Manusia yang dikurniakan akal fikir yang panjang, bijak pandai, cendekiawan, intelektual tapi kadang kala tergelincir juga menjadi manusia stupidwan. Normallah tu kan...selaku manusia, kita tiada yang sempurna. Ok titik di situ. Terima kenyataan setiap orang pasti melakukan kesilapan.
Tapi kan, apa pula perasaan anda kalau anda merupakan mangsa kepada kesilapan orang lain? Maafkan/biarkan saja sebab manusia tiada yang sempurna. Takkkk kan??? Bila anda terkena, paling kurang anda akan berasa hendak marah. Paling tidak pon anda akan menyumpah2...lagi berani anda akan membalas balik perbuatannya...sebagai manusia biasa juga, boleh ke kita sesenang lupakan perbuatan orang? Mungkin pada orang yang berbuat tu fikir tak ada apa, tapi yang kena buat tu terkesan seumur hidup! Ni aku bagi contoh la...bak kata orang luka dah sembuh tapi parut tetap ada...
Aku tengah gerammmm ni, tapi aku nak biarkan saja...lama2 insyaAllah aku lupa...hehehe..al-maklum la manusia tidak lepas dari kesilapan tanpa disengajakan...aku syak orang tu xcited melampau sampai terlupa tentang sensitiviti orang lain. Aku mangsa yang reda!
Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Showing posts with label Marah. Show all posts
Showing posts with label Marah. Show all posts
Wednesday, April 4, 2012
Friday, December 16, 2011
Pagi-pagi Dah Naik Darah Aku!
Pagi-pagi sampai ofis terus hati mendidih. Hal-hal ofis ni
macam tak syok plak cerita kat sini tapi kalau dah hati tak boleh tahan, cerita
je la…
Selalunya aku suka monolog dalaman je kalau tak puas hati,
nak marah ke apa, sejam dua lepas tu lega la….eh, kenapa hari ni lambat plak
nak lega ni….
Sumber: gugel
Dia ni sorang selalu je mengundang marah aku dan orang lain
juga. Bukan aku sorang la, ramai staff lain pun tak suka dia. Bukan setakat tak
suka malah tak bertegur sapa pun dengan dia ni. Makhluk selfish macam tu la.
Aku je terbangang-bangang nak baik-baik dengan dia ni. Apa faedah pun aku
tatau! Macam nak isytihar perang je ni…
Puncanya ofis lambat buka je. Dia terpaksa menunggu dalam
kereta. Lama katanya. Sapa suruh ko lepas subuh terus datang ofis? Dah ofis
buka 8.30 datang la kul 8 ke, 8.15 ke…
Tukang buka pintu cuti, jadi dia SYAK aku yang pegang kunci
sebab aku selalu balik lambat. Tapi semalam ada yang lagi lambat so aku pass
kunci pada dia, then hari ni yang pegang kunci tu datang lambat. Biasa pun
macam tu, orang lain kunci ofis, orang lain buka ofis.
Ada
lagi orang lain yang pegang kunci tapi hari ni semua lambat, lambat pun sebelum
8.30 kecuali dia je yang selalu awal. Nak bagi dia pegang kunci plak dia taim
balik sangattttt sharp tak boleh lebih seminit! Kang semua orang kena tergopoh
gapah plak balik semua tak boleh stay siapkan kerja sebab ikut taim dia. Huhh, panjang
lebar plak aku cerita!
Yang aku pepagi hangin kat dia ni sebab dia sound dengan
suara yang kuat, konon marah la tapi bukan direct tuju kat aku. Aku terasa
sebab aku memang yakin dia ingat aku yang pegang kunci. Dan memang sebenarnya
dia tuju ke aku! Elok je aku lalu belakang dia dari toilet, terus cakap, lain
kali kalau pegang kunci pandai2 la datang awal… bla..bla…beberapa kali plak tu
ulang ayat sama. Kalau dia cakap, izza, u pegang kunci datang la awal, i lama
dalam kete bla..bla….macam tu tak la aku hangin. Dan ada peluang aku bela diri.
Ni cakap tak pasti orang yang dituju (wpun aku tahu dia tuju ke aku) tak kan plak aku nak menyampuk
tetiba eh, kak, bukan i yang pegang kunci….eh, korang faham ke tak ek aku
cerita ni? Tak faham pon tak pe la, janji dapat luah perasaan……..huhuhu…
Pendekkan cerita, aku adalah mangsa. Aku tak bersalah tapi
dijadikan orang salah tanpa aku boleh bela diri. Jadinya dalam pikiran dia dan staff
lain telah jatuhkan aku sebagai pesalah! Tu yang aku hangin…Orang yang salah
tak tahu menahu pasal kejadian ni sebab dia datang lambat dan keadaan dalam
ofis dah tenang masa dia sampai.
Yang si selfish ni plak, dia pesen tak mahu dan tak akan
bertolak ansur dengan orang tapiiiiiii orang wajib hormat dan kena sentiasa
bertolak ansur dengan dia! GTH la luuu….
Lega rasa….
Subscribe to:
Posts (Atom)
