Tuesday, July 28, 2015

Cerita Sebelum Raya


Ok, baiklah. Dah lama tak menulis kan. Tuan blog sendu, blog pun sendu lah jadinya.
Masih lagi dalam mood raya ke? Mulanya nak guna kata ganti nama ‘aku’ tapi macam kasar pulak. Jadi baiklah kita guna ganti nama ‘saya’ ajelah ya.

Oleh sebab kita masih lagi dalam syawal, rasanya belum terlewat untuk mengabadikan diari raya 2015 kami anak beranak.

Setiap tahun seperti biasa akan balik Pasir Mas. Kami tak ada sistem giliran. Tahun ni rumah i, tahun depan rumah yu, tak ada macam tu…legaaa…tiap-tiap tahun pun balik rumah i…hehehe

Rabu sebelum raya saya dah cuti tapi Mr.Cho kerja lagi. Kata beliau kalau tak penat malam lepas buka puasa nak gerak balik kampung. Kalau penat rehat sekejap, dalam pukul 3, 4 pagi macam tu baru gerak. Saya ok saja. Dipendekkan cerita kami tak jadi balik lepas berbuka sebab Mr.Cho sampai rumah dah azan. Berbuka minum air je, lepas tu laju-laju keluar cari makanan sebab saya dah tak masak. Semua lauk pauk dah habis stok. Dah hujung-hujung Ramadan ni biasalah banyak kedai yang dah tutup. Ada kedai yang kami pergi tu hanya ada air je, makanan tak disediakan. Hoiiii, kalau nak sediakan air je baik tak payah buka kedai. Masa kami sampai tu ada sefamili baru keluar. Saya syak mereka pun macam kami kehampaan tak ada makanan. Menapak kami ke food court depan tu. Yang ada hanya kedai jual air dengan kedai tomyam. Time order, pak cik tomyam dah cakap lambat sikit sebab order banyak. Dah tak ada pilihan kami order jelah. Apa yang terjadi, sejam setengah kami tunggu nasi goreng tak sampai-sampai. Air dah tinggal dekat-dekat dasar gelas. Air Najmi dah habis. Kanak-kanak 3 orang ni pun dah bosan menunggu. Najmi la kasihan sebab dia puasa. Mr.Cho naik angin, terus tanya pak cik tomyam. “kejap, kejap” katanya. Mr.Cho kalau dah marah kelaparan tu tak payah la. Terus kami keluar dari kedai.  

Mr.Cho nak settlekan dulu urusan beliau yakni hantar satu lagi kereta ke tempat kerja beliau. Nak parking kat rumah sepanjang ketiadaan kami nanti macam tak berapa yakin. Tempat kerja dia insyaAllah selamat. Tahun ni cik putih kena tinggal, tak balik beraya dia. Kehkehkeh..

Dah settle semua pukul 10 lebih. Barulah kami cari kedai makan. Mamak lah jawabnya. Mood nak makan pun dah ke laut. Makan ala kadar je. Pastu Mr.Cho nak g cuci kereta pulak! Hayaaaa, pukul berapa nak balik ni. Esok pagi-pagi nak jalan jauh redah jem ni.

Akhirnya kami masuk rumah nyaris-nyaris pukul 12. Segera arahkan anak-anak tidur. Bentang toto depan tv je, suruh mereka tidur situ je. Keluyar masuk keluar masuk dah pukul satu. Mr.Cho kata 2.30 kejut dia. Maknanya aku kena siapkan anak-anak pukul 2. Dan dengan sadisnya aku tak tidur malam tu. Kitaorang keluar rumah pukul 3.30. Berhenti sahur kat Gombak pukul 4.30 lebih kurang. Sampai kampung 2.30 petang selepas menempuh jem di Genting Sempah sehingga lepas petronas dan sekali lagi jem nak masuk Kuala Krai. Nasib baik Mr. Cho pandai cari jalan shortcut elak traffic light yang selalu jem tuh!


:: Saya rasa saya nak sambung esoklah. Hari saya dah tak ada mood selepas mendapat perkhabaran tentang negara saya yang tercinta #walaupunsayabukanorangpolitik

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!