Friday, July 13, 2012

Abang

Terujaaaa hari ni abang ikut trip sekolah dia pergi semenyih. Naik bas. Haihh, macam mana la, tak pernah naik bas seumur dia tu.

Hahaha, nak gelak juga tmpat dia pergi tu rice factory. Tengok orang proses beras ke? Apa pun ilmu juga tu. Lagipun nasi mmg feberet dia. Elok la g tengok orang buat beras..oh, ya dalam buku sains dia pun ada cara-cara tanam padi, proses jd beras hinggalah jadi nasi...hehheh

Pastu pergi kajang plak, tempat sate. Ni aku tak pasti g makan satay ke g tengok orang buat sate. Lepas tu pergi diy clay plak. Ni budak2 suka la ni..hasil kerja boleh bawa balik.

Harapnya dia ok tak ada masalah la nanti...aku ni over sikit suka pikir bukan-bukan. Macam takut nanti dia nak kencing, nak berak nanti mcam mana. Kang dia berlari sana sini pastu cikgu terlepas pandang dia macam mana? Nak makan ok ke...dh la lama pukul 5 baru balik...

Nota untuk aku: hoi, izza! kalau risau bukan2 jangan bagi anak join aktiviti. Duk rumah diam2....

posted from Bloggeroid

Thursday, July 12, 2012

Laksa Sarawak

Sabtu lepas menunaikan hajat kawan rapat merangkap kawan baik menjamu kami dengan laksa sarawak. Hujung tahun ni plannya dah balik menetap di sarawak. Sebelum ni aku tak pernah makan so macam saspen juga la takut tuan rumah kecik hati tetiba aku tak makan. Sebelum pergi sempat tanya dia selain laksa sarawak tu ada apa lagi? Huaaaa, teruk la aku ni! Kata kawan aku tu, ada la naget untuk kanak2...

Kami, maksudnya selain aku, ada dua orang lagi kawan rapat merangkap kawan baik ni. Sentiasa bersama kami berempat ni...ceaaa..Kak zie n kak Jun ambik aku kat rumah setelah sesat2 dan ulang semula perjalanan dari mulanya.

Sampai2 terus ke meja menjenguk rupa laksa sarawak...kata kawan aku tu sedapnya laksa sarawak ni pada sambal belacannya. Tengok hidangan macam sedap ada udang, isi ayam, taugeh, sambal belacan dan limau kasturi...

OMG! sedap laksa sarawak ni rupanya. Macam mi kari yang di gantikan dengan bihun...oh, bertambah juga la aku makan...nak minta tapau tapi malu plak..huahuahua...tak pe yong, ko bagi aku resipi sebelum ko meninggalkan aku, ya...buat mengubat rindu gituuu...

Ni lah hasilnya...aku hanya sempat ambik gambar makanan je, gambar orang aku lupa sebab asyik menikmati kelazatan laksa sarawak....gambar orang2 ada kat fb tapi malas pulak aku nak ambik kat sana..huhu





Sedappppp...pasti lepas ni aku akan jadi hantu laksa sarawak pulak!

Monday, July 9, 2012

Bilatah Aku boleh Jadi Diri Sendiri

Tajuk kali ni agak merayu sikit bunyinya...simpati dengan diri sendiri.

Baru lepas terjadi menyebabkan aku berfikir kenapa ada segelintir orang macam ni? Berpelajaran, berilmu, berakal tapi pendek sangat pemikirannya? Benda basic je tu pun! Ke sebab terlalu banyak masa, so sempat la fikir hal2 yang remeh temeh? Dalam dunia ni mana ada yang perfect...tak ada yang sempurna pun..tapi kenapa segelintir orang ni selalu nak 'menyempurnakan' diri sendiri. Konon2 tak pernah melakukan kesalahan. *(sebenarnya kalau dia buat salah, dia diam2 saja. Orang pun tak cakap apa pun sebab tak ada masa dan tak penting pun). Tapi dia, kalau hal yang tak ada kena mengena dengan dia pun boleh dia jadikan isu dan berlanjutan sampai 7 keturunan.

Tak tahulah cara yang macam mana baru dia akan insaf. Rumusannya, ada orang yang bila dia tak suka seseorang, dia hanya nampak yang negatif sajaaa...walau tak ada kaitan dengan dia pun dia akan komplain orang sehingga orang lain pun terasa tempiasnya...

Friday, July 6, 2012

Daging Kari

Aku teringin nak makan daging kari. Beberapa hari dah...nafsu ni. Ingat esok nak buat memandangkan dalam peti ais aku ada daging.

Aku tak pakar masak memasak ni. Setakat sayur tumis air aku pro la...seb baik semua suka makan sayur tumis air. Abang siap menghirup la kalau masak air2 camni. Ingrediant sayur tumis air aku selalunya sawi, kubis, isi ayam@ udang@ sotong, fishball...sedapppp...emmmm, pandainya mama masak! kata anak2 aku...kata kanak2 jujur. Pastu gukan dgn ikan goreng...hehheh...

Balik kepada kari daging tadi, macam mana ek nak buat kari yang sedap? Tak pandai aku...

posted from Bloggeroid

Jumaat


Tuesday, July 3, 2012

Shopping online



Barang aku order dah sampai. Tak sabar nak buka...puas hati aku syer kt sini, tak puas hati kalu, aku diam2 sajork! Hehhehhehhhh..

posted from Bloggeroid

Nasi Lemak Singgit

Laparrrrrrr............tengok jam: 4.17pm

Eh, bukan aku puasa. Kalau puasa tak la lapar macam ni kot!

Sebab aku tak puasalah, lapar aku tak leh bendung dah...nasi..nasiii..nasiiiii, please come to me!

Pagi tadi beli nasi lemak, tapi tak sempat makan, so makan tengah hari. Tapi sedih sekali, nasi lemak yang aku hajati, padi+beras+nasi yang aku dapat berserta dua ekor ikan bilis, dua butir kacang, sekeping timun dan sesudu kecil sambal.


Nasi lemak singgit. Pagi tadi rasa tamak, aku beli dua. Sudahnya 1 tak buka pon, Aku hanya boleh makan 3@4 sudu je yang dah buka tu..padi bersepah sepah...

Kepada penjual nasi lemak berkenaan, ukur diri sebelum berjual. Sekian, terima kasih!

Klik Me

Klik! Klik!