Monday, December 31, 2012

WELCOME 2013

Azam untuk tahun 2013 ialah aku mahu jadi makhluk 'rajin'.



HAPPY NEW YEAR 2013!!!!!

Thursday, December 20, 2012

Aku yang Tersakiti - Migrain


Mari baca info di bawah, moga-Moga berguna kepada kita.

APAKAH MIGRAIN?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APAKAH PENYEBAB MIGRAIN?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAIN?
Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migrain jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANAKAH MIGRAIN DIRAWAT ?
Migrain biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit yang boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
Info adalah dari sini [link]

Pemilik blog sedang migrain dan pada masa yang sama berada di OFIS.
Uhhhh, satu hapa pon tak jadi!!!

Monday, December 17, 2012

Sudah Terbit, Sudah Kenal



Ini ialah buku dan inilah dia penyebab kesibukan aku beberapa bulan ni...dah lahir. Lega tapi takut. Takut nak tunggu respon...doa..doa..doa..harap semua ok!

Cerita lain.

Beto..beto..beto...aku baru kenal mamat ni. Aha, rugi plak tak tahu dari awal! (pang sedas). Mula-mula aku bayangkan beto ni macam palare tu. Yang pesen macam tu aku tak minat. Adik2 manja ofis aku selalu bercerita pasal beto. Terbaru pasal cerita Istanbul tu. Si adik manja sorang ni pula bercerita pasal cerita Aku Dia dan Tong Sampah. Malam kelmarin gigih cari kat youtube dan jumpa full cerita. Mengadap sorang2 dan gelak sorang2...beto hensem, siti saleha comel!

Gambar gugel

Sila tatap gambar di atas....(pang3jutakali!!!!)

Saturday, December 8, 2012

Iklan

Eh, sekarang ada iklan guna bahasa tamil lak ya? Sejak bila? 1st time tengok nih kt tibitiga! Sangat 1malaysia.... Kihkihkihkih

Sunday, December 2, 2012

I Dah Muncul...

Oh, musim sibuk sudah berlalu...semua sudah kembali normal...aku sukeee sebab sabtu tak perlu ke ofis... Now dah ada masa aku plak tak tahu nak story apa...tak kan nak bagitahu tadi aku masak sambal bilis sedap. Sebab masak sambal bilis adalah kerana buka peti ais, lauk tak ada..kahhh! MrCho malas nak keluar g beli. Nak layan citer cina katanya...hampessss *katakudalamhati*. Dah nak sangat tengok citer cina, nah sila makan nasi ngan sambal bilis je tengah hari ni...kata tak kan, tapi cerita juga...ah, cerita je laa.. Dan lagi aku buat puding roti. Roti gardenia beli kelmarin tapi baru sekeping berusik. Itupun qaireen makan main2...kalau tak buat apa2 confirm roti tu lanjut usia... Apalagi nak cerita? Dah lama tak masuk blog *blog orang sempat je masuk* sendiri, rasa macam hilang skill pulok. Kita ambik mood dulu la... Kebosanan. Qaireen tido, MrCho tanpa belas kasihan melayan citer cina dari tadi. Aku adalah ketensenan sebab citer cina sekarang dia tengok tak beshhh! Malam tadi nasib baik aku merajuk lite2, kalau tak kefrustan nak tengok harimau malaya membaham garuda...penyakit apa ntah asyik tgk citer cina 80an ni... Najmi n Hanna dah di bawa balik kampung oleh mak aku khamis hari tu...Kesunyian aku, nasib baik ada qaireen tapi dia dapat boboiboy @ princess, langsung tak layan aku dah...

Klik Me

Klik! Klik!