Thursday, March 31, 2011

Dahhh...

Alhamdulillah, selepas dipush2 kan oleh aku tengah hari tadi, akhirnya bankcapbulanlima mengkreditkan duit kami yang ditelan dua hari lepas....terima kasih sekali lagi kepada bankcapbulanlima kerana telah menyusahkan aku dan terpaksa call..call..call dan calllllllllllll....bil tepon aku sapa nak bayar??? Hmmm

Itu saja utk hari Khamis malam Jumaat ni....

Hati Masih Gundah Gulana

Orang lain punya kelemahan, kami yang kena tanggung...aduhai bankcapbulanlima, kenapa korang teruk sangat? Kenapa lembap sangattt??? Ko nak kena aku bakar ke? Tensennnnn separuh mati!!!

Macam mana nak hilangkan gundah gulana hati ni? Nk shoping duit dh kena telan bankcapbulanlima..huhu.
Bagaimanapun aku mengharapkan hikmah disebalik yg berlaku...

Otak aku dah jadi lemau...meh layan gambar je la...


Nasi ayam tak sedap sungguh


Haiiiii....


Saya lagiiiiii


Ah, malas nak layan mama saya la!


Abang layan games


Bersungguh-sungguh


Kakak, sopan sikit...


Hmmm, kakak...kan dh jatuh!
 
Nasi lemak aku makan pagi Rabu


Wednesday, March 30, 2011

al-Fatihah

Perkhabaran dari kampung, pok ngoh meninggal pukul 3 petang tadi...innalillah...semoga roh beliau dicucuri rahmat...aminnn...
Dari Dia kita datang sudahnya kepada Dia kita kembali.

Kepala Harimau Punya Pasal

Baru semalam aku buat n3 pasal MARAH, malamnya tak semena2 aku jadi PEMARAH. Malam aku malam tadi lebih kepada geram, cuak, risau dan sebagainya yang membolehkan aku tak lalu makan (nasib baik kejadian tersebut selepas aku dah makan).

Alkisahnya malam td MrCho nak cash deposit duit gaji kami berdua ke dalam akaun BANKCAPBULANLIMA aku. Duit gaji kami dari akaun bank lain, keluarkan semua then masukkan ke akaun BULANLIMA aku tuh…Tujuannya biarlah rahsia. Adalah sebabnya kenapa berlakunya perpindahan tersebut, bukan suka2 keluarkan dari akaun sana, masukkan ke akaun sini.

Bila dah campur duit gaji kami berdua, so, jumlahnya dah menjadi ribu la(org lain x heran pun)…Duit tu kami nak gunakan untuk bayar segala hutang-piutang dan juga belanja harian…
Urusan semua tu MrCho yang buat aku ngan anak3 dlm kete. Dalam 15 minit macam tu dia datang ke kete, ambik hp patah balik ke bank…aku dah cuak, mesti ada problem…lama gak dia mundar mandir sambil menelefon tuh…bila dia dtg aku terus tya, katanya, “bankbulanlima ni memang suka myusahkan org, dr dulu abg memang tak suka bankbulanlima ni…bla..bla..bla….” (sambil marah).

Dipendekkan cerita, rupa2nya masa dia masukkan duit dalam mesin ATM tu, dah masuk duit, mesin hang, terus keluar kt skrin OUT OF SERVICE…..WE’RE SORRY….huhu gigil kepala lutut member..dh call customer service buat report, ktanya kena tunggu 5 hgga 7 hari baru duit akan dikreditkan ke akaun aku….haaaaaa?????? Nk stop kat sini sajalah, jantung dh berdegup kencang ni, kang x pasal2 balik ptg kang aku pakat ngan MrCho g bakar bankcapbulanlima kat tempat aku tuh!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Penyeri Hidup Aku

Memperkenalkan 3 insan yang mengindahkan hidup aku(kami) hari2...Putera dan puteri2 yg buat aku ketawa, geram, menangis....huhu


Abang - Airil Najmi Cho

Kakak - Aimy Nur Hanna Cho


Adik - Aimy Nur Qaireen Cho
3orang budak nakal nilah yang menjadikan rumah aku macam pasar....bingittttt....hohoho, sorii jiran2 kalau pepagi dah terganggu dengar suara budak nangis dan suara mak budak terjerit2...hehe

Nota kaki: Sayang anak3 mama ni, walaupun macam2 perangai tapi sukerrr...

Anda Rasa Nak Marah Takkk??

Setiap orang mesti tak suka apabila kena marah, kan? Lebih2 lagi kalau kesalahan yang dilakukan itu sangat kecil, walhal tak perlu marah pun tapi pihak kedua ni nak juga marah untuk puaskan hatinya, mungkin…

Mengapa orang suka marah-marah? Siapa yang bermasalah? Orang yang marah atau orang yang kena marah sebenarnya bermasalah? Haaa, hambekk, byk benar tanda soalnya…..

Aku, kalau betul aku buat salah, aku boleh terima orang marah aku, hamun aku tapi aku pantanggggg sungguh kalau aku kena marah berpunca dari kelalaian si pemarah sendiri atau orang lain punya hal tapi aku pulak yang kena marah….sungguh tak bertamadun di situ….

Ni aku jumpa masa goggle…dari siapa dah lupa, izin share ya….

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah. Antara langkah yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan marah ialah:
a) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dunia akan menjadi aman jika semua makhluk begitu.

Eh, u tak pernah marah ke? Takkkk, haku pun ada perasaan nak marah & marah orang tapi aku marah bertempat dan beradab la….jaga juga air muka orang yang nak kena marah tu…kalau aku marah orang tu biasanya aku akan maki hamun orang tu dalam hati je, selebihnya aku menangis je….huhuhu…(patut la Hanna suka menangis, ngikut mama dia rupernya). Ada juga aku lepaskan kemarahan tu dgn cerita pada orang lain, macam ni tak elokkan? Tapi aku insan biasa….huhuhuhu….

Ok, cukup dulu untuk renungan hari ini…ada peluang aku muncul lagi untuk n3 seterusnya hari ni…

Monday, March 28, 2011

Kalau Gelap Ada Hantu

Pada sabtu malam hari tu, kan kena off lampu pada 8.30 – 9.30. so, aku cakap pada Najmi pukul 8.30 nanti kita kena tutup lampu.
Aku: Abang, 8.30 nanti kita tutup lampu, eh, 1 jam je…
Najmi: Ok..

Tepat 8.30.
Aku: Abang dah 8.30 ni…mama tutup lampu, ya…
Najmi: Kenapa dah nak tutup lampu, mama? Kita nak tidur dah ke? Papa belum balik ni..
Aku: Belum, kan malam ni EARTH HOUR, kita kena tutup lampu kejap je…
Najmi: Kejap abang tengok kat luar. Eh, dah malam, gelap la mama, mana boleh tutup lampu, nanti Adik Eyin nangis takut ada hantu…tak payah tutup lampu la, mama…

hehe, maka tak menyahut seruan la aku malam tu…niat ada tapi budak kecik belum memahami…Tahun2 sebelum ni aku ada buat, yaaa

Klik Me

Klik! Klik!