Thursday, March 29, 2012

Dinner

Malam tadi dinner @alissara puchong

Kami 2 orang makan


Aku makan macam biasa mesti tak habis punya - makan yang tak mengundang rezeki!

MrCho yang suka makan kat sini. Aku kureng sikit sebab makanan dia macam manis2 sikit. Thai food. MrCho suka sebab banyak pilihan untuk makan. Tak macam kedai biasa katanya asyik2 sup campur, kailan ikan masin, ikan tiga rasa, telur dadar...bla..bla..bla.

Mula2 dia suruh aku order. Hehehe, macam biasa aku order sup. Cepat2 dia cakap, jangan la sup. Terus aku suruh dia je yang order. Sekali dia order lala masak pedas, sotong sambal, daging masak oyster(yg ni sedap), telur goreng udang suhun. Aku tambah sambal belacan. Semua sekali aku tak tahu berapa, MrCho bayar...ekeke...

Wednesday, March 28, 2012

Saspen!

Mud : Sedang berjiwa kacau. Ada alhamdulillah, tak ada pon alhamdulillah....tapi lebih baik tak ada dulu sekarang. Haishhhh...



Update: suami dan isteri
Isteri: dah tengok?
Suami: dah...1 je...(tapi buat muka sedih)
Isteri: :-)

Walaupun 1, saspen jugak!

Tuesday, March 27, 2012

Meroyan Hanya Sinonim dengan Perempuan

Kat tempat aku mencari rezeki ni ada sorang perempuan suka meroyan. Sikit2 meroyan, sikit2 meroyan. Hal yang tak seberapa tapi macamkan tu masalah tak ada sapa boleh settle. Haku la yang jadi mangsa tempat dia melepaskan meroyan tu...kalau aku bagi pendapat yang tak seperti yang dia nak, tak agak2 nak marah haku! Stupid!!! Pagi ni marah aku sebut nama staf baru tu sama ngan staf lama. Habis dah nama panggilan diaorg sama, sesuka hati dia je nk suruh budak tu tukar nama. Bukan jadi masalah pon! Siannnn haku orang2 mcm ni...

Tadi kat hotfm ada topik pasal memberontak dalam kalangan remaja ni. Ni sebab kes lari dari rumah la ni, byk sangat remaja sekarang yang besar kepala. Sikit2 lari dari rumah, sikit2 ikut bf. Budak2 macam ni tak kasihan mak bapa agaknya...kena tegur sikit meroyan, kena tegur sikit meroyan....haishhhh

Sikit je sempat aku dengar. So dia tanya la pengalaman masing2 tentang memberontak kita masa dulu2. Terus aku teringat aku kecik2 dulu pon ada gak lari dari rumah ni.

Pantang kena marah ngan mak aku, ngan nenek aku, terus bungkus kain baju keluar rumah. Nak tahu mana aku lari? Time tu sebelah rumah nenek aku tu rumah arwah mak cik aku. Dia baru buat rumah, belum siap. Kat situ la aku duduk dengan sebungkus baju. Aku bungkus dalam kain batik. Kelakar plak bila ingat balik. Mak atau nenek aku tak cari pon. Biar je aku kat situ. Tak sampai sejam aku balik la semula. huahuahua...

Eh, dah habis? Macam tak kelaka pon cerita aku ni...urmmmmmm

Monday, March 26, 2012

Kisah Ibu Penyabar

Sabtu Ahad dalam rumah saja. MrCho tak ada...

So, dua hari tak ada aktiviti lain selain kemas rumah, masak, kemas rumah, cuci baju, lipat baju, kemas rumah...

Ni tukang sepah



Aku kemas diaorg sepah, kemas sepah kemas sepah...geram aku. Nak biarkan bersepah sakit mata plak tengok. Si abang kalau tengok rumah sepah pandai plak beristigfar "astagfirullah, ni rumah ke apa ni?" Bila dengar, aku pon nak tergelak. Padahal dia ketua penyepah...

Tapi bila tengok gambar kat bawah ni, sejuk perut aku mengandung...kahkahakah...

Suapkan kinder bueno adik  yg baru bangun tido

Kakak ni memang sangat kakak. Hari tu dia makan biskut teddy bear. Adik tidur time tu. Dia ambik 3 biji letak dalam peti ais, katanya nak simpan untuk adik. Kena buli ngan adik pun tak balas balik. Kena tarik rambut, kena gigit dia tahan je sambil menangis. Tapi perangai manja kakak ni tak boleh tahan. Orang2 penyabar macam aku je boleh sabar..kehkehkeh...(kadang2 suara aku akan jadi macam rimau jantan!)


Adik ni bab mengacau orang buat keje memang no 1. Semua benda dia nak pegang. Tak bagi mengamuk! Tu tengah rebut ngan papa...Adik nangis senang pujuk. Dokong je bawak ke suis lampu. bagi dia bukak tutup barang 2,3 kali. ok la dia..hehehe..pagi tadi pukul 5 dah bangun. Pastu asyik kacau aku nak tido. Cucuk mata la, cucuk hidung la...nasib baik aku penyabarrrr...gggrrrrrrrr!

Wednesday, March 21, 2012

Entry Daripada Tak Ada Baik Ada


Semalam aku cuti. Ada hal penting yang nak diuruskan. Dari pagi sampai ke malam, penat giler sampai rumah. Makan malam pun tapau je…

Malam tadi paksa anak3 semua tidur awal sebab aku dah kehabisan power dah.
Hmmm seharian keluar tak sempat pun sebenarnya settlekan semua urusan. Plan nak tengok BUNOHAN pon tak menjadi. Hampa.

Balik rumah check homework abang. Arggghhh, banyak pulak homework dia malam ni! Si abang ni kalau kita tak duduk sebelah, memang tak jalan la. Kalau ko suruh dia buat kerja sekolah dia pastu ko tinggal g buat kerja ko, then bila ko datang balik, darah ko mesti mendidih. Macam mana ko tinggalkan dia tadi, macam tu juga la bila ko datang balik. Pegang pensel buat corak kat tepi buku, x pon kaler objek dalam buku tu. padahal arahan bukan kaler pon!

Oleh sebab aku penat semalam, ada 4 buku untuk homework dia, semua aku tak ajar macam biasa. Mana yang kena padankan tu aku tunjuk je, yang ni dengan yang ni, yang ni dengan yang ni. yang perkataan kena tulis tu aku pegang tangan dia sambil tuliskan..huahuahua…Ada satu tu teacher dia suruh baca suku kata. Yang tu aku skip je. Simpan masuk beg…sori aku sangat penat semalam. MrCho dah pengsan kat sofa…

Baju semua aku tak iron malam tadi. Pagi ni baru terhegeh2…dah terlambat 2 minit dan terus kena marah dengan mak supir! padan muka aku…kahkahkah…

Wednesday, March 14, 2012

Rintihan Perempuan Gemuk

Hari ni aku nak cerita tentang seorang perempuan yang termasuk dalam kategori gemuk. Kita namakan watak perempuan gemuk ni sebagai perempuan gemuk la senang. Perempuan gemuk ni pada mulanya, iaitu beberapa tahun lepas kurus je, berat dia 40kg, kadang2 39kg..betul tak tipu..selepas dia kawin dan dapat anak pertama, badan dia dah start naik, normal la kan, masa mengandung makan tak catu, lepas beranak lemak2 tak nak keluar. Dok la bertapa dalam tuh...

Tak pe lagi, gemuk sikit cantik bah! Banding zaman anak dara dulu badan cam sekeping. lepas anak satu cam berisi sikit terutama perut ngan peha..bahahaha...suami pun kata ok, tak payah nak kurus2kan badan. Tak lama lepas tu mengandung plak anak kedua. Makan tak catu lagi. Bertambah lagi lemak dalam badan. Lepas anak kedua ada la try diet sikit2 sebab dah banyak baju tak leh pakai.

Malangnya belum sempat kurus perempuan gemuk ni mengandung lagi anak ketiga. Triple gemokk jadinya. Masa mengandung tu, perempuan gemuk pasang angan nak kuruskan badan lepas bersalin nanti. Target perempuan gemuk ni kalau nak mengandung lagi pun tunggu umur dah dekat 40 macam tu, kira last la ni. So sementara umur nak 40, bole la bergaya slim2 dulu. berangaaaaannnnnn!!!

Anak ketiga dah lahir. Dah 1 tahun 7 bulan dah anak nombor 3, tapi perempuan gemuk tak kurus2...sob!sob!sob! Perempuan gemuk merintih...

Sebenarnya azam perempuan gemuk nak kurus tu tak pernah padam. hari2 nak kurus tapi hari2 perempuan gemuk makan nasi 3 kali sehari! Perempuan gemuk perlukan sokongan. Paling utama suami tapi suami perempuan gemuk suka kalau perempuan gemuk BERISI. Suami perempuan gemuk tak mahu layan kalau perempuan gemuk kata nak pil kurus atau seumpamanya. Anak3 perempuan gemuk pon sama. Asal makanan tak habis je bagi perempuan gemuk. Telan je la perempuan gemuk kalau dah orang hulur makanan. Dah tu macam mana perempuan gemuk nak kurus? Faktor menyumbang kepada kekurusan tak ada langsung.

Sekarang perempuan kurus risau berat badan makin bertambah. Perempuan gemuk tak timbang pon berat badan dia sebab kat rumah dia tak ada penimbang. Suami perempuan gemuk tak mahu belikan sebab dia malas agaknya nak layan perempuan gemuk akan asyik timbang pastu merungut gemuk. Suami perempuan gemuk suka perempuan gemuk, gemuk sebab COMEL katanya...... bahahahahahahha, mampos kena gelak! #pangggg, lempang muka sendiri!

Perempuan gemuk pon tak tahu nak atasi masalah ni macam mana. Oh, ya! suami perempuan gemuk ni akan marah kalau perempuan gemuk tak mahu makan. Habis tu macam mana perempuan gemuk nak langsing nak macam pinggang kerenge?

Ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk kurus? eksesais perempuan gemuk tak mampu. Sekarang ni naik tangga kat ofis ni pon perempuan gemuk rasa mengah bagai tak cukup nafas. Perempuan gemuk malu sebab dia gemuk, rasa tak yakin dan sangat buruk...nak dapatkan badan macam zaman anak dara dulu mustahil lah, at least 45/46kg pun perempuan gemuk dah bersyukur dah...

Ha, itu lah rintihan perempuan gemuk!

Ok, ada tak sesapa boleh tolong perempuan gemuk ni? Aku simpati gak la ngan perempuan gemuk ni tapi aku nak tolong gelak je la kat dia....hahahahha, padan muke perempuan gemuk!

Klik Me

Klik! Klik!