Thursday, November 24, 2011

Apasal Kakak, Kejelitaan Sudah Hilang??



Tengok2 rambut kakak macam gitu g ambik dia kat rumah pengasuh...rasa nak nangis pon ada..

Senget benget jadinya..punya la aku simpan rambut dia last2 dipotong...

Nak keluar jalan pon rasa macam malu..haihhh..tapi kata kakak rambut dia cantik...

Rambut depan adik pun kena gak tapi tak nampak sangat...

sambung nangis
posted from Bloggeroid

Monday, November 21, 2011

Selesai Satu Tanggungjawab Kecil

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami melaksanakan satu tanggungjawab kecil peringkat pertama untuk abang. Semalam kami bawa abang mendaftar untuk prasekolah. Hoho, umur abang dah nak masuk 5 tahun baru nak hantar sekolah. Saja aku nak bagi dia alami zaman kanak2 dia dulu, then baru masuk sekolah.

Sesi IQ Test

Nampaknya dia pun teruja nak masuk sekolah sesi januari 2012 nanti..asyik tanya bila abang boleh pergi sekolah.

 Teacher tu buat IQ Test sebab kata teacher tu agak lewat umur 5 tahun masuk sekolah. Biasanya 3, 4 tahun kanak2 dah dihantar belajar. Syukurrrr dia cepat tangkap dan resultnya dia boleh ikut umur 5 tahun punya silibus. Hehe, bangga...bangga...MrCho lagi la sebab katanya tak sia2 dia bagi abang main game...huhhh! Game2 tu boleh ajar abang concentrate katanya...Tapi aku dah warning, dah sekolah game sekali sekala saja...

 Tengah gigih buat test!
 
Tadika dia tu lebih kepada chinese school sebenarnya. Mula2 aku macam tak nak tapi MrCho kata survey dulu. Masa kitaorg sampai ada parents melayu pon datang daftar anak dia, rasa lega sikit. Aku tanya macam2 dah kat teacher tu. Setakat ni ok la dari segi food paling aku risau. Katanya banyak kanak2 melayu kat situ, makanan semua halal katanya, siap tunjukkan jadual menu Monday - Friday lagi...Kat tempat letak kasut pon dia letak nama masing2, ada beberapa orang nama melayu. Lega...

Bahasa pengantar kat sekolah tu bahasa inggeris, semalam teacher tanya abang dalam bahasa inggeris, dia suka komputer ke tak, dia jawab suka. Aku tak tahu dia faham bahasa inggeris atau dia dengar perkataan komputer buat dia faham, tapi dia jawab suka, so aku andai dia faham la ayat teacher tu. Sama jugak bahasa cina, kantonis la aku syak dia faham sikit2 cuma dia malu bila papa dia suruh sebut. Popo dia selalu tersalah cakap kantonis dgn dia, dia mcm faham apa popo dia cakap tapi dia malu nak cakap..

Bulan 12 nanti kena pergi collect uniform an segala bagai peralatan. Tak sabar aku! Hahaha, tu baru anak nak masuk tadika, belum lagi universiti. Orang lain anak masuk uni pon tak kecoh..ahh, biar la, orang..orang..aku..aku..nak ikut orang sampai bila pun aku tak akan jadi aku (falsampah ni weii!)...

 
Kakak pon teruja! Kakak sabar dulu, ya...

Adik mana? Adik tertidur dalam kereta. Gigih kat rumah tak nak tido sebab tahu nak keluar...pastu baru je keluar gate, terus zzzzzz......

Friday, November 18, 2011

Meeting

Baru dapat emel dr org besar. Next monday miting, wed&thurs pun miting...hadoiii miting apa ni wei banyak sgt ni..

Macam ni tak payah buat kerja la, kita miting je setiap hari...ho-ho..

Aku dh la plan nk cuti rabu sekali ada miting la pulok, yong! Aku try selasa ko ok tak?

MITING adalah benda paling aku tak suka sebab dalam miting semua gah2 tapi sebenarnya alahaiii...

Satu saja harapan aku, semoga orang miting aku tak tido...kahkahkah...

Makan! Makan! Makan!

ehem..ehemmm...cantik cuaca pagi ni...

Malam tadikan ada bola, kan Malaysia lwn Indonesia. Mulanya aku tak tahu sebab aku bukan kaki bola, tak ikut pon perkembangan sukan sea. Tengok2 macam tu je la...Hari Ahad hari tu tgk bola Malaysia lwn Cambodia. Itupun sebab adik aku tengok, aku pon tengok gak la, sekali tengok kami duk gelak2 pasal macam tengok pemuda2 kampung main bola waktu petang lepas habis kerja...huahuahua...tapi aku suka macam ni sebab tak stress nengoknya...

Malam tadi masa aku menunggu MrCho kat mamak, dalam kul 7.50 mcm tu. Dh dekat2 kul 8 tu macam berpusu2 org masuk. Ramai plak lelaki berlonggok2 kat meja. Aku tak tengok tv, cuma dengar dan tahu la pasal sukan sea. Sekali tuh dgr diaorg sorak2, barulah aku tahu ada game. Aku tgk ke tv nmpk player baju kuning, tahu la itu Malaysia lawan. Aku pun wah2, syok ni!

Tapi baru je aku nak syok, MrCho call dia dah nak sampai ajak aku g makan kt Alissara. Pulakkk...hehe, i on je..

Kat Alissara, tv dia kecik je, duduk jauh plak tu. Tv pon tak nampak. Dari meja aku kena terjengok2 baru nampak, so malas layan!

 
 Taim Malaysia gol tu aku kat alissara. dengar suara golll tu kecik je...hehe, semangat kurang sebab aku syak kat situ banyak org siam g makan. Bersebelahan meja aku makan pon sekumpulan student siam aku syak..prang..prang..prang..dgr diaorg sembang!

Mud tengok bola pun dah tak ada la...Meh layan food lagi best!

 Nasi Goreng Alissara MrCho punya, Nasi Goreng Ayam Pedas aku punya. Kat atas nasi goreng aku ada petai, kihkihkih MrCho hias ambik dari nasi goreng dia...

 Salad seafood - lala, sotong, udang, ikan pari

Tembikai susu 

Udang goreng tepung

Tak habis, nasi goreng sedap tapi pedas giler!! Tak daya dah aku nak habiskan..MrCho pun bersisa...

Bila dah balik rumah, nak bukak tv tengok bola haremmm la kalu dapat. Kenit3 konker tengok kartun benard!
Langsung aku lupa pasal bola...kita menang 1 - 0 kan?

Thursday, November 17, 2011

Petang yang Dingin


 Gambar google

Ha, kenapa tetiba kan aku p letak gambar mamat ni?
Tak de pape la, saje je sebab tadi aku jumpa mamat ni kat speedmart...

Tak perasan dia pon kat dalam kedai tu, sampailah kawan aku bisik kat aku, "tu artiskan?"
Bila tengok aku ha'ah je la tapi lupa nama apa. Sorang lagi kawan yg cakap tu fizo omar la...hensem gak la aku tgk mamat ni kt luar tp kurus je...
itu je lah nak cerita pasal mamat ni.

Eh, sejak pindah ofis ni selalu je jumpa artis taim g lunch...hahaha
Ofis aku dekat2 ngan ofis pakcik devid. Selalu gak la g makan kt kafe dia miglemon, selalu artis2 lepak kt situ..
Pelik aku pakcik devid ni, dulu masa ofis aku kt usj, dia pun kt usj, bila dh pindah sini, ehhh tgk2 dia pon pindah kt sini...hoho..tak tahu, kami ikut dia atau dia ikut kami!

Semalam aku teringin nak makan mihun sup. Cakap ngan MrCho sekali dia g beli mihun sup yang bukan macam aku nak. Daging, bukan ayam. Rasa pun tak best, dah la 5 inggit, yang aku nak isi ayam carik2 tu harga 3.5 inggit je...

Yang aku nak macam ni la...gambar google

###Yong, aku teringin nak makan nasi goreng pedas kat alissara mcm hari tu laa...hoohoo..

Wednesday, November 16, 2011

Celebrate Besday @Kedai Mamak Pon Bolehhh!!

14/11 hari tu kan besday MrCho. Malangnya hari tu jatuh hari isnin. Kerja.
Kebetulan pulak malam tu ada la kejadian sentap sikit jadi aku no mud nk hepi2 riang ria..

Pada hari isnin tu, aku kat ofis aku n dia kat ofis dia bersms sehingga la i lap u, u lap me la...gituuu..kehkehkeh...

Plan lepas keje nak g makan2 tapi malang juga hujan lebat mencurah2 mematikan niat nak g makan2 tu.
Sudahnya berdinner la kami berdua kat mamak tanpa anak3 sebab aku menunggu dia kat mamak balik keje terus la makan kat situ. Lepas tu baru g ambik anak3..

Oleh sebab aku gedik2 ambik gambar, aku letak la kat sini tanpa ada niat nak menunjuk pon sebab makan ciken chop mamak langsung tak sedap!


Aku punya ciken chop biasa, MrCho punya ciken chop black pepper.

Aku punya tak habis pon, MrCho punya licin...

Tuesday, November 15, 2011

Aku dan Kawan-kawan

Kawan2 aku tengah tunggu cerita ni, aku tahu..hehe..
Tapi sebab aku tengah bizi nak finalise keje aku ni, so jadinya tertangguh beberapa hari. Takpe la, belum basi...

Sabtu hari tu aku keluar jumpa bff aku. Lepak kat mekdi, lokasi dirahsiakan! kuangkuangkuang..

Sepatutnya kami berempat tapi tak jadi berempat sebab seorang demam sebab makan daging banyak sangat taim raya haji hari tu...

Kenit3 aku mana? Kenit3 semua tinggal kat rumah kebetulan adik aku datang jadinya dia jadi pengasuh kejap. Tq, cik noli, nanti aku jutawan aku v banglo sebijik!

Melepak la kami kat sana dari kul 8.45 pagi sampai kul 1 lebih..hahaha, pekerja kt mekdi yang bersihkan meja tu beberapa kali pandang meja kami tapi aku buat taktau saja...



Kami order set breakfast, sampai org dh order set lunch meja kami masih lagi ngan set breakfast! Kz belanja..hehe tq kz.

Kul 8 aku dah keluar rumah, nasib baik aku berjaya saikokan kenit3 aku yang aku nak g kerja. Percaya je diaorg. Aku ugut nak hantar rumah pengasuh, semua tak mau, nak duk rumah ngan cik noli...sekali sekala mama macam tu anak3 ya..

Sebenarnya tak cukup masa kita org hari tu, tapi aku risau juga la nak melepak lama2 sebab teringatkan kenit3 aku kat rumah tu. Kalau kat rumah pengasuh tak la risau sebab dah biasa ambik malam.

Banyak betul cerita hari tu, tu pun tak habis lagi. Isi kandungan takleh la nak cerita kat sini. P&C katanya...haha..
Tapi tu la, dah lama tak berkawan, rasa seronok plak. Sesekali dapat legakan stress. Orang laki senang, nak keluar bila2 masa je boleh, org ppuan ni susah sikit, nak pikir anak la, rumah la, itu la, ini la...haihhh...tak semua la begitu. Eh, ke aku je begitu? Aku isteri dan ibu mithali so kena la pikir semua tu sebelum berjimba2...ehem..ehemmm...


Kat luar hujan, kesejukan kami kat dalam, tapi tahannn, sampai aku tiga kali g tiolet, nasib baik toilet dekat...


 Tetiba aku blurrr, lupa apa nama bendalah makanan ni...

 Baru perasan baju korang hampir serupa..kihkihkih...

 Eh, korang lagik!

Lagiiiii korang...heh..heh..heh..

Kat bawah ni saja aku nak menepek sebab kejadian juga adalah hari sabtu selepas aku balik dari dating tu, terus masuk dapur. Dah aku kata aku isteri dan ibu mithali...

 Sup tulang - ketua menu

 Bawal kukus asam pedas untuk MrCho

Menu sampingan

Abaikan alas meja aku yang berkelaring tu, ya...belum ada duit nak beli baru...muahahaha..
Melimpah ruah ngan makanan atas meja aku...makanlah sekalian isi rumah..hehehe...

P/s:yong, inilah hasil hari sabtu masa kita ber'whatsapp' aku kata aku tgh masak tu....








Klik Me

Klik! Klik!