#azam#
Selesai urusan persekolahan. Dua hari cuti untuk urusan
persekolahan rasa berat badan turun 5kg! Over!
Kepada yang rindu harap hilanglah kerinduan..hahahaha…
Permulaan tak boleh la tulis banyak-banyak. Ada gambar, kita tengok je la gambar…
Gambar anak-anak je la pun. Gambar aku yang dah turun 5kg tu
payah la….kikikiki
Sesi pagi: Kelas Kafa Integrasi: time perhimpunan. Dia ada kat celah-celah ustazah tu...hahaha
Dalam kelas: 1 Ikhlas. Time ni belum ada kawan. Demi menuntut ilmu akhirat, kelas tak berapa sedap mata memandang pun tak mengapalah anak.
Sesi Petang: Sekolah kebangsaan...masa orientasi. Belum jumpa geng! Dia antara yang tinggi dalam kelas.
Gud girl. Tahun kedua tadika. Tak perlu teman pada hari pertama walaupun abang tak ada...dah pandai bawa diri walaupun di rumah manja yang amat!
Memulakan sesi persekolahan. Gaya seorang murid. Belum ada tali leher dan lencana kerana habis stok katanya di koperasi sekolah...
Kenit ni mesti nak ada. Sementara tunggu abang habis sekolah kita isi perut dulu dengan ayam tandori!
Ok, itu saja untuk hari ini. Dan rasanya belum terlambat untuk ucap "SELAMAT TAHUN BAHARU 2014" Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment