Thursday, September 6, 2012

Random Rayaku


Berehat panjang, bercuti panjang……daripada berbelog. Kekangan masa katanya. Tersangat bizi lepas cuti raya hinggakan hari sabtu pun kena menghadirkan diri ke ofis. Nak buat macam mana demi tugasan redah juga. Tak baik mengeluh untuk mencari rezeki…ingatan untuk diri sendiri.

Hari ni nak cerita pasal raya. Dah basi orang kata. Untuk kenangan sendiri tak apa la…

Random Raya
Hari sabtu bertolak balik kampung. Plan sesudah sahur nak gerak tapi tahu la kan bila malamnya tu tido lambat sebab sibuk mempacking, alih2 5.15 baru aku terjaga. Siapkan menu sahur secara ringkas, kejutkan ahli rumah. Najmi kejut dia bangun muka terpisat2 mengantuk. Hanna paling senang. Buka mata, “mama, kita dah nak balik kampung ke?”. “Ya, jom bangun mandi, cepat!” Terus bangun mandi dengan cik noli. Qaireen plak, “adik, bangun, kita nak balik kampung ni…”. “Nanak alik ampung!” Berkali2 kejut, itu je jawapan dia. Last2 paksa bangun. Mandi lebih kurang je…
Plan nak bertolak sesudah sahur kekonon subuh pun kat tengah jalan sekali pukul 7 baru gerak…
Sampai Gombak, yang sebelum tol Gombak tu, hambek ko kereta bersusun-susun. Semua nak menghala ke pantai timur – Kelantan, Pahang, Terengganu. Aku pun tak sure berapa jam bersesak2 baru sampai tol bentong. Lepas tol bentong barulah jalan clear.

Jem

Sampai raub sempat beli kek kat SR untuk besday Qaireen esok. Kedai kek kat pasir mas sure tutup sebab raya. Kek ikut selera cik noli…layann..
Sampai kampung pukul 5 lebih. sempat berbuka beramai2..

Malamnya, MrCho ajak pegi pekan pasir mas. Banyak orang jual2 termasuk adik aku, Dee. Tolong member jual brooch dan butang baju melayu..yang kelakar, masa melepak kat sana, najmi menunjukkan kepakaran dia. Sambil duduk atas kerusi tempat brooch2 tu, dia jerit, “dua inggit, dua inggit! dua iya, dua iya…” sambil tunjuk butang baju melayu pada orang  yang lalu lalang…ada la dua tiga orang beli, pastu tergelak2 plak tengok budak kecik jual butang…gambar dalam phone MrCho la pulak!

Random Raya 1
Hari raya. Dah lama tak pergi sembahyang raya. Kalau pergi sapa plak nak jaga kenit2 tu. Tahun ni najmi dah pandai pegi masjid.
Dah tak sabar-sabar nak potong kek ni…kerah semua orang berkumpul, Qaireen pun potong kek untuk hari lahir yang kedua. Semua happy dapat makan kek…
Lepas tu sedara-sedara start datang. Melayan diaorang sekerat hari. Lepas semua dah balik, kami plak menziarah jiran tetangga…
Dah petang lepas asar ke rumah mak cik aku plak, makan sate. Kat sana sampai lewat malam.
Habis raya pertama.

Random Raya 2
Pegi pasar beli lauk pauk. Malam ni ada kenduri sedikit sempena hari lahir Qaireen yang semalam tu. Kecil2an saja. abah panggil orang masjid. Campur sedara2 semua ramai juga la…
Random Raya 3
Kenduri kawin. Sepupu aku kawin. Kami rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan..
-malas nak taip-

 Selamat Pengantin Baru...

Random Raya 4

Kenduri kawin lagi. Orang yang sama. Yang ni kenduri rumah lelaki plak.

Random Raya 5
Balik KL sebab MrCho dan Cik noli dah keje esok. Tapiiiii, sekerat jalan je kami patah balik sebab hazab sangat jem kat tanah merah. Aku suka je sebab isnin baru keje…
Esoknya, pagi-pagi dah bertolak balik KL…


Itu saja cerita raya..tak berapa nak raya, kan??

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!