Disebabkan dah lama akak tak menulis secara santai-santai gini, akak jadi kekoklah pula. Akak tulis, akak padam. Tahu nak mula macam mana.
Semalam akak kata akak ada dua hal yang mempengaruhi keseluruhan hidup akak. Akak cerita yang pertama dulu secara ringkas saja. Masa awal puasa tahun lepas akak disahkan pregnant. Akak jadi celaru kejap. Maklumlah umur akak dah banyak tetiba mengandung plak, terkesima akak jadinya. Tapi Mr Cho happy je dengan harapan anak lelaki. Setahun sebelum tu akak keguguran, so dia sangat sedih. Akak pun sedih juga dan seperti biasa rasa sedih tu akak park jauh jauh dalam hati akak. Nampaklah luarannya akak ni happy sokmo!
Balik kepada yang tadi. Akak tak sedar bila akak mula rasa happy, teruja dan sangat menjaga kandungan ini dengan perasaan tak sabar. Akak tak akan peduli andai ada yang berkata, eh mengandung lagi? Umur berapa? Hewhewhew... Janet Jackson yang umur 50 tu pun boleh mengandung, akak yang lagiiiii muda daripada dia apakehal tak bolehnya. Rezeki dari Allah.
Maka mengandunglah akak dengan sihat sejahteranya. Kahkahkah...Dalam pada sihat sejahtera tu adalah juga drama-dramanya.
Akak dijangka bersalin pada 15hb Februari. Tapi tak tahulah kenapa dan apa syok sangat dalam perut ni, baby terlebih jangka. Maka bertapalah baby akak dalam perut selama 40 minggu 3 hari. Hehehe..oh ya, akak disahkan mengandung baby lelaki. Double teruja!
Akak lahirkan baby akak ni di Hospital Shah Alam. Selepas selamat bersalin, Mr Cho buat posting di facebook. Tag akak, maka berduyun-duyunlah kawan akak text akak melahirkan rasa terkejut sebab akak merahsiakan daripada pengetahuan mereka kecuali rakan-rakan ofis dan seorang dua di luar yang tahu. Seronok akak rasa sebab berjaya merahsiakannya. 🤣
Alhamdulillah, bayi akak lahir sihat sejahtera dengan berat 3.45kg. Paling berat dalam kalangan adik-beradiknya.
Bila dah lama tak menguruskan bayi (selepas 7 tahun) maka akak jadi kekok. Nasib baik bonda akak ada untuk membantu pada awal kakak bersalin. Kebetulan adik akak pun bersalin juga dua hari selepas akak. Akak berpantang kat sini sahaja memandangkan anak3 yang lain bersekolah.
Dan perkembangan sekarang yang dah nak masuk 5 bulan ni, kepandaian baby akak ialah meniarap. Asal letak je meniarap. Letak je meniarap...hehehe...semoga Mikhail membesar dengan sihat sejahtera.
Akak sangat-sangat bersyukur dengan anugerah ini yang berjaya mengubah hidup akak. Lengkaplah famili kami 2 lelaki, 2 perempuan. Syukur kepadaNya.
Sehinggalah pada suatu hari ketika akak berada di penghujung pantang, akak dikejutkan dengan pemergian bonda akak yang tercinta. Perginya secara tiba-tiba. Dalam keadaan dia tidak mengadu sakit apa-apa. Ya Allah, hanya Dia yang tahu perasaan akak ketika itu. Baru 3 minggu dia pulang ke kampung selepas hampir sebulan berada di rumah akak dari akak belum bersalin sampailah akak bersalin. Syukur juga bonda sempat menatap dan menjaga beberapa hari Mikhail dan anak adik akak sebelum pergi ke negeri abadi. Alfatihah. Rindu bonda hari-hari. Inilah kejadian kedua yang mengubah hidup akak juga.
Itulah yang akak kata semalam give and take. Diberinya satu nyawa, diambilnya satu nyawa. Akak reda dengan pemergian bonda. Perginya juga dalam keadaan baik. Sebaik masuk waktu maghrib malam jumaat. Ketika beliau sedang bersiap untuk ke surau. Sedang menyarung telekung, tiba-tiba jatuh. Sempat diajar mengucap oleh abah akak. Hanya mereka berdua di rumah. Abah paling terkesan. Akak sedih.
Baiklah. Cukuplah. Akak dah emo ni. Nanti akak cerita lagi.
Blog tak ada gambar tak best, kan? Malangnya akak tulis ni guna phone. Akak belum tahu macam mana nak letak gambar. Ke memang tak boleh eh? Huhu sadisnya!
*Edited: Eh, boleh la letak gambar. Esok-esok la, ya. Akak penat dah menaip.
Kalau ada typo tu pandai-pandailah. Akak dah malas nak nak baca semula. Malas nak edit.
Bye..
6/7/17
No comments:
Post a Comment