerita dari atas, ya...tu ialah udang perap ngan garam, kunyit dan serbuk kari. Pastu aku goreng letak cendawan butang, karot dan bawang besar...rasaaa??? tak tahu, belum rasa...muahahaha...

Gambar kedua tu asam pedas ikan kembong. itu aku seorang je makan tu, MrCho konfem tak makan. Eh, kuah je banyak tu, aku buat sekor je ikan kembong sederhana besar....

Gambar ketiga tu pula telur kukus. Haaaa, ini kategori chinese food ni. Harap2 MrCho suka la nanti. Dulu dia pernah ajar aku buat telur kukus ni tapi tak jadi. Aku pun takut nak buat takut tak jadi juga. Tadi belek2 buku resipi, jumpa resipi ni. Terus aku buat tapi versi derhaka la. Bahan tak cukup aku buh mana ada kat dapur...neves ni tunggu MrCho makan berbuka nanti...hakhakhak...

Last sekali adalah desert. kategori chinese food jugak! sagu mai nama manja dia...pun tak tahu macam mana rasanya...daun pandan takdok, jadi aroma dia kureng! belasah!!

Ada lagi aku tak snap, iaitu sup sayur ngan ikan goreng utk si bujang...

Itulah kejadian masak2 aku hari ni. Lain2 sepanjang hari ni aku melayan si bujang saja. Kain belum berlipat, malas!


Sunday, August 7, 2011

Puasa Day 6

Wah, 3 n3 aku hari ni...tamak! Ah, pedulik aku, dah aku rajin ada idea anak tak kacau maka aku memblog la...MrCho layan cinemax citer pontianak, aku tak minat....hohh!!

Puasa hari ke6 dah hari ni..
Location: Rumah

Ptg tadi aku janji nak uar2kan apa jadi pada makhluk2 dalam esbok aku...ngegeee, akhirnya lala aku masak lak chi (laaa sangat, sebenarnya nama aku bagi, tak tau sama ke tak resipi dia..hahaha), bawal goreng sos tomyam, ayam goreng bodo. Ada tambahan iaitu sayur lemak sawi+kobis. Mari kita menengok gambar makanan aku.

Bawal goreng sos tomyam
ikan bawal (aku buat separuh ikan bawal sbb besar sgt)
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia (agak2)
daun limau purut
serai
sos cili
pes tomyam
garam secukup rasa
minyak, air
tomato

Ikan bawal yg telah dilumur garam kunyit digoreng terlebih dahulu hingga garing. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah, halia cincang halus, tumis hingga naik bau. Masukkan sos cili, kacau, masukkan sedikit air. Biarkan sebentar. Masukkan daun limau purut dan serai yg telah diketuk. Masukkan pula pes tomyam, tomato. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sebentar hingga masak, kemudian tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi. siap!

Lala lak chi versi aku
lala - rendam supaya pasir2 keluar kdian cuci bersih
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - cincang halus
cili padi - potong kecik2 (ikut suka)
sos tiram
sos cili
cili boh
sos ikan
garam, gula, sedikit air

Tumis bawang, halia cili potong hingga naik bau. Masukkan cili boh, kacau sebentar.Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sekejap, masukkan garam, gula. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan lala. Balik2kan lala hingga semua lala diresapi kuah tadi. Tutup kuali sebentar. Biarkan sekejap. Tutup api. Siap!

Keseluruhan menu aku malam tadi - lala, sayur lemak sawi+kobis, ayam goreng bodo, bawal, kangkung malam semalam.

n3 ni aku taip kul 11 lebih, tapi kerana ada gangguan, jadilah ia meleret ke pukul 12 lebih, maka dikira hari lain...huhahuha...belasah!

Sepanjang 6 hari puasa ni aku asyik cerita pasal makanan je...boring, kan...korang tak boring? aku boring ni...tapi apa la sangat aku nak cerita kalau bukan pasal makan dan masak. hidup aku hari2 saat bangun pagi hingga saat lelapkan mata, itu lah saja, pergi kerja, balik kerja, singgah pasar juadah, balik masak nasi, duduk tengok tv sambil layan si bujang aku, makan...esok ulang balik benda sama..huhhh, boring!

Kang aku buat n3 ilmiah kang tak ada orang nak baca plak! muahahaha....

Esok (ahad) MrCho kena kerja...sangat tak suka! sob! Maka 3 hari aku ngan abang terkurung dalam rumah.

Saturday, August 6, 2011

Mari Kita Masak untuk Buka Pose

Aku tengah nak cari resipi untuk masak berbuka petang ni. Sebelum tu aku nak update blog dulu! ngegeeee...
Kat esbok aku ada lala, ikan bawal dan ayam. Apa aku nak bikin dgn makhluk tu, ekk????
Oh, ya! semalam MrCho balik keje, siap bawa balik lauk2 mentah tu...

Hari ni tak payah buat kuih muih, semalam punya ada lagi. Aku sorang je makan, so kita belasah saja puding karamel semalam tuh!

Pagi tadi nyaris2 terlepas sahur lagi sekali...eh, alarm Mrhtc aku tak berbunyi ke pagi tadi? Aku terjaga kul 5.26, kalut2 bangun. Maka apa je yang sempat aku buat. Mula2 ingat nak masak mee utk MrCho tapi macam tak sempat je...aku ni kalau gelabah mula tak tahu nak mula kat mana..ambik periuk, eh letak balik sebab rasa macam ambik masa plk nak masak mee, simple je padahal masak mee utk MrCho. Panaskan air, masukkan mee , biarkan hingga lembut, buang air, gaul mee dgn perencah, itu je pon...tapi sebab gelabah aku simpan balik periuk. Capai mug bancuh nescafe o utk MrCho, milo utk aku. potong 3 slices kek gulung. Itu je. Lari2 kejut MrCho..hahaha gelabah punya pasal, aku tak lalu pun makan kek gulung tu. Dan nasib baik selesai minum sebelum imsak! Ngeeee...

Eh, berbalik pada cerita asal, apa aku bikin dengan makhluk2 kat esbok aku ni? Lala tu macam nak masak lala lak chi, bawal tu aku nak masak bawal goreng sos tomyam (nama aku bagi sendiri - resipi cipta sendiri. Aku pernah buat ni, sedap gak. ayam tu aku goreng je kot, abg suka gak ayam goreng.
Itu cadangan awal, jap lagi aku nak selongkar dapur2 blogger masak, mana tahu ada resipi lain blh aku cilok! hehehe...

okay, aku chow dulu nak cari resipi...malam nnt aku uar2kan apa jadi ngan makhluk2 tu, ya....hakhakhak...

Friday, August 5, 2011

Puasa Day 5

Puasa hari ke-5
Location: Rumah

Jumaat dah hari ni, cepat sungguh. Jumaat pertama untuk ramadan tahun ini...alhamdulillah..
Hari ni aku cuti, misi habiskan sisa cuti yg masih ada beberapa hari lagi.
Maka di rumah la aku hari ngan si bujang aku ni...

Aaaaaa, sedih wooo, buka2 esbok tak ada apa pun nak masak, maksud aku ikan atau ayam. Nak keluar beli jauh plak. Nasib baik sayur semalam ada berbaki lagi - kangkung aku sengaja beli sebab aku suka kangkung buat ulam cicah sambal...sedap wooo kangkung mentah cicah sambal. Rangup2 gitu...cerita pasal kangkung ni, ada yang tak lalu makan kangkung. Aku tahu, mesti sebab lintah dalam batang kangkung, kan? Aku, kangkung ambik hujung2 bahagian pucuk je kalau buat ulam. Ishh, tak nak cerita pasal lintah dalam batang kangkung la, kang hilang satu lg nikmat makan aku!

 Gambar: Google

Lama aku termenung depan esbok, last2 nampak telur. Pikir2 sambil seru selera makan, aku rasa nak buat telur masak lemak kuning. MrCho konpem tak makan, ah, biar! Dia punya aku fikir lain. Sup sayur semalam ada lagi, boleh la dia makan ngan ikan masin dan telur padi ayam dia tu. Korang tahu telur padi ayam (nama pada pembalut telur tulis macam tu)? Aku pun tak pernah tengok sebelum ni. Kata MrCho, itu telur jeruk versi cina tapi tak masin. Ntah betul ke tak dia tu. Telur tu ada je jual kat pasaraya.

Hehe, settle pasal nak masak apa. Pastu aku dok tengok2 blog orang nampak pulak puding karamel. Macam sedap je. Datang plak idea nak buat tuh...tengok bahan semua ada...ok, on!

Tengok jam baru kul 3, awal lagi. Jadi aku apa lagi, golek2 kat sofa hingga terlelap. Terkejut bila abg kejut tunjuk bibir dia berdarah..kul 4 lebih.

Kul 5 bermulalah operasi juadah berbuka aku. Memula bikin puding karamel dulu, pastu baru la masak telur ngan goreng kangkung. Masak nasi, siapppp...simple saja juadahnya...

Bahan2 sedia ada untuk puding karamel aku - susu cair, telur, gula, esen vanila dan perisa tambahan white coffee 3 in 1

uwaaaa....inilah hasilnya. kecewa, kan? sebenarnya dah cun dah tapi masa aku nak alih ke dalam pinggang entah macam mana puding aku patah...huhuhu. walaupun hancur macam tu rasa dia tetap uummpphhh!! muahahaha....silalah percaya...

Dulu aku pernah buat sekali. Ada aku tayangkan kat sini. tapi yang tu aku letak roti. yang ni tak.

Ni plak lauk pauk simple aku - telur lemak kuning, kangkung belacan, sambal mangga semalam, sambal bilis semalam. Telur padi ayam lupa nak snap. Eh, gambar kedua atas tu bukan lauk pauk ya! itu kebab semalam ngan puding tadi & air oren. Aku seorang makan untuk berbuka. Oh, ya aku berbuka setiap hari sorang2 jek...MrCho kul 8 baru sampai rumah. Dia balik terus makan nasi.

Panjang plak cerita aku malam ni. Cukup la dulu. MrCho sorang2 tengok tv, kang dia kata aku abaikan dia plak! muahaha...pc dia dah kena konker si bujang kami!

Korang dah settle ke baju raya semua? Aku belum lagi. Ahad ni MrCho kerja pulak. Nangisss...

Thursday, July 14, 2011

Phistachio Cookies

Malam tadi tengok dibo ngan abang...katun ni aku layan gak la sbb ada masak2 mcm buat cookies, muffin, kek dsbnya...best plak, comel jerrr...jadinya malam tadi watak annie dlm dibo tu buat cookies, nmpk cantik dan sedap...
Tiba2 abang cakap, "mama, buat la biskut mcm dibo tu buat, abang nak makan..." hehe
Aku pun utk tak hampakan permintaan anak bujang, terus check bahan2 nak buat cookies. Sebenarnya sebelum ni pun aku ada rasa nak buat cookies tp sebab puasa memalam dh penat, aku pun biar je la dulu...
Bila abang dh request, aku pun on kan projek cookies. Bahan asas semua ada kecuali chocolate cips ngan hazelnut tak ada...
Hahaha, korang tahu apa aku letak? Haha, ada balen phistachio, betul ke eja ntah, aku kopek, panggang dlm microwave, ketuk2 masuk dlm adunan...lazatttt, korang cuba la...muahahaha...resipi asal nama dia chocolate cips cookies, tapi aku tukar phistachio cookies...muahaha. Resipi asal aku lupa dh drp sapa, rasanya aku dpt dr kongsi resipi...hahaha, ni la dia...

Sebelum masuk oven

Sedang di bakar...

Sejurus keluar dari oven...

Ni ler resipinya...aku malas nak taip kat sini....

Tu resipi asal, yang aku buat dah mengalami penderhakaan. Oh, ya cookies aku ni macam keras sikit mungkin sebab tebal sgt kot...ataupun.....tak tahu la aku, semua sukatan aku ikut yg dia bagi, kecuali gula aku kurangkan sikit takut manis sgt....aku bakar pun 30 minit, 15 minit, cookies aku tak masak...
Ada lg resipi cookies drp org lain plak. Nanti aku cuba mana lebih ummpphhhh! Haippp, yg kat atas tu pun sedap juga tauu, cuma keras sikitttt jerrr...hahaha...

posted from Bloggeroid

Monday, May 23, 2011

Kek Selepas Hujan

Petang semalam, kala aku duduk2 melepaskan lelah tetiba abang aka anak bujang aku tanya.
  
    Mama, hari ni tak buat kek, ke?
   Abang nak makan kek, ke?
   Nakkkk....

Maka aku tak sampai hati nak menghampakan permintaan kanak2 susah makan ni, lalu bergegas la ke dapur...dan ini la hasilnya....(sila jangan gelak, walaupun buruk tapi rasanya, korang tak rasa, mana korang tahu....muahahaha..)

                                                   kahkahkah...ni ler rhuper kek selepas hujan


Haaaa....korang tengok, pemakannya...sampai pejam2 mata menikmati keenakannya....

Sila abaikan jejaka sheksi tersebut, dia tiada kena mengena dengan cerita kek di atas....

Dannn, tukang request kek, tertidur hingga pagi selepas makan sepotong kek...

Klik Me

Klik! Klik!