Monday, December 17, 2012

Sudah Terbit, Sudah Kenal



Ini ialah buku dan inilah dia penyebab kesibukan aku beberapa bulan ni...dah lahir. Lega tapi takut. Takut nak tunggu respon...doa..doa..doa..harap semua ok!

Cerita lain.

Beto..beto..beto...aku baru kenal mamat ni. Aha, rugi plak tak tahu dari awal! (pang sedas). Mula-mula aku bayangkan beto ni macam palare tu. Yang pesen macam tu aku tak minat. Adik2 manja ofis aku selalu bercerita pasal beto. Terbaru pasal cerita Istanbul tu. Si adik manja sorang ni pula bercerita pasal cerita Aku Dia dan Tong Sampah. Malam kelmarin gigih cari kat youtube dan jumpa full cerita. Mengadap sorang2 dan gelak sorang2...beto hensem, siti saleha comel!

Gambar gugel

Sila tatap gambar di atas....(pang3jutakali!!!!)

Saturday, December 8, 2012

Iklan

Eh, sekarang ada iklan guna bahasa tamil lak ya? Sejak bila? 1st time tengok nih kt tibitiga! Sangat 1malaysia.... Kihkihkihkih

Sunday, December 2, 2012

I Dah Muncul...

Oh, musim sibuk sudah berlalu...semua sudah kembali normal...aku sukeee sebab sabtu tak perlu ke ofis... Now dah ada masa aku plak tak tahu nak story apa...tak kan nak bagitahu tadi aku masak sambal bilis sedap. Sebab masak sambal bilis adalah kerana buka peti ais, lauk tak ada..kahhh! MrCho malas nak keluar g beli. Nak layan citer cina katanya...hampessss *katakudalamhati*. Dah nak sangat tengok citer cina, nah sila makan nasi ngan sambal bilis je tengah hari ni...kata tak kan, tapi cerita juga...ah, cerita je laa.. Dan lagi aku buat puding roti. Roti gardenia beli kelmarin tapi baru sekeping berusik. Itupun qaireen makan main2...kalau tak buat apa2 confirm roti tu lanjut usia... Apalagi nak cerita? Dah lama tak masuk blog *blog orang sempat je masuk* sendiri, rasa macam hilang skill pulok. Kita ambik mood dulu la... Kebosanan. Qaireen tido, MrCho tanpa belas kasihan melayan citer cina dari tadi. Aku adalah ketensenan sebab citer cina sekarang dia tengok tak beshhh! Malam tadi nasib baik aku merajuk lite2, kalau tak kefrustan nak tengok harimau malaya membaham garuda...penyakit apa ntah asyik tgk citer cina 80an ni... Najmi n Hanna dah di bawa balik kampung oleh mak aku khamis hari tu...Kesunyian aku, nasib baik ada qaireen tapi dia dapat boboiboy @ princess, langsung tak layan aku dah...

Monday, November 12, 2012

Sebab-sebab Lama Tidak Muncul

FASA 1
Kesibukan melampau

FASA 2
Kesedihan

FASA 3
Ketidakpuashatian

Ketiga-tiga fasa di atas, cepat-cepatlah berlalu....:-(

Tuesday, October 9, 2012

Puting


 Gambar: Gugel


Dah masuk hari keempat. Nampaknya tiada masalah. Hati kena cekal dengar amukan dua kanak2 nih. Tapi nasib baik la amukan kecil-kecilan je. Berjaya dipujuk dengan janji manis je...Begitu la alkisahnya cerita dua kanak2 aku, sorang 3 tahun, sorang 2 tahun. Dua2 memuting.

Hanna insyaAllah tahun depan nak masuk school. Nak tak nak kena 'lepas puting' (kata orang Jerman). Walaupun bukan sepanjang masa dia hisap puting tapi kadang2 aku naik geram tengok. Bila kat luar dia ok la boleh tahan nafsu. Balik rumah dan masa nak tido, mesti cari puting. Dua2 sama, baik adik baik kakak.

Hari sabtu hari tu, aku tetiba rasa geram apabila dua2 cari puting. Aku ambik satu puting yang dah rosak, ambik gunting, depan2 diaorang berdua aku gunting puting tu. Yang dia orang guna aku sorok la, kang amukan tak terkawal kena bagi juga. Mula2 nangis si Hanna. Adik rilek je. Qaireen brutal sikit. Mula2 biarkan aje, pastu sian pulak, pujuk2 la dia. Janji beli puting baru. Suruh dia sebut nak puting kaler apa..berlumba2 dengan adiknya nak puting princess kala biru la, kaler purple la, kaler pink la....haha sebut je la anak kaler apa, yang pasti no puting dah! Dah besar semua.

Sejak tak berputing ni asyik la pulak nak minum susu. Susu botol belum stop lagi. Kesian plak kalau stop serentak. Kena bertabah aku malam2 tiga empat kali bangun buat susu. Qaireen paling kerap. kejap2 nak susu, dah habis sebotol kang setengah jam nanti dia mintak lagi...

Dan pagi tadi, dalam kul 5 macam tu, hanna kejut aku nak susu. Aku bangun buatkan dia susu. Dah bagi dia tetiba dia cakap "mama tak sayang hanna". Masa tu tak ada perasaan sangat sebab mamai2 lagi kot aku. Now teringat balik dialog dia pagi tadi. Tak tahu dia ngigau atau memang dia sebut. Sedih aku!! Dia selalu sebut ayat tu kalau aku marah dia. Time tu tak rasa sangat sebab normal je kanak2 cakap macam tu bila kena marah. Ni awal2 pagi macam tu, tak ke rasa syahdu..huhuhuhu. Jangan la cakap macam tu nak, mama sayang semua anak2 mama. Marah tu ikut kenakalan masing2 la...






Wednesday, October 3, 2012

Bercanda di Pasiran Pantai

Tengok-tengok dalam folder ada gambar ni. Ni masa pegi Bagan Lalang 16 September hari tu. Aku ada janji nak letak gambar tapi tak ada masa. Belek-belek jumpa gambar ni.

Hanna, rambut serabai baru bangun tido terus pegi pantai. Tu pun aku kejut sebab air cepat sangat surut. Rugi la kalau pegi pantai tapi tak main air. Ni hari kedua pagi sebelum balik. Hari pertama tu sampai waktu tengah hari, air surut. Diaorang main korek-korek pasir je la hari 1st tu...

Aku gigih bangun pagi nak bawa diaorang main pantai..hehe..Qaireen je tak nak bangun, so tinggal ngan papa berlawan tido dua orang!



Puas hati dua beradik ni main air pagi tu...

Papa, lepas ni tolong la pergi tempat lain pula...

Tuesday, October 2, 2012

Anak dan Phone

Dari tadi asyik la tangan ni duk tekan delete tekan delete sebabnya termati idea tiba-tiba... Time masa tak sesuai nak menulis banyak plak idea mencurah-curah. Bila dah masuk new post tak tahu nak cerita apa. Cerita tak ada poin boleh la. Setakat merapu meraban tu tak ada problem tapi syok ke orang baca? Kebelakangan ni sepi sangat dah blog ni. Sekarang ni tak tahu dah nak cerita apa. Teks je boring gak mesti nak bergambar baru ceria. Masalahnya banyak kejadian dah tak bergambar. Anak3 aku ni la. Pantang...pantang sungguh nampak phone. Bagaikan ada hantu merasuk, tak paham haku apa bestnya main game ni. Bukan kedekut nak bagi anak main phone, yang tak tahannya berebut. Dh bagi satu sorang tapi kejap je. Bila yang ni tengok yang ni main game ni, dia plak nak yang ni, yang ni tak bagi mula la gaduh rebut-rebut. Najmi selalu kena mengalah tapi kesian menangis jejeh-jejeh air mata. Hanna ngan Qaireen, no! Rebut sampai dapat kalau mak bapak tak halang. Tak tahan, now tepon sorok bila diaorg ada sekali. Merasa la sesapa call tak berjawab and sms berjam baru reply. Ada tu pagi sms, petang baru reply...hehehe..kalau yang call aku dapat la juga dengar suara orang batuk. Ada juga ingat aku tengah nazak sebab ada bunyi batuk kronik..aku pun tak tahu macam mana boleh ada sound efek tu bila aku fak jawab call. Dah call maxis ngadu, maxis pun hilang punca nak solve! Jadi sekarang apa kejadian memang tak leh rakam sebab akan jadi rasukan pulak kalau nampak phone. Tunggu MrCho hadiahkan DSLR la baru kita bergambar sakan. #%&*%#& Tetiba aku rasa apa benda ntah aku cerita... Qaireen dah pandai cakap susun ayat. Comei je dengar dia cakap. Paling terer bila mengadu kena pukul dengan kakak la. Siap dwngan muka dengan harapan kakak kena marah..kelakar! Hafal lagu raya anuar elina. Dah habis raya pun dalam kete duk ulang lagu sama...adoiii.. Supaya diaorang tak boring kat rumah sebab tak bagi main tepon, MrCho membeli cd cerita boboiboy. Hambek ko aku pun dah kenal watak yaya, gopal, jay, tok aba semua tu... Dua tiga hari lepas pulak dia beli cerita rapunzel tu. Aku pun kena hadap tu. Semalam suh MrCho keluarkan tv lama tu aku nak tengok tv. Dah lama tak tengok tv sejak kami lancarkan slogan katakan tidak pada astro...hehe, skrin kecik pun kecik la daripada duk ulang cerita sama boboiboy ngan rapunzel tu... Kahkahkah, terpanjang plak!

Klik Me

Klik! Klik!