Dah penat rasanya bercerita pasal kesibukan kerja kerja kerja...ofis kerja balik rumah kerja.
Nak cerita pasal kenit yang tiga orang tu pulak. Semakin hari semakin besar. Setiap hari membawa satu feel masing2. Kadang2 nak gelak kadang nak lempang. Tapi tidak la pernah aku lempang setakat jerit2 je la yg mampu. Setakat aku apa je la yang diaorang takut. Aku marah ni boleh diaorang g gelak2 tiga orang.
Ketiga2 ni PANTANG sungguh nampak phone, nampak ipad. Phone dan ipad dah jd mainan diaorang dh...reti plak tu masing2 download game kegemaran masing2...dalam nak marah tu kagum la juga tahu tekan sana sini. Asal nampak kami je minta phone, termasuk la si kenit tu. "Mama empone"..tak bagi mula la berguling2...hanna pun sama. Tak minta phone minta ipad. Pastu rebut2...saruuu haku ngan budak3 ni...nasib baik aku ni berjiwa LEMBUT, pujuk dengan apa cara sekalipun...
Sekarang aku dah angkat bendera nak bawa diaorang g makan kt luar. Dua minit je duduk kt tempat masing2 dengan elok. Pastu semua nak berlari kat bawah. Kami x boleh anak berlari2 dalam kedai takut jatuh, takut ganggu orang. So akan jd stress di situ sbb nak memaksa anak duduk baik2...
Mereka ni bukan la semuanya menstress mak bapak. Banyak juga yang mencairkan hati mak bapak. Contohnya, najmi yang selalu mengalah dgn adik2. Sekolah tak ada masalah. Cuma time siapkan homework bahasa cina mmg kena tabah la sikit sbb dia malas byk tulisan kena buat... Hanna plak dah boleh harap mandikan adik. Bila mandi berdua aku selalu nampak dia akan sediakan berus gigi utk adik. Pastu sabun n shampookan rambut adik. Suka nyanyi n cepat hafal. Tahun depan nak sekolah dah katanya...suka berlakon, "hanna dh siapkan homework hanna. Teacher hanna kata hanna bagus"..hahaha, mana ntah datangnya teacher dia tu..kuat berangan. Qaireen plak dh pandai susun ayat bila cakap. Kuat mengadu, "mama, abang/kakak wat adik", "mama, nyamuk gigit sini", "mama, abang gaduh ngan kakak"...dan macam2 la...
Tak tahu mcm mana nak penutup. Setakat ni je la...perjalananku dh di penghujung...

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment