Monday, December 31, 2012

WELCOME 2013

Azam untuk tahun 2013 ialah aku mahu jadi makhluk 'rajin'.



HAPPY NEW YEAR 2013!!!!!

Thursday, December 20, 2012

Aku yang Tersakiti - Migrain


Mari baca info di bawah, moga-Moga berguna kepada kita.

APAKAH MIGRAIN?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APAKAH PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAIN?
Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migrain jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN DIRAWAT ?
Migrain biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit yang boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
Info adalah dari sini [link]

Pemilik blog sedang migrain dan pada masa yang sama berada di OFIS.
Uhhhh, satu hapa pon tak jadi!!!

Monday, December 17, 2012

Sudah Terbit, Sudah Kenal



Ini ialah buku dan inilah dia penyebab kesibukan aku beberapa bulan ni...dah lahir. Lega tapi takut. Takut nak tunggu respon...doa..doa..doa..harap semua ok!

Cerita lain.

Beto..beto..beto...aku baru kenal mamat ni. Aha, rugi plak tak tahu dari awal! (pang sedas). Mula-mula aku bayangkan beto ni macam palare tu. Yang pesen macam tu aku tak minat. Adik2 manja ofis aku selalu bercerita pasal beto. Terbaru pasal cerita Istanbul tu. Si adik manja sorang ni pula bercerita pasal cerita Aku Dia dan Tong Sampah. Malam kelmarin gigih cari kat youtube dan jumpa full cerita. Mengadap sorang2 dan gelak sorang2...beto hensem, siti saleha comel!

Gambar gugel

Sila tatap gambar di atas....(pang3jutakali!!!!)

Saturday, December 8, 2012

Iklan

Eh, sekarang ada iklan guna bahasa tamil lak ya? Sejak bila? 1st time tengok nih kt tibitiga! Sangat 1malaysia.... Kihkihkihkih

Sunday, December 2, 2012

I Dah Muncul...

Oh, musim sibuk sudah berlalu...semua sudah kembali normal...aku sukeee sebab sabtu tak perlu ke ofis... Now dah ada masa aku plak tak tahu nak story apa...tak kan nak bagitahu tadi aku masak sambal bilis sedap. Sebab masak sambal bilis adalah kerana buka peti ais, lauk tak ada..kahhh! MrCho malas nak keluar g beli. Nak layan citer cina katanya...hampessss *katakudalamhati*. Dah nak sangat tengok citer cina, nah sila makan nasi ngan sambal bilis je tengah hari ni...kata tak kan, tapi cerita juga...ah, cerita je laa.. Dan lagi aku buat puding roti. Roti gardenia beli kelmarin tapi baru sekeping berusik. Itupun qaireen makan main2...kalau tak buat apa2 confirm roti tu lanjut usia... Apalagi nak cerita? Dah lama tak masuk blog *blog orang sempat je masuk* sendiri, rasa macam hilang skill pulok. Kita ambik mood dulu la... Kebosanan. Qaireen tido, MrCho tanpa belas kasihan melayan citer cina dari tadi. Aku adalah ketensenan sebab citer cina sekarang dia tengok tak beshhh! Malam tadi nasib baik aku merajuk lite2, kalau tak kefrustan nak tengok harimau malaya membaham garuda...penyakit apa ntah asyik tgk citer cina 80an ni... Najmi n Hanna dah di bawa balik kampung oleh mak aku khamis hari tu...Kesunyian aku, nasib baik ada qaireen tapi dia dapat boboiboy @ princess, langsung tak layan aku dah...

Monday, November 12, 2012

Sebab-sebab Lama Tidak Muncul

FASA 1
Kesibukan melampau

FASA 2
Kesedihan

FASA 3
Ketidakpuashatian

Ketiga-tiga fasa di atas, cepat-cepatlah berlalu....:-(

Tuesday, October 9, 2012

Puting


 Gambar: Gugel


Dah masuk hari keempat. Nampaknya tiada masalah. Hati kena cekal dengar amukan dua kanak2 nih. Tapi nasib baik la amukan kecil-kecilan je. Berjaya dipujuk dengan janji manis je...Begitu la alkisahnya cerita dua kanak2 aku, sorang 3 tahun, sorang 2 tahun. Dua2 memuting.

Hanna insyaAllah tahun depan nak masuk school. Nak tak nak kena 'lepas puting' (kata orang Jerman). Walaupun bukan sepanjang masa dia hisap puting tapi kadang2 aku naik geram tengok. Bila kat luar dia ok la boleh tahan nafsu. Balik rumah dan masa nak tido, mesti cari puting. Dua2 sama, baik adik baik kakak.

Hari sabtu hari tu, aku tetiba rasa geram apabila dua2 cari puting. Aku ambik satu puting yang dah rosak, ambik gunting, depan2 diaorang berdua aku gunting puting tu. Yang dia orang guna aku sorok la, kang amukan tak terkawal kena bagi juga. Mula2 nangis si Hanna. Adik rilek je. Qaireen brutal sikit. Mula2 biarkan aje, pastu sian pulak, pujuk2 la dia. Janji beli puting baru. Suruh dia sebut nak puting kaler apa..berlumba2 dengan adiknya nak puting princess kala biru la, kaler purple la, kaler pink la....haha sebut je la anak kaler apa, yang pasti no puting dah! Dah besar semua.

Sejak tak berputing ni asyik la pulak nak minum susu. Susu botol belum stop lagi. Kesian plak kalau stop serentak. Kena bertabah aku malam2 tiga empat kali bangun buat susu. Qaireen paling kerap. kejap2 nak susu, dah habis sebotol kang setengah jam nanti dia mintak lagi...

Dan pagi tadi, dalam kul 5 macam tu, hanna kejut aku nak susu. Aku bangun buatkan dia susu. Dah bagi dia tetiba dia cakap "mama tak sayang hanna". Masa tu tak ada perasaan sangat sebab mamai2 lagi kot aku. Now teringat balik dialog dia pagi tadi. Tak tahu dia ngigau atau memang dia sebut. Sedih aku!! Dia selalu sebut ayat tu kalau aku marah dia. Time tu tak rasa sangat sebab normal je kanak2 cakap macam tu bila kena marah. Ni awal2 pagi macam tu, tak ke rasa syahdu..huhuhuhu. Jangan la cakap macam tu nak, mama sayang semua anak2 mama. Marah tu ikut kenakalan masing2 la...






Klik Me

Klik! Klik!