Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Aku yang Tersakiti - Migrain


Mari baca info di bawah, moga-Moga berguna kepada kita.

APAKAH MIGRAIN?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APAKAH PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAIN?
Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migrain jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN DIRAWAT ?
Migrain biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit yang boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
Info adalah dari sini [link]

Pemilik blog sedang migrain dan pada masa yang sama berada di OFIS.
Uhhhh, satu hapa pon tak jadi!!!

Tuesday, January 31, 2012

Telur Atas Dahi

Hujung minggu hari tu kan MrCho bawa kita org g pantai. Memula dia cakap kat aku nak g PD. Cakap pun dah lewat dah. so, malam tu menggelupur aku mengemas kain baju sebab nak bermalam. Alih2 dah dekat kul 12 malam dia kata nak g bagan lalang pulak. Aku on je, mana2 pun. Bukan senang nak tunggu dia bawak keluar puchong kecuali balik kampung!Hehheh...

Bagan lalang pon bagan lalang la..dengar cerita tempat tu dah cantik, so tak sabar tunggu pagi esoknya...
Bukan cerita pasal bagan lalang aku nak syer kat sini. Gambar maha banyak. Belum sempat transfer dr kamera, hphone aku, hphone MrCho, hphone adik2 aku...(jangan esok2 aku letak 2, 3 gambar je nanti..hikhikhik...). Nanti2 la pasal bagan lalang tu.

Ni aku nak tunjuk akibat kebuasan dan keaktifan melampau adik...huhu, luluh hati mama, dik tengok kamu jadi begini...cedera.......

Gula2 kat tangan. Tak jatuh dari tangan masa dia tersembam tu..huuu laaa.. 


 Sambung makan gula2...

Jatuh masa kat bawah rumah. Tunggu MrCho sembang ngan kawan dia. Dia org bertiga ni sibuk la berlari sana sini. Macam mana tah adik terjatuh. Dia pegang baju aku, tarik2..macam mana tak tahu terlepas terus tersembam kat lantai. Memula aku tak tahu kena kat mana. Dia nangis kuat semua orang pandang. Rambut depan dia kan panjang so aku tak nampak memula kat dahi dia tu. Dah selak2 rambut baru nampak benjol tu...hadoiii..terus naik.

Yang kelakar tu masa kat bawah ada la jiran tu bagi dia gula2..masa jatuh tu gula2 tak terlepas dari tangan. Naik atas dah tuam tempat benjol tu, sambung makan gula2...kahkahkah...

Sebelum tu masa kat rumah popo masa CNY hari tu dh benjol kat dahi belah tu juga. Lebam tak hilang lagi, jatuh lagi. Tak serik2...

Hari tu abang pun jatuh, benjol kat dahi macam tu gak! Bahaya tak ek???






Tuesday, August 16, 2011

Kaki Isi Air

Tadi blk jalan kaki ngan abang. Tunggu teksi tp tak ada plak teksi kosong. Tgk jam dh 6.20...haishhh, tak leh jd ni. Dh la aku beli ayam konon nk masak. Lauk dh masak langsung tak beli.

Hujan tp gerimis sikit2 je...aku dh mls nk pikir, masa berjalan. Aku pujuk2 abang balik jalan kaki. So, jalan la kami masuk ke desa kami. Ada la dalam 20 ke 25 minit...

Lupa plak hari ni aku pakai kasut tinggi, sakit2 kaki aku...korang tahu apa jd pd kaki aku? Huhu...bengkak isi air tu...



Tunjuk pd MrCho, paksa aku cucuk ngan jarum keluarkan air tu...aku ngilu, tak nak, dia ambik jarum, pegang kaki aku cucuk...picit2 keluarkan air hingga hilang bengkak tu... X sakit rupanya, aku ingat sakit pedih2 bila cucuk...

Selalunya, aku biarkan je...

posted from Bloggeroid

Sunday, May 22, 2011

Sakit

Dah bertahun tak rasa sakit tekak, bgn2 pg tadi peritnya rasa tekak bila telan air liur...semalam panas, tekak asyik haus aku bantai 2 gelas coke...mungkin sebab tu tekak ni perit2...

Eh, sakitnya rasa mcm lain mcm je..bila telan makanan je sakit rasa sampai telinga..huhu, hilang nikmat makan.

Harap2 cpt la baiknya...

Klik Me

Klik! Klik!