Monday, February 13, 2012

Abang Tak Mahu Sekolah...#Nangismakkamu

Nak mulakan dari mana tak tahu la..asyik lari2 je idea ni.
Kalau straight to the point, kata orang putih, aku nak cerita pasal si abang aka anak bujang aku yang dah start buat perangai nak g sekolah lepas cuti thaipusam hari tu.

Hari rabu, khamis, jumaat dah start cakap tak nak g sekolah. Dah sampai sekolah, nangis tak nak masuk sekolah. Rabu terkawal lagi, sampai sekolah, keluar kereta dah masuk dalam sekolah baru air mata keluar, tapi suara tak keluar. Khamis dah mula nangis keluar air mata kat depan gate. Tak nak masuk tapi papanya paksa gak. Tinggal dia nangis. Jumaat start tak nak keluar kereta dah. Pujuk2 keluar kereta tapi masuk dalam sekolah, nangis panggil papa mama pulak. Cekal lagi hati aku ni...

Hari ni, ingatkan ok dah. Malam tadi tido awal. Bangun pagi pun ok, cuma merengek sikit2 sejuk katanya. Pastu suruh aku masukkan car bumblebee dia dalam beg baju yang nak bawa ke rumah pengasuh. So, aku ikut je la...sekali tu masa otw ke sekolah dia cakap lagi tak nak g sekolah. Pujuk2 la kita orang. Umpan dia dengan mainan. Kalau g sekolah mama papa beli transformer lagi besar. Pura2 tanya la dia nak robot yang mana...huhuhu, dah sampai sekolah, tak nakkkkk keluar kereta pulakkkk...adoiiii...tengok budak lain hepi je lari sana sini....Dua orang teacher dia pujuk. Kami tinggalkan aje...

Selalu aku call pengasuh tanya dia macam mana balik sekolah, kata pengasuh ok je...hepi je...

Apa masalahnya niiii????
Culture shock kah? Kena buli kah? Masalah komunikasi kah?

So aku hari ni dah tension2 dah memikirkan si abang ni...

Dalam pada duk memikirkan masalah ni, aku pon sempat la mengugel. Adalah petua menangani masalah ni...ni aku CP kat sini.



Menangani Masalah Anak Tidak Mahu ke Sekolah

Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.

Antara Penyebabnya
1     Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah
2     Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah
3     Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.
4     Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya
5     Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat
6     Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan
7     Tidak suka bangun awal pagi
8     Tidak suka dengan persekitaran sekolah

Cadangan Penyelesaian
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti;

1     Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..

2     Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.

3     Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.

4     Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin

5     Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

6     Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7     Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).

8     Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.

9     Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.

InsyaAllah aku nak cuba petua ni..harap2 semua jadi ok. 
Si adik pun sama sejak dua menjak ni asyik menangis je pagi2 bila tingalkan kat rumah pengasuh. 

Poning kepala mak kamu ni anak2....Nasib baik kakak pagi2 ok dan tak buat perangai dah.....





Tuesday, February 7, 2012

Hari Terakhir Cuti...Mari Kita Masak-masak~~~

Hoho, nasib baik hari dah last cuti! Pengsan haku dikerjakan 3 kenit ni...apa pun maintain...
MrCho kerja jadinya aktiviti aku kat rumah je la, melayan anak3 sambil memikirkan permintaan tekak.

Pepagi buka peti ais sambil plan apa nak bikin today...keluarkan ikan, ayam, sayur. Semalam macam nak buat siakap 3 rasa dengan puding roti. Check bahan semua ada, so on tapi tu projek petang2 sikit. Puding roti untuk makan petang, siakap untuk makan malam. Sekarang fikir untuk 3 kenit...hehehe, semalam ayam goreng, hari ni ayam kicap la pulak...oh ya, ada lala! Toinggg, buat masak lemak cili api best gak ni...

Sebelum operasi cef bermula, siapkan kenit3 dulu. Mandi, breakfast. Jamu je kek batik semalam. Semua makan tak ada bunyik! Settle hal kenit3. Operasi jemur baju, cuci baju, settle...

Petang memujuk abang siapkan kerja sekolah. Sejak cuti sabtu hari tu, beg sekolah pon tak buka. Hari ni kena settle kerja sekolah. Malam nanti, papa dia balik banyak plak entertaimentnya, bercinta ler nak siapkan kerja sekolah nanti...dari pagi duk tanya psp. Tak sabar tunggu papanya balik nak psp. MrCho bawa nak pergi install software apa ntah!



Siapkan kerja sekolah dengan muka tak berapa nak redo! 


Kakak plak asal abang buat kerja sekolah, dia pon kelam kelibut cari buku ngan pensel nak siapkan kerja sekolah jugak! Harap2 rajin macam ni juga bila dah sekolah nanti...

Sekarang meh la pulak kita layan hasil yang aku duk gebang kat atas tu...ni baru best nak layan...ekekeke...

                                Puding roti krup..krup...abang siap request nak bawa g skolah esok...

Siakap 3 rasa...T________T. Pestaim buat! 


 Sawi ikan masin...kailan tak ada, sawi pun jadi...

Lala masak lemak cili api....pedas siot!

Haihhh, si princess nombor 2 ajak tido la plak..tarik2 tangan ni..stop sini la dulu...

Ni lah Kek Batik Aku Siang Tadi~~Dalam Versi Resipi

Hasil siang tadi....


Rasanya? Mabelesssss....

Nak buat kek ni senang sangat. korang hanya perlu ada (ni versi yang aku buat tadi):
1 bungkus biskut marie (apa2 nama pon boleh - pastikan yg warna cerah)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu besar susu pekat (optional - rasa lebih lemak kalau letak)
3/4 serbuk koko
1/2 cawan milo
1/2 potong butter
1 cawan air

cara buatnya:
Biskut marie patah2kan (aku patahkan 2 bahagian)
Campurkan gula, serbuk koko, serbuk milo, susu, air - panaskan atas api sederhana. Kena selalu kacau supaya tak berketul. Kacau hingga sebati pastu masukkan butter, kacau hingga butter hancur then masukkan telur. kacau supaya telur tak berketul. Apabila adunan tu dah agak pekat/likat bolehlah masukkan biskut marie yg dah dipatah2kan tadi. Gaul hingga sebati adunan coklat tu ngan biskut. Masukkan dalam loyang. Tekan2 sikit bagi pada dan rata. Sejukkan sekejap. Masukkan dalam peti sejuk bagi kek tu keras sikit. Now bolehlah potong then makan....Sedapppppp....

Monday, February 6, 2012

Kek Batik~~~~Misi Menclearkan Gobok

Cuti, so aku tak tahu nak bikin apa. MrCho keje, esok pun keje...:-( Anak3 asyik cakap nak makan kek. Semalam beli 3 ketul, licin diaorg makan seketul sorang.

Hari ni sambil2 menclearkan peti ais, kabinet semua aku dapat bahan2 buat kek batik. Boleh la, senang lagipun. Elok je dua princess tu tido aku pun mulakan misi...hehehe



 Bahan-bahan yang aku guna untuk buat kek batik


 Model kek batik. Asyik la dok tanya bila nak buat kek, bila nak buat kek...


Siap, tapi belum boleh makan. Kasi sejuk&keras dulu dalam peti sejuk!

Kejap2 buka peti abang nih, nak tengok dah boleh makan ke belum. Sabar anak, kejap lagi...pastu siap cakap ngan aku, abang mana boleh makan sejuk2 mama, nanti abang batuk...nak tergelak aku. Abes, abang duk minum vitagen sejuk, minum milo ais tu, apa cerita plak! kahkahkah...

Dalam peti ais ada lagi roti, dah expired semalam. tapi dah aku sumbat dalam peti ais, boleh la makan. nak makan macam tu memang tak ada sapa boleh telan la, so plan esok buat puding roti...

Friday, February 3, 2012

PSP dah pulih, beginilah jadinya...



Semalam MrCho cuti hari wilayah. So, ada la masanya dia pergi repair psp yg berkurun dah rosak.

Ikutkan aku tak payah repair sebab benda ni berhantu kalau dapat kat abang. Bukti, tengok ni la, mana dia peduli sekeliling!



Sekarang ni dah pukul 12, masih hadap bendalah psp ni. Suruh siapkan homework pun bercinta. Kena pujuk baekkkk punya baru dia nak buat. Sapa pun tak leh pegang psp ni. Letih dah aku suruh pegi tido. Asyik jawab kejap, kejap...

Esok sekolah. Dugaan lagi la ni kejutkan dia pepagi. Siap2 pakai baju sekolah, sambung tido...



Sampai macam ni gayanya...

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 31, 2012

Telur Atas Dahi

Hujung minggu hari tu kan MrCho bawa kita org g pantai. Memula dia cakap kat aku nak g PD. Cakap pun dah lewat dah. so, malam tu menggelupur aku mengemas kain baju sebab nak bermalam. Alih2 dah dekat kul 12 malam dia kata nak g bagan lalang pulak. Aku on je, mana2 pun. Bukan senang nak tunggu dia bawak keluar puchong kecuali balik kampung!Hehheh...

Bagan lalang pon bagan lalang la..dengar cerita tempat tu dah cantik, so tak sabar tunggu pagi esoknya...
Bukan cerita pasal bagan lalang aku nak syer kat sini. Gambar maha banyak. Belum sempat transfer dr kamera, hphone aku, hphone MrCho, hphone adik2 aku...(jangan esok2 aku letak 2, 3 gambar je nanti..hikhikhik...). Nanti2 la pasal bagan lalang tu.

Ni aku nak tunjuk akibat kebuasan dan keaktifan melampau adik...huhu, luluh hati mama, dik tengok kamu jadi begini...cedera.......

Gula2 kat tangan. Tak jatuh dari tangan masa dia tersembam tu..huuu laaa.. 


 Sambung makan gula2...

Jatuh masa kat bawah rumah. Tunggu MrCho sembang ngan kawan dia. Dia org bertiga ni sibuk la berlari sana sini. Macam mana tah adik terjatuh. Dia pegang baju aku, tarik2..macam mana tak tahu terlepas terus tersembam kat lantai. Memula aku tak tahu kena kat mana. Dia nangis kuat semua orang pandang. Rambut depan dia kan panjang so aku tak nampak memula kat dahi dia tu. Dah selak2 rambut baru nampak benjol tu...hadoiii..terus naik.

Yang kelakar tu masa kat bawah ada la jiran tu bagi dia gula2..masa jatuh tu gula2 tak terlepas dari tangan. Naik atas dah tuam tempat benjol tu, sambung makan gula2...kahkahkah...

Sebelum tu masa kat rumah popo masa CNY hari tu dh benjol kat dahi belah tu juga. Lebam tak hilang lagi, jatuh lagi. Tak serik2...

Hari tu abang pun jatuh, benjol kat dahi macam tu gak! Bahaya tak ek???






Monday, January 30, 2012

Awan Nano~~~~

Lagu kesukaan oleh penyanyi kegemaran. Sekali menang AJL, berganda2 suka jadinya...


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini


Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

  
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


-Hafiz-

Dah banyak tahun tak layan AJL, semalam tengok sebab ada lagu ni, sekali menang. Tak rugi rasa tengok. Ahaha...

Klik Me

Klik! Klik!