Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Sunday, December 2, 2012
I Dah Muncul...
Oh, musim sibuk sudah berlalu...semua sudah kembali normal...aku sukeee sebab sabtu tak perlu ke ofis...
Now dah ada masa aku plak tak tahu nak story apa...tak kan nak bagitahu tadi aku masak sambal bilis sedap. Sebab masak sambal bilis adalah kerana buka peti ais, lauk tak ada..kahhh! MrCho malas nak keluar g beli. Nak layan citer cina katanya...hampessss *katakudalamhati*. Dah nak sangat tengok citer cina, nah sila makan nasi ngan sambal bilis je tengah hari ni...kata tak kan, tapi cerita juga...ah, cerita je laa..
Dan lagi aku buat puding roti. Roti gardenia beli kelmarin tapi baru sekeping berusik. Itupun qaireen makan main2...kalau tak buat apa2 confirm roti tu lanjut usia...
Apalagi nak cerita? Dah lama tak masuk blog *blog orang sempat je masuk* sendiri, rasa macam hilang skill pulok. Kita ambik mood dulu la...
Kebosanan. Qaireen tido, MrCho tanpa belas kasihan melayan citer cina dari tadi. Aku adalah ketensenan sebab citer cina sekarang dia tengok tak beshhh!
Malam tadi nasib baik aku merajuk lite2, kalau tak kefrustan nak tengok harimau malaya membaham garuda...penyakit apa ntah asyik tgk citer cina 80an ni...
Najmi n Hanna dah di bawa balik kampung oleh mak aku khamis hari tu...Kesunyian aku, nasib baik ada qaireen tapi dia dapat boboiboy @ princess, langsung tak layan aku dah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment