Akak test ni ya, akak test..guna phone. Kalau sesuai n memudahkan akak, kita go on. Kalau memeningkan akak, hehehe akak uninstall. Senang je akak ni. 😉
Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Thursday, July 6, 2017
Wednesday, July 5, 2017
Assalamualaikum
Bersua kembali.
.
.
Setahun dah rasanya last post akak hari tu. Maknanya setahun satu post! Hahaha aci tak? Bukan apa, akak menulis ni pun bukannya untuk apa-apapun sebenarnya. Untuk kenangan akak dan anak-anak akak je pun. Tapi kepada yang sudi membaca dan menjengah tu akak ucapkan terima kasih bebanyak.
Dalam tempoh akak menyepikan diri setahun ni banyak kejadian yang berlaku dalam hidup akak. Ada sedih ada gembira. Give and take. Dua-dua mempengaruhi keseluruhan hidup akak. Nanti akak tulis kat sini. InsyaAllah.
Anak3 akak yang dulu selalu menghiasi blog akak ni pun dah besar belaka. Dah pandai cakap, "Mama ni suka buat Hanna stres" bila dia bad mood. "Mama hari ni cikgu suruh buat karangan tentang ibu saya. Hanna tulis, ibu saya suka berswafoto..." Amboi ko nak, fitnah tu, mama ko ni mana ada suka berswafoto, pemalu orangnya! hahahaha
Cukuplah dulu intro hari ni. Tak jadi kerja akak nanti. Sebelum berlalu, nah akak perkenalkan ahli baru dalam keluarga akak
di samping abang dan kakak-kakaknya
Jadinya sekarang, akak tidak lagi guna 'anak3' sebaliknya tukar jadi 'anak4'.
Bye.
5/7/17

![]() |
| Airil Mikhail Cho (136 days) |
Jadinya sekarang, akak tidak lagi guna 'anak3' sebaliknya tukar jadi 'anak4'.
Bye.
5/7/17
Wednesday, June 8, 2016
Kembali Lagi
Assalamualaikum.
Belum terlambat lagi akak nak ucapkan ramadan kareem. Dah masuk hari ketiga. Cergas lagi akak ni. Hehehe..
Tahun ni akak try tukar time masuk ofis dan balik ofis. Masuk pukul 8, jadi akak balik pukul 5. Kebetulan seminggu ni anak-anak belum bersekolah jadi akak tak lah kelam kabut seperti selalu tu. Lagi pula tahun ni anak-anak apak dia hantar ke rumah pengasuh lewat sikit. Clean sikit otak akak keluar pergi kerja pagi-pagi. Start minggu depan akak tak tahulah macam mana kejadian pagi petang nanti.
Lama akak tak menulis kat sini. Ada juga kawan yang tanya. Sebetul dan sejujurnya akak tiada ruang nak menulis. Walau bagaimanapun masalah akak yang paling besar ialah MALAS. Akak penat kot. Maklumlah ibu dan suri rumah bekerjaya katakan.
Dua hari buka puasa ni akak masak. Dah katanya balik pukul 5. sempat la akak masak simple-simple. Alhamdulillah semuanya tak cerewet. Asal ada ayam goreng akak rasa dah selamat dah menu akak setiap hari. Ni akak tengah pening-pening fikir nak masak apa petang ni sebab ayam habis. Ehhh, tengah duk fikir-fikir tu tetiba Mr.Cho wasap kata berbuka kat luar malam ni. Akak apa lagi yahoooo la sebab tak payah pening dah. Terus reply wasap Mr.Cho guna emoticon keluar love kat mata. Hahahaha...
Tadi dekat grup wasap sepupu sepapat, kazen akak pedajal g hantar gambar perut lembu berendam dalam air asam (Makanan feberet akak ni. Biasanya time raya haji je ada perut lembut yang jenis panjang macam tali tu). Tengah hari pulak tu gambar tu muncul..Ermmmmm sedapnya!
Sebelum akak stop meh akak belanja satu gambar putera puteri akak yang dah besar panjang. Dulu-dulu selalu la diaorang jadi bahan akak bercerita kat sini. :-)
Bye..Selamat berbuka uolls..

Sunday, August 2, 2015
Vape
Fenomena katanya...
Bukan saya la, tapi Mr.Cho...dh dekat kul 12.00 am tapi masih depan kedai bendalah vape ni. Tak paham daku aksesori orang lelaki nih. Sejak bervape ni Mr.Cho dah tak beli rokok. Usaha untuk berhenti merokok katanya.

Wednesday, July 29, 2015
Cerita Raya #kosongkosong
Sambung balik cerita semalam.
Tahun ni, tak tahu kenapa lupa nak bergambar sefamili.
Bukanlah lupa sangat, tapi tak sempat. Lagi pu;a ratu gambar tak ada di rumah
tahun ni pada pagi raya pertama. Orang beraya rumah mentua dulu katakan.
Gambar tak senonoh banyak la…huhuhu
Biasa pagi raya lepas diaorang balik sembahyang raya,
makan-makan, salam-salam kejap, terus bergambar. Tahun ni macam mana ntah lupa
pulak pada awalnya. Sedar-sedar, abah dah tukar baju pakai pelikat basahan dia
nak g bagi makan lembu dia dan lepas tu nak g sembahyang jumaat pulak. Pastu
ada orang datang pulak. Tak kan nak suruh tetamu berjamu selera kami sefamili
sibuk bergambar kenangan dak?
Petang baru kami berjalan. Tahun ni best sebab satu kereta
boleh muat semua famili (8 dewasa, 3 kanak-kanak). Berhimpit sikit la tapi
masih ok..mueheeee. Tak ada yang tercicir.
Tahun ni rasa puas bercuti. Tapi kalau boleh nak tambah lagi
cuti. Hehehe. Masa otw balik KL, Mr.Cho cakap tahun depan kita cuti panjang
sikit lagi lah…barulah banyak rumah sedara dapat pergi. Amboii!! Yu tak apa la
cuti boleh ejas sendiri. i???
Saya, tiap kali raya memang tak ada masa pun nak menziarahi
kawan-kawan sekampung atau kawan-kawan sekolah. Ada saja rumah saudara mara
yang hendak dikunjungi. Maklumlah keluarga kami besar. Memang tak habis pun.
Keutamaan diberikan kepada saudara mara yang tua. Usahkan kawan-kawan, jiran
tetangga pun satu dua rumah je pergi. Itupun rumah yang bertemu tangga je…sungguh
kurang silaturahim!
Sesuatu yang tak best tiap kali raya ialah jem. Sana sini
jem. Mengalahkan jem nak pergi kerja di Petaling Jaya.
********************
Sabtu ni Mr.Cho ada jemputan kahwin ke Sg Petani, Kedah. Baru
juga teringat Hanna & Qaireen ada sport day hari Ahad. Tak tahu nak pilih
yang mana. Kalau pergi Kedah, Ahad baru balik. Tak sempat nak pergi sport
day..hmmm fikir dululah.
Ntah apa-apa cerita raya daku kat atas tu. Tak macam cerita
raya pun. Gambar tak ada tak best nak bercerita. Gambar tak senonoh segan pulak
nak letak.
Tuesday, July 28, 2015
Cerita Sebelum Raya
Ok, baiklah. Dah lama tak menulis kan. Tuan blog sendu, blog
pun sendu lah jadinya.
Masih lagi dalam mood raya ke? Mulanya nak guna kata ganti
nama ‘aku’ tapi macam kasar pulak. Jadi baiklah kita guna ganti nama ‘saya’
ajelah ya.
Oleh sebab kita masih lagi dalam syawal, rasanya belum
terlewat untuk mengabadikan diari raya 2015 kami anak beranak.
Setiap tahun seperti biasa akan balik Pasir Mas. Kami tak
ada sistem giliran. Tahun ni rumah i, tahun depan rumah yu, tak ada macam tu…legaaa…tiap-tiap
tahun pun balik rumah i…hehehe
Rabu sebelum raya saya dah cuti tapi Mr.Cho kerja lagi. Kata
beliau kalau tak penat malam lepas buka puasa nak gerak balik kampung. Kalau
penat rehat sekejap, dalam pukul 3, 4 pagi macam tu baru gerak. Saya ok saja.
Dipendekkan cerita kami tak jadi balik lepas berbuka sebab Mr.Cho sampai rumah
dah azan. Berbuka minum air je, lepas tu laju-laju keluar cari makanan sebab saya
dah tak masak. Semua lauk pauk dah habis stok. Dah hujung-hujung Ramadan ni
biasalah banyak kedai yang dah tutup. Ada kedai yang kami pergi tu hanya ada
air je, makanan tak disediakan. Hoiiii, kalau nak sediakan air je baik tak
payah buka kedai. Masa kami sampai tu ada sefamili baru keluar. Saya syak
mereka pun macam kami kehampaan tak ada makanan. Menapak kami ke food court
depan tu. Yang ada hanya kedai jual air dengan kedai tomyam. Time order, pak
cik tomyam dah cakap lambat sikit sebab order banyak. Dah tak ada pilihan kami
order jelah. Apa yang terjadi, sejam setengah kami tunggu nasi goreng tak
sampai-sampai. Air dah tinggal dekat-dekat dasar gelas. Air Najmi dah habis.
Kanak-kanak 3 orang ni pun dah bosan menunggu. Najmi la kasihan sebab dia
puasa. Mr.Cho naik angin, terus tanya pak cik tomyam. “kejap, kejap” katanya.
Mr.Cho kalau dah marah kelaparan tu tak payah la. Terus kami keluar dari kedai.
Mr.Cho nak settlekan dulu urusan beliau yakni hantar satu lagi
kereta ke tempat kerja beliau. Nak parking kat rumah sepanjang ketiadaan kami
nanti macam tak berapa yakin. Tempat kerja dia insyaAllah selamat. Tahun ni cik
putih kena tinggal, tak balik beraya dia. Kehkehkeh..
Dah settle semua pukul 10 lebih. Barulah kami cari kedai
makan. Mamak lah jawabnya. Mood nak makan pun dah ke laut. Makan ala kadar je.
Pastu Mr.Cho nak g cuci kereta pulak! Hayaaaa, pukul berapa nak balik ni. Esok
pagi-pagi nak jalan jauh redah jem ni.
Akhirnya kami masuk rumah nyaris-nyaris pukul 12. Segera
arahkan anak-anak tidur. Bentang toto depan tv je, suruh mereka tidur situ je.
Keluyar masuk keluar masuk dah pukul satu. Mr.Cho kata 2.30 kejut dia. Maknanya
aku kena siapkan anak-anak pukul 2. Dan dengan sadisnya aku tak tidur malam tu.
Kitaorang keluar rumah pukul 3.30. Berhenti sahur kat Gombak pukul 4.30 lebih
kurang. Sampai kampung 2.30 petang selepas menempuh jem di Genting Sempah
sehingga lepas petronas dan sekali lagi jem nak masuk Kuala Krai. Nasib baik
Mr. Cho pandai cari jalan shortcut elak traffic light yang selalu jem tuh!
:: Saya rasa saya nak sambung esoklah. Hari saya dah tak ada
mood selepas mendapat perkhabaran tentang negara saya yang tercinta
#walaupunsayabukanorangpolitik
Monday, July 27, 2015
Jumpa Lagi
Assalamualaikum...
Kami wakil kepada mama kami.
Beliau lupa beliau ada blog...maafkan beliau. Busy benar beliau menguruskan kami bertiga yang macam-macam perangai ni..maklumlah kami kanak2 yang sedang membesar.
Kami berdoa moga mama kami rajin2 update blog tentang kami sebab bila besar nanti kami nak baca...hehehe
#maafkan kami mama kerana menceroboh blog mama..heheheee
Akhir sekali, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dari kami sekeluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)