Tuesday, October 9, 2012

Puting


 Gambar: Gugel


Dah masuk hari keempat. Nampaknya tiada masalah. Hati kena cekal dengar amukan dua kanak2 nih. Tapi nasib baik la amukan kecil-kecilan je. Berjaya dipujuk dengan janji manis je...Begitu la alkisahnya cerita dua kanak2 aku, sorang 3 tahun, sorang 2 tahun. Dua2 memuting.

Hanna insyaAllah tahun depan nak masuk school. Nak tak nak kena 'lepas puting' (kata orang Jerman). Walaupun bukan sepanjang masa dia hisap puting tapi kadang2 aku naik geram tengok. Bila kat luar dia ok la boleh tahan nafsu. Balik rumah dan masa nak tido, mesti cari puting. Dua2 sama, baik adik baik kakak.

Hari sabtu hari tu, aku tetiba rasa geram apabila dua2 cari puting. Aku ambik satu puting yang dah rosak, ambik gunting, depan2 diaorang berdua aku gunting puting tu. Yang dia orang guna aku sorok la, kang amukan tak terkawal kena bagi juga. Mula2 nangis si Hanna. Adik rilek je. Qaireen brutal sikit. Mula2 biarkan aje, pastu sian pulak, pujuk2 la dia. Janji beli puting baru. Suruh dia sebut nak puting kaler apa..berlumba2 dengan adiknya nak puting princess kala biru la, kaler purple la, kaler pink la....haha sebut je la anak kaler apa, yang pasti no puting dah! Dah besar semua.

Sejak tak berputing ni asyik la pulak nak minum susu. Susu botol belum stop lagi. Kesian plak kalau stop serentak. Kena bertabah aku malam2 tiga empat kali bangun buat susu. Qaireen paling kerap. kejap2 nak susu, dah habis sebotol kang setengah jam nanti dia mintak lagi...

Dan pagi tadi, dalam kul 5 macam tu, hanna kejut aku nak susu. Aku bangun buatkan dia susu. Dah bagi dia tetiba dia cakap "mama tak sayang hanna". Masa tu tak ada perasaan sangat sebab mamai2 lagi kot aku. Now teringat balik dialog dia pagi tadi. Tak tahu dia ngigau atau memang dia sebut. Sedih aku!! Dia selalu sebut ayat tu kalau aku marah dia. Time tu tak rasa sangat sebab normal je kanak2 cakap macam tu bila kena marah. Ni awal2 pagi macam tu, tak ke rasa syahdu..huhuhuhu. Jangan la cakap macam tu nak, mama sayang semua anak2 mama. Marah tu ikut kenakalan masing2 la...






Wednesday, October 3, 2012

Bercanda di Pasiran Pantai

Tengok-tengok dalam folder ada gambar ni. Ni masa pegi Bagan Lalang 16 September hari tu. Aku ada janji nak letak gambar tapi tak ada masa. Belek-belek jumpa gambar ni.

Hanna, rambut serabai baru bangun tido terus pegi pantai. Tu pun aku kejut sebab air cepat sangat surut. Rugi la kalau pegi pantai tapi tak main air. Ni hari kedua pagi sebelum balik. Hari pertama tu sampai waktu tengah hari, air surut. Diaorang main korek-korek pasir je la hari 1st tu...

Aku gigih bangun pagi nak bawa diaorang main pantai..hehe..Qaireen je tak nak bangun, so tinggal ngan papa berlawan tido dua orang!



Puas hati dua beradik ni main air pagi tu...

Papa, lepas ni tolong la pergi tempat lain pula...

Tuesday, October 2, 2012

Anak dan Phone

Dari tadi asyik la tangan ni duk tekan delete tekan delete sebabnya termati idea tiba-tiba... Time masa tak sesuai nak menulis banyak plak idea mencurah-curah. Bila dah masuk new post tak tahu nak cerita apa. Cerita tak ada poin boleh la. Setakat merapu meraban tu tak ada problem tapi syok ke orang baca? Kebelakangan ni sepi sangat dah blog ni. Sekarang ni tak tahu dah nak cerita apa. Teks je boring gak mesti nak bergambar baru ceria. Masalahnya banyak kejadian dah tak bergambar. Anak3 aku ni la. Pantang...pantang sungguh nampak phone. Bagaikan ada hantu merasuk, tak paham haku apa bestnya main game ni. Bukan kedekut nak bagi anak main phone, yang tak tahannya berebut. Dh bagi satu sorang tapi kejap je. Bila yang ni tengok yang ni main game ni, dia plak nak yang ni, yang ni tak bagi mula la gaduh rebut-rebut. Najmi selalu kena mengalah tapi kesian menangis jejeh-jejeh air mata. Hanna ngan Qaireen, no! Rebut sampai dapat kalau mak bapak tak halang. Tak tahan, now tepon sorok bila diaorg ada sekali. Merasa la sesapa call tak berjawab and sms berjam baru reply. Ada tu pagi sms, petang baru reply...hehehe..kalau yang call aku dapat la juga dengar suara orang batuk. Ada juga ingat aku tengah nazak sebab ada bunyi batuk kronik..aku pun tak tahu macam mana boleh ada sound efek tu bila aku fak jawab call. Dah call maxis ngadu, maxis pun hilang punca nak solve! Jadi sekarang apa kejadian memang tak leh rakam sebab akan jadi rasukan pulak kalau nampak phone. Tunggu MrCho hadiahkan DSLR la baru kita bergambar sakan. #%&*%#& Tetiba aku rasa apa benda ntah aku cerita... Qaireen dah pandai cakap susun ayat. Comei je dengar dia cakap. Paling terer bila mengadu kena pukul dengan kakak la. Siap dwngan muka dengan harapan kakak kena marah..kelakar! Hafal lagu raya anuar elina. Dah habis raya pun dalam kete duk ulang lagu sama...adoiii.. Supaya diaorang tak boring kat rumah sebab tak bagi main tepon, MrCho membeli cd cerita boboiboy. Hambek ko aku pun dah kenal watak yaya, gopal, jay, tok aba semua tu... Dua tiga hari lepas pulak dia beli cerita rapunzel tu. Aku pun kena hadap tu. Semalam suh MrCho keluarkan tv lama tu aku nak tengok tv. Dah lama tak tengok tv sejak kami lancarkan slogan katakan tidak pada astro...hehe, skrin kecik pun kecik la daripada duk ulang cerita sama boboiboy ngan rapunzel tu... Kahkahkah, terpanjang plak!

Tuesday, September 25, 2012

at Switzerland - with MrCho

Baru terperasan kat sebelah fesbuk badge tu, tetiba terpandang status, apakah halnya status aku switzerland? Adakah maksudnya aku kt switzerland? atau aku akan ke switzerlandkah? Hahaha, dah lama aku tak update apa2 status kat fesbuk, tetiba keluar tu...

Eh, kalau kita ada fesbuk badge tu, then kalau kita post status kita, otometik appear kt situ ke?

Aku hairan ni...walaupun sebenarnya, tak payah la ko nak heran izza...

#Garu-garu kepala lalu tekan publish#

BlogIt!

Edisi mengetest. Mana lebih best, bloggeroid @ blogit utk note aku ni....

Monday, September 24, 2012

Sembang kosong

Dah penat rasanya bercerita pasal kesibukan kerja kerja kerja...ofis kerja balik rumah kerja.

Nak cerita pasal kenit yang tiga orang tu pulak. Semakin hari semakin besar. Setiap hari membawa satu feel masing2. Kadang2 nak gelak kadang nak lempang. Tapi tidak la pernah aku lempang setakat jerit2 je la yg mampu. Setakat aku apa je la yang diaorang takut. Aku marah ni boleh diaorang g gelak2 tiga orang.

Ketiga2 ni PANTANG sungguh nampak phone, nampak ipad. Phone dan ipad dah jd mainan diaorang dh...reti plak tu masing2 download game kegemaran masing2...dalam nak marah tu kagum la juga tahu tekan sana sini. Asal nampak kami je minta phone, termasuk la si kenit tu. "Mama empone"..tak bagi mula la berguling2...hanna pun sama. Tak minta phone minta ipad. Pastu rebut2...saruuu haku ngan budak3 ni...nasib baik aku ni berjiwa LEMBUT, pujuk dengan apa cara sekalipun...

Sekarang aku dah angkat bendera nak bawa diaorang g makan kt luar. Dua minit je duduk kt tempat masing2 dengan elok. Pastu semua nak berlari kat bawah. Kami x boleh anak berlari2 dalam kedai takut jatuh, takut ganggu orang. So akan jd stress di situ sbb nak memaksa anak duduk baik2...

Mereka ni bukan la semuanya menstress mak bapak. Banyak juga yang mencairkan hati mak bapak. Contohnya, najmi yang selalu mengalah dgn adik2. Sekolah tak ada masalah. Cuma time siapkan homework bahasa cina mmg kena tabah la sikit sbb dia malas byk tulisan kena buat... Hanna plak dah boleh harap mandikan adik. Bila mandi berdua aku selalu nampak dia akan sediakan berus gigi utk adik. Pastu sabun n shampookan rambut adik. Suka nyanyi n cepat hafal. Tahun depan nak sekolah dah katanya...suka berlakon, "hanna dh siapkan homework hanna. Teacher hanna kata hanna bagus"..hahaha, mana ntah datangnya teacher dia tu..kuat berangan. Qaireen plak dh pandai susun ayat bila cakap. Kuat mengadu, "mama, abang/kakak wat adik", "mama, nyamuk gigit sini", "mama, abang gaduh ngan kakak"...dan macam2 la...

Tak tahu mcm mana nak penutup. Setakat ni je la...perjalananku dh di penghujung...

posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

Cuti Hari Malaysia

Salam.


Hurmmmm, dah tak berapa nak aktif dah blog aku ni...Tuan rumah masih kebizian. Banyak gambar nak transfer ke sini tapi masih belum sempat lagi. Cuti tiga hari Malaysia Day hari tu ala-ala tema pengembaraan musim cuti. Bagan Lalang - Sepang F1 - KLIA..kahkahkah....melayan anak3...tapi kata MRCho, bukan melayan anak3, ni melayan mak anak3 ni...apa-apa la, i kan jakun ngan benda2 tu..kihkihkih...


Sepanjang pengembaraan 2 hari tu, berlambak2 gambar. Tema pengembaraan tapi macam lari setempat je aku rasa...oh, ya! Kitaorang Bagan Lalang tu sebenarnya sebab nak celebrate besday Najmi yang ke-5 pada 16 September tu.


Selamat Hari Lahir, abang...Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun. Sekejap je rasa. Walau dah 5 tahun tapi masihhhhh juga lagi nak tido ngan mama. Tiap2 malam ayat dia, "Mama, adik dah tido, mama tido dekat abang tau,"

 Eh, tu je la dulu..kang panjang lebar plak aku menaip. Nak sambung keje ni...


Bersambung.....

Klik Me

Klik! Klik!