Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Kawan-kawan Saya yang Tersayang~~~~


Hari khamis berapa haribulan tah aku dah lupa. Keluar ngan kawan2 baik dari dulu dan selamanya ni. Gila lama baru aku berdaya update. Sebenarnya nak tunggu ada idea baru sedap mengarang, tapi yooo la idea, sampai sudah idea tak mari…

Jadi, sebelum gambar2 ni basi dan terdelete oleh anak2 aku, maka aku gagahkan jua letak kat sini.

Maaf la kengkawan, tak ada idea + tak cukup masa nak buat story panjang2 ala2 karangan stpm.

Gigih aku halfday hari ni sebab nak beriang ria dengan diaorang ni…diaorang ni anak semua dah besar, senang nak tinggal, aku anak kecik2 so masalah sikit di situ. Kena jumpa hari bekerja sebab senang aku hantar anak ke pengasuh…hehehe

Nampaknya masa mencemburui aku, marilah tatap gambar2 ni wahai kawan2 sebagai tanda ingatan sebab lepas ni entah bila pulak dapat begini lagi! ayat yang sangat drama


Rumah Kak June, special dari Kak June, laksa utara! Laksa memang peberet aku...

Model laksa! kihkihkih 

 Laksa aku punya! (ngan kawan2 aku ni jangan sebut 'aku punya', sebab kami akan ketawa berair mata..kena ada word apa yang ko punya..ahaha..hanya kami yang paham)uhukuhuk

 Licinnnnn........Tq, Kak June! Siap tapau bawa balik lagi...heh

 Pizza time...sambung plak kat pizza lepas makan laksa. Kak June belanja. Perjumpaan hari ni memang ditaja oleh Kak June sepenuhnya laaa...tq sekali lagi!

Sedappppp pizza ni...tengok la pemakannya!

Kak June, berbaju hijau penaja hari tu....dan Kak Zie yang ceria je... 




Tak habis pon pizza tu, asyik sembang jerrrr, lupa nak makan. Last2 tapau. Akuuuuuuu juga yang ambik!! huhu, saja je korang ni nak bagi i gemuksssss....(tap...tap..air liur aku time taip ni, besttt je nampak pizza ni)

Dah petang, terpaksa berpisah sementara. Masing2 kena kembali ke pangkal jalan masing2. Belum puas sebenarnya. Semoga ada hari boleh kita jumpa lagi....

Thursday, November 24, 2011

Hari Selasa

Hari merelease tension kata kawan aku...

Gigih aku ambik cuti sebab nak keluar ngan BFF. Anak hantar juga ke rumah pengasuh.
Aktiviti bermula awal pagi. Lepas hantar kenit3, kawan aku ambik pastu kami g breakfast. Asalnya aku macam teringin nasi kerabu tapi tak ada plak kat kedai tu so makan je nasi lemak.


Lepas makan kami ke Cyberjaya. Lepak kat tasik. Giler weh, macamkan puchong tak ada tempat melepak...
Cuaca ok, so best je kami melepak kat jeti tasik cyberjaya.


Giler tak ada orang, kami jer kecuali pekerja2 kat situ.
Boleh tahan lamanya kat situ..nyaman...dasat ayat kawan2 aku...tak terkomen aku, tak pandai guna bahasa hiperbola, aku! huhu...tapi tu la, best kat situ tak ada gangguan.......


Ada la kami giler2 bergambar tapi segan aku nak tempek kat sini sebab buruk benar bila orang tua nak jadi remajew gitu..hakhakhak..aku ler, kawan aku ni cute je...




 
 

Dah lama kat situ, perut pun dah lapar balik, kami pun blah cari makan plak. Pergi giant equine park, lunch kat situ pastu jalan2 aku terbeli tudung.


 Lunch - tomyam, kailan ikan masin, paprik ayam

 Sangat surprise, jumpa kawan baru (ni untuk kz yang tak dapat join)....nak tengok? kahkahkah!!!
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
v
v
v

Lepas dah tak tahu nak cari apa kt giant, kami balik, lepak rumah kawan aku ni plak sampai tertidur2. Teringat zaman dulu2..

Cerita malam plak. Ni dinner aku. Makan kat alissara (lagi!). Aku order bihun asam limau (kalau tak silap). OMG, tak sedapnya! Tak boleh habis, masam campur manis.


Kawan aku plak order nasi +ayam+kailan, pun tak sedap tak boleh habis. Oleh sebab takut lapar malam nanti, kami pon pergi plak kat mamak. Mula2 nak order makan, tah macam mana order teh tarik je...


Tengah minum teh tarik MrCho sampai. Maka berakhirlah hari bersama BFF aku. Kawan aku ni nak balik Swak Disember nanti, lama plak tu. Tu yang kami gigih habiskan masa bersama-sama tuh...muahahaha...

Habis kisah sehari bersama BFF yang tak cukup korum!




Tuesday, November 15, 2011

Aku dan Kawan-kawan

Kawan2 aku tengah tunggu cerita ni, aku tahu..hehe..
Tapi sebab aku tengah bizi nak finalise keje aku ni, so jadinya tertangguh beberapa hari. Takpe la, belum basi...

Sabtu hari tu aku keluar jumpa bff aku. Lepak kat mekdi, lokasi dirahsiakan! kuangkuangkuang..

Sepatutnya kami berempat tapi tak jadi berempat sebab seorang demam sebab makan daging banyak sangat taim raya haji hari tu...

Kenit3 aku mana? Kenit3 semua tinggal kat rumah kebetulan adik aku datang jadinya dia jadi pengasuh kejap. Tq, cik noli, nanti aku jutawan aku v banglo sebijik!

Melepak la kami kat sana dari kul 8.45 pagi sampai kul 1 lebih..hahaha, pekerja kt mekdi yang bersihkan meja tu beberapa kali pandang meja kami tapi aku buat taktau saja...



Kami order set breakfast, sampai org dh order set lunch meja kami masih lagi ngan set breakfast! Kz belanja..hehe tq kz.

Kul 8 aku dah keluar rumah, nasib baik aku berjaya saikokan kenit3 aku yang aku nak g kerja. Percaya je diaorg. Aku ugut nak hantar rumah pengasuh, semua tak mau, nak duk rumah ngan cik noli...sekali sekala mama macam tu anak3 ya..

Sebenarnya tak cukup masa kita org hari tu, tapi aku risau juga la nak melepak lama2 sebab teringatkan kenit3 aku kat rumah tu. Kalau kat rumah pengasuh tak la risau sebab dah biasa ambik malam.

Banyak betul cerita hari tu, tu pun tak habis lagi. Isi kandungan takleh la nak cerita kat sini. P&C katanya...haha..
Tapi tu la, dah lama tak berkawan, rasa seronok plak. Sesekali dapat legakan stress. Orang laki senang, nak keluar bila2 masa je boleh, org ppuan ni susah sikit, nak pikir anak la, rumah la, itu la, ini la...haihhh...tak semua la begitu. Eh, ke aku je begitu? Aku isteri dan ibu mithali so kena la pikir semua tu sebelum berjimba2...ehem..ehemmm...


Kat luar hujan, kesejukan kami kat dalam, tapi tahannn, sampai aku tiga kali g tiolet, nasib baik toilet dekat...


 Tetiba aku blurrr, lupa apa nama bendalah makanan ni...

 Baru perasan baju korang hampir serupa..kihkihkih...

 Eh, korang lagik!

Lagiiiii korang...heh..heh..heh..

Kat bawah ni saja aku nak menepek sebab kejadian juga adalah hari sabtu selepas aku balik dari dating tu, terus masuk dapur. Dah aku kata aku isteri dan ibu mithali...

 Sup tulang - ketua menu

 Bawal kukus asam pedas untuk MrCho

Menu sampingan

Abaikan alas meja aku yang berkelaring tu, ya...belum ada duit nak beli baru...muahahaha..
Melimpah ruah ngan makanan atas meja aku...makanlah sekalian isi rumah..hehehe...

P/s:yong, inilah hasil hari sabtu masa kita ber'whatsapp' aku kata aku tgh masak tu....








Wednesday, November 2, 2011

Lagi Gambar



Gambar ni dari yong, lebih terang. Walaupun posingnya sama tp bole la utk tatapan kjun & kz...

Masih kat ofis, bos belum balik jadi kena kontrol walaupun otak aku dah krem!

Raya haji MrCho kata nak balik kampung...yihaaa...suka...suka...biasanya raya haji aku tak balik sebab MrCho tak dapat cuti. Tahun ni dapat cuti.

Dalam kepala dah terbayang nak makan sup tulang, sate, daging goreng, daging singgang....

Aku masak ke semua tu??? Tak laaa, mak aku laaa, aku tolong sikit2 je...tak sabar tggu sabtu walaupun baliknya pagi raya....


Gambar ni patut kat atas, tapi aku guna mrhtc, so tak pandai nak letak kat atas. Nak ke bawah juga yang ni. So belasah...

Itu je, bos ada kena kaber line takleh hadap phone lama2...hakhakhak...
posted from Bloggeroid

Monday, October 31, 2011

Kenduri Rumah Kak Zie


Sabtu yang Indah…

Sehari sebelumnya, jumpa dengan aku punya BFF lepak kat mekdi. Syok sebab aku kehujanan lalu aku kesejukan lalu aku kelaparan maka aku mengenyangkan perut dengan sebiji berger yang sangat lazat hingga aku terlupa akan kesejukan aku dek kehujanan tadi.

Ok, merapu.

Jumpa yong, sembang2 sambil tunggu MrCho. Antara topik adalah tentang kenduri di rumah k’zie (sorang lagi BFF) esok (sabtu). Kesimpulannya tak pergi sebab aku tak ada driver dan yong tak pergi kalau aku tak pergi. sad…oh, ya, k'zie buat kenduri sempena berkhatan anak bujangnya...dah besar kamu, lukman hakim!

Rezeki kata orang, pagi sabtu yang indah, kazen aku sms kata nak datang menjenguk kakandanya yang dah lama tak dijenguknya…hahaha, so aku apalagi, idea terus toing! Huhahuha, apalagi, ajak dia pergi la. Terus call k’jun (sorang lagi BFF) tanya k’jun pergi ke tak. kata k’jun dia pergi petang. aku terus cakap aku mau follow sebab aku tak tahu jalan ke rumah k’zie kat klang sana. so ok..call yong plak cakap aku jadi pergi rumah k’zie dan kebetulan dia masa tu memang ada klang, so on…

Lepas zuhur, gerak ke rumah k’jun dan dari sana ke rumah k’zie. kenit3 aku semua bawa dan nasib baik semua ok terutama kakak tak moody tak tentu pasal. Kakak sangat baik hari tu, duduk menempek je ngan aku sambil makan ayam yang katanya pedas sikit2, takpe kakak kuat…chumel!

 Melayan ayam masak rendang ke apa k'zie? shedap! Adik asyik jalan sana sini..

 K'zie, ayam tu sedap, gambar ni buktinya...

Dah namanya pergi ke tempat kenduri so takleh sembang gelak2 sebab kena kontrol orang ramai taim tu. nak tangkap gambar pun malu2 almaklum la semuanya mak2 orang. kejap je kitaorang kat sana pastu dah gerak balik. terus balik rumah sebab kazen aku nak balik shah alam plak lepas tu. lagipun adik pun zzzzzzz dalam kereta!

 Mak2 orang...gambar gelap sebab malu nak tukar kedudukan, orang ramai!

Abang yang best, tak duduk diam sebabnya ada ramai kawan. Hurmmm, dah pandai berkawan abang! bila tengok gambar dia ngan anak k’jun, asyik la cakap ni kawan abang. malam tu asyik bercerita ngan papa dia dia ada kawan, main2 ngan kawan kat rumah kawan mama….

 Abang dan anak bujang k'jun...danish. Tak tahu bila plak skil dia bergambar kenyit mata! Kat atas tu ngan anak yong..stephanie aka baby...wah, rocknya kamu!


K'zie, terima kasih daun keladi, kenduri lagi jemput lagi...makanan sedap! Menyesal tak ambik laksa!!

Tuesday, July 19, 2011

Cerita Tanpa Gambar

Hari aku cuti. Sesaja cuti sebab aku kena habiskan cuti sebelum bulan 9. Masih berbaki 10 hari setengah. 4 hari setengah boleh carry forward, selebihnya kena habiskan atau burn begitu sajork! Huhh, daripada terbakar begitu saja, baik aku habiskan...seminggu sekali cuti.

Cuti hari ni penuh terisi, bermula seawal pagi seperti nak pergi kerja juga adanya. Bangun pagi pung pang pung pang seperti biasa. Hantar abang ke rumah pengasuh seperti biasa sebab aku ada plan baik punya...hari ni adalah hari aku lepaking dgn kawan baik aku, yong. Banyak cerita kami hari ni...ada cerita gembira, ada cerita sedih, sedih hingga mengalirkan air mata...kebetulan kami memang ratu air mata...hahaha..kan yong kan??

Sempat juga tadi pergi survey sekolah utk abang utk tahun depan...hmmm macam ok. Aku cadang nak hantar abang ngan kakak sekali. Kat situ ada day care sekali...lil Eyin je hantar rumah pengasuh tu...

Petang dah tak tahu nak pergi mana, yong bawa aku ke rumah dia, sembang lagi, bercerita lagi...banyak yg dapat aku pelajari dari orang yang lebih berpengalaman...sekali dgn yong nak ambik anak dia kt sekolah, dia hantar aku, sebelum tu ambik abang kat rumah pengasuh....

Berakhirlah sehari cuti aku yang penuh terisi....

Eh, terbeli baju juga aku tadi...

Wednesday, April 13, 2011

Terima Kasih, Sahabat!

Semalam jumpa kawan aku ni dekat oldtownwhitecoffee kat Puchong Bandar Puteri nun….sebenarnya salah, macam ni, kawan aku, Yong datang ambik aku kat ofis then kami ke Bandar Puteri ni. Lepak kat oldtownwhitecoffee kekonon kat situ ada wi-5 free tapi nann hadooo, lembsss sesangat…so projek kitaorg tak jalan, sembang je sudahnya. Penat je aku hangkut laptop gabak aku tu…huhu…hujan plak time ni…lepas tu masuk giant kejap g guardian. Kejap je kat situ, yong hantar aku ke mamak kat tempat aku, tengok2 MrCho dah sampai dulu kat situ. Kitaorg minum kejap pastu blah sebab dah 9.15 nak ambik anak3…yong pun balik…Tq my fren sebab belanja mihun tomyam. Satu drp list keinginan aku terlaksana! hehhhehhh…
My fren - yong....habis mihun tomyam aku balun


Malam tadi terlewat sikit ambil anak3..muka pengasuh pun semacam je, terus cakap kat aku esok (hari ni) suh aku cepat sikit sbb malamnya kul 8 dia ada miting. Maksudnya kami kena sampai sana sebelum kul 8. Biasanya paling2 awal MrCho sampai ofis aku pukul 8 kemudian sampai rumah pengasuh dalam pukul 8.15…orang kuat taman nih! Aku pun macam…hemmmm….terpaksalah pikir cara mcm mana nak balik awal….Cakap pasal pengasuh ni mcm2 hal, tapi aku bernasib baik tak pernah tukar pengasuh, start ngan abang umur 10 bulan, sampai sekarang umur abang hampir 4 tahun, kemudian kakak dan skrg adik ngan pengasuh seorang ni je la…so far ok la, Cuma kdg2 tu ada juga la yang tak puas hati…oleh sebab aku pegang pada kata2 manusia tiada yang sempurna dan untuk memuaskan semua orang adalah mustahil…so aku reda je laa..

Ada ke, MrCho cadangkan aku balik dgn teksi pastu g ambil anak3 then g mana2 kedai makan tunggu dia kat situ….adesss, sakit kepala haku…cemana la aku nak jaga adik ngan kakak kat kedai makan tu…cemana plak aku nak terhegeh2 buka stroller adik (stroller tetiap pagi tinggal umah pengasuh…tengok betapa baik hatinya kami utk mudahkan pengasuh…) kalau aku dah pegang adik, cemana plak aku nak buka stroller tu? Aku tak pernah buka or tutup stroller tu hokeyyyy sejak guna stroller tu 4 thn lalu..tu semua kerja MrCho, aku pandai tolak je…Kalau aku ambil teksi terus balik rumah, risau plak aku masa nak naik lif tu…black banyak kt apartment aku…black2 ni sukaaaa usha bebudak ni, nak salam la, tegur2 la, haishhh takut aku…pastu pulak aku terpikir aku blm sempat masuk lif, abang atau kakak ke dah masuk dulu pastu pintu lif tertutup….huhu, haru…ohhhh tidakkkkkk!!!!!! Tak mao bayangkan………!!!
Last2 aku jawab pada MrCho, tengok la dulu, esok baru pikir..

Dan pagi ni, nasib baik pengasuh tu cakap kalau lambat dalam pukul 8.15 or 8.30 tu tak apa laa sbb suami dia ada, Cuma suami dia ni tak pandai jaga budak…Aku bagitahu  MrCho then dia kata kalau macam tu aku tunggu dia je lah….legaaaaaa!!!!



### Kakak demam, pagi tadi pukul 4 pagi bangun nangis pastu minta nak keluar tengok TV….dugaan….nasib baik pagi ni badan dia dah tak panas….suam2 je…


Asal nampak kamera



Budak hepi bila naik walker

Klik Me

Klik! Klik!