Sambung balik cerita semalam.
Tahun ni, tak tahu kenapa lupa nak bergambar sefamili.
Bukanlah lupa sangat, tapi tak sempat. Lagi pu;a ratu gambar tak ada di rumah
tahun ni pada pagi raya pertama. Orang beraya rumah mentua dulu katakan.
Gambar tak senonoh banyak la…huhuhu
Biasa pagi raya lepas diaorang balik sembahyang raya,
makan-makan, salam-salam kejap, terus bergambar. Tahun ni macam mana ntah lupa
pulak pada awalnya. Sedar-sedar, abah dah tukar baju pakai pelikat basahan dia
nak g bagi makan lembu dia dan lepas tu nak g sembahyang jumaat pulak. Pastu
ada orang datang pulak. Tak kan nak suruh tetamu berjamu selera kami sefamili
sibuk bergambar kenangan dak?
Petang baru kami berjalan. Tahun ni best sebab satu kereta
boleh muat semua famili (8 dewasa, 3 kanak-kanak). Berhimpit sikit la tapi
masih ok..mueheeee. Tak ada yang tercicir.
Tahun ni rasa puas bercuti. Tapi kalau boleh nak tambah lagi
cuti. Hehehe. Masa otw balik KL, Mr.Cho cakap tahun depan kita cuti panjang
sikit lagi lah…barulah banyak rumah sedara dapat pergi. Amboii!! Yu tak apa la
cuti boleh ejas sendiri. i???
Saya, tiap kali raya memang tak ada masa pun nak menziarahi
kawan-kawan sekampung atau kawan-kawan sekolah. Ada saja rumah saudara mara
yang hendak dikunjungi. Maklumlah keluarga kami besar. Memang tak habis pun.
Keutamaan diberikan kepada saudara mara yang tua. Usahkan kawan-kawan, jiran
tetangga pun satu dua rumah je pergi. Itupun rumah yang bertemu tangga je…sungguh
kurang silaturahim!
Sesuatu yang tak best tiap kali raya ialah jem. Sana sini
jem. Mengalahkan jem nak pergi kerja di Petaling Jaya.
********************
Sabtu ni Mr.Cho ada jemputan kahwin ke Sg Petani, Kedah. Baru
juga teringat Hanna & Qaireen ada sport day hari Ahad. Tak tahu nak pilih
yang mana. Kalau pergi Kedah, Ahad baru balik. Tak sempat nak pergi sport
day..hmmm fikir dululah.
Ntah apa-apa cerita raya daku kat atas tu. Tak macam cerita
raya pun. Gambar tak ada tak best nak bercerita. Gambar tak senonoh segan pulak
nak letak.
No comments:
Post a Comment