Thursday, May 10, 2012

Number One For Me

Gempar...gempar hari ni dan semalam pasal kes budak 10 bulan kena pukul dengan mak dia tu. Tapi kes tu berlaku tahun lepas. Baru tersebar kat youtube. Katanya, ibu kanak2 tu dah kena tangkap! Alahaiii...

Aku tengok juga video tu kat fb tapi tak sempat habis. Aku tak tahu bagaimana kesudahannya. Biar la, tak mahu tahu...tak sampai hati aku. Kesian anak kecik tu. Paling tak boleh tahan masa anak dia pusing ke arah dia tu, mak dia boleh tepis kepala dan tangan budak tu...aduhhh, kenapa ada makhluk macam ni...

Tapikan aku tengok mak dia tu macam bermasalah. Aku syak mak dia sedang mengalami tekanan, ke meroyan? Ke mak dia ada masalah dengan suami dia? Tu yang lepas geram kat anak tu...Allahualam

Tapikan, yang aku paling nak maki ialah orang yang rakam video tu dan suara kat belakang tu. Mungkin orang yang sama kot! Kecelakaan apakah ko larang jangan pukul tapi ko rakam? Ko nak jadikan bahan buktikah? Tapi kenapa? Padahal bila budak kecik kena pukul sekali je, dah ko ada kat situ, ko ambik la budak tu, jauhkan dari mak dia tu...tak faham aku!

Topik ni jadi hot plak kat radio hari ni. Macam-macam reaksi masyarakat Malaysia. Semuanya mengutuk perbuatan tu la...ada sorang caller tu siap nanges2...Nasib baik kejadian tu dah lama. Entah apa nasib anak kecik tu sekarang?

Jom la kita dengar lagu ni....

Wednesday, May 9, 2012

Darah Gemuruh

Aku berdarah gemuruh. Tak sama ya dengan berdarah sejuk...ok, tak kelakar!

Aku alergik la bila kena berdepan dengan orang. Mesti gugup. Dalam dada dup dap dup dap...ada ubat tak?

Kritikal kot penyakit gugup aku ni..memang dari dulu la, sampai dah tua pun tak pulih-pulih...tensen wehh!

Sekarang plak asyik kena buat presentation je...bayangkan haku nak menghadap 10 orang kat depan aku tu...hazab! Mula la malam tak lena tidur. Pagi-pagi sampai opis, jiwa tak tenang hinggalah settle...

Nak jumpa dengan seorang yang aku tak biasa pun aku gugup. 1st time dating ngan MrCho dulu pun aku dup dap dup dap...cakap pun ayat berterabur...

Ada tak ubat ke, petua ke nak bg aku pulih? Huhu, tiada keyakinan...

posted from Bloggeroid

Nasi Berlauk Ikan Aye

Logik ke tak logik kamu rasa?

RM4.50

Seb baik tak letak sayur ke apa, mahu cecah RM6 ni. Bukan apa, cuma aku sedikit terkagum dengan harga untuk nasi separuh (untuk anak) dengan seketul ikan tongkol...peace!

Monday, May 7, 2012

Terima Kasih, Sayang!

Pestaim dapat sejak bergelar ibu...


Simple tapi tetap cantik di hati aku..hehehe..


Terharu haku...kad in advance!

Malu2 cakap I LOVE U, MAMA....sooooo cuteeee!!!

Aku lupa Hari Ibu bulan ni. Dapat kad ni, aku macam eh, Hari Ibu, hari ni ke (semalam)? Cepat2 gugel, oh, 13hb...hehehe...

Friday, May 4, 2012

Bos, Ko Ni Pehal??

Kasarnya bahasa aku, sekali sekala, bos!

Cadangnya hari ni nak cerita pasal jalan-jalan kat melaka hari tu.

Tapiiiii, mud dan idea terus ke laut bila pepagi bos dah buat muka kelat bila aku bertanya!

So, nanti2 la cerita melaka tu...

Thursday, May 3, 2012

Sukan


Hari sukan kat skul abang. MrCho sanggup cancel trip company dia ke Singapore sebab nak tengok abang bersukan.

Pagi-pagi lagi dah bangun macam nak g skul. Bersemangat semua bangun nak g sukan abang ni…sukan kanak2, ahahaha kelakar je. Tengok balik video yang MrCho rakam kami gelak sampai berair mata tengok gelagat kanak2 tu semua.

Sukan main2 je pon. Abang menang dua2 games yang dia masuk. Dapat dua piala. Tersengihhh je, happy!



Gambar atas: Sebelum mula. Berkumpul dalam kelas ke dewan, tak tahu la aku... 






Abang paling kanan...bawa beads dengan kaki...yeayyyy, menang! Satu lagi game dia bawa bola pingpong dalam sudu, tak ambik gambar, kenapa ntah! pon menang jugak!



Beratur nak ambik hadiah... 


Budak ppuan tu, sama naik dia ngan mak dia...kihkihkih... 





Cumelll budak ni...macam mat saleh 

Eh, ada juga kanak2 debab ni...pon cumelll macam amoi! 

Yang bertudung tu mak budak ppuan tadi tu, anak dia marah dia, "mama laaa, lambat!" sebab diaorang kalah games anak ngan ibu...

Piala kemenangan abang! Tahniah, abang! Lepas tu dapat plak hadiah dari papa, sebijik kereta menan sebab menang! apa laaaa....haishhh!

Ada gak la insiden tak best bila ada parents tu complain dia menang untuk games parents ngan anak tuh. Nak tergelak plak bila dia protes pada teacher tu yang group dia menang. Terpaksa la teacher tu ambil piala (plastic je pon!) bagi kat dia…tersengih anak beranak…ada juga yang macam tu kat dunia ni!

Lepas habis sukan sekolah abang, jalan2 cari baju dan kasut anak2, esok nak g Melaka, join trip company MrCho tu. Esok diaorang kat Melaka. Selasa baru balik. So, aku bercuti la isnin tu. Psssstttt, Selasa besday aku!

Kawan-kawan Saya yang Tersayang~~~~


Hari khamis berapa haribulan tah aku dah lupa. Keluar ngan kawan2 baik dari dulu dan selamanya ni. Gila lama baru aku berdaya update. Sebenarnya nak tunggu ada idea baru sedap mengarang, tapi yooo la idea, sampai sudah idea tak mari…

Jadi, sebelum gambar2 ni basi dan terdelete oleh anak2 aku, maka aku gagahkan jua letak kat sini.

Maaf la kengkawan, tak ada idea + tak cukup masa nak buat story panjang2 ala2 karangan stpm.

Gigih aku halfday hari ni sebab nak beriang ria dengan diaorang ni…diaorang ni anak semua dah besar, senang nak tinggal, aku anak kecik2 so masalah sikit di situ. Kena jumpa hari bekerja sebab senang aku hantar anak ke pengasuh…hehehe

Nampaknya masa mencemburui aku, marilah tatap gambar2 ni wahai kawan2 sebagai tanda ingatan sebab lepas ni entah bila pulak dapat begini lagi! ayat yang sangat drama


Rumah Kak June, special dari Kak June, laksa utara! Laksa memang peberet aku...

Model laksa! kihkihkih 

 Laksa aku punya! (ngan kawan2 aku ni jangan sebut 'aku punya', sebab kami akan ketawa berair mata..kena ada word apa yang ko punya..ahaha..hanya kami yang paham)uhukuhuk

 Licinnnnn........Tq, Kak June! Siap tapau bawa balik lagi...heh

 Pizza time...sambung plak kat pizza lepas makan laksa. Kak June belanja. Perjumpaan hari ni memang ditaja oleh Kak June sepenuhnya laaa...tq sekali lagi!

Sedappppp pizza ni...tengok la pemakannya!

Kak June, berbaju hijau penaja hari tu....dan Kak Zie yang ceria je... 




Tak habis pon pizza tu, asyik sembang jerrrr, lupa nak makan. Last2 tapau. Akuuuuuuu juga yang ambik!! huhu, saja je korang ni nak bagi i gemuksssss....(tap...tap..air liur aku time taip ni, besttt je nampak pizza ni)

Dah petang, terpaksa berpisah sementara. Masing2 kena kembali ke pangkal jalan masing2. Belum puas sebenarnya. Semoga ada hari boleh kita jumpa lagi....

Klik Me

Klik! Klik!